ni knuri kazen sebelah bapak aku. anak maknjang n paknjang aku. dedua hero. so, knuri sebelah pompuan dlu la. tapi langkah bendul plak sbb adik kawen dlu. pas sebulan baru abang.. xnyempat eh.. tapi no hal sebab dedua lelaki. beza umo pun setahun jekk.
wedding adik@bangcik kat port dickson awal bulan 3. aku xpegi. sebab hari sabtu knuri n9, hari ahad besok tu knuri kazen yg kat perlis ni plak. klau pegi, mcm semput plak nnt nak balik. so, reserve, g knuri lagi 1.
keluarga besar mereka. aku close ngan diorg ni. dari kecik2 lagi. yg sulong, lelaki yg tgh tu. kami panggil abg. now dah 28 umo dia. 2nd, pengantin tu la. bangcik@adik. smua panggil dia bangcik, tapi dia bahasakan diri dia adik. dah tetua pun still adik lagi. dah biasa kan. wife dia, shidah. sweet jek orgnya. putih melepak. jeles ai. welcome to our big family. bawah diorg, smua gegirl. kakak, tiqah, teh and baby. paling bongsu now baru pas spm. aku dr dlu2 suka lepak umah diorg. sebab lbh kurang sekepala jek. diorg smua skolah agama. so, dlu time skolah agak memalu sket. nak g kedai, ajak aku, nak g bli spender pun ajak aku. nak bayar malu, aku la yg kena. now dah xmalu dah.. sudah garanggg.. hehe.. gegirls smua available.. smua tgh study lagik.. master ada, degree ada, diploma ada, skolah pun ada. 2 tahun lepas, smua study. berpeluh mak bapak diorng.. but sokay, xdak hal sebab diorg dedua kerja besauu.. dato datin tuuuu.. tapi mak pak sedara aku ni very the low profile. xdak nak haibat2 eksyen like dato datin lain. still g menjala ikan, makan sambal belacan.. heheh.. diorg pun bnyk support aku msa aku blajar dlu. jasamu ku kenang.. sampai skang, aku still g lepak umah diorg. cuma bezanya, skang ni g lepak bawak amni. hehe
skali adik2 ipar smua lagi besar dari kakak ipar.. kehkehkeh.. kakak ngan shidah. sangat2 la cantik baju shidah.. baby blue... berseri2 jek kan? tanbah2 dah berisi nih... hehehe
pengantin kedua.. abang sulung. smua org panggil dia abang. dgn dia aku xkisah nak panggil abg sebab dari kecik lagi gitu. tapi ngan laki sendri mcm pelik nak panggil abang.. bule? hehe.. pengantin pompuan, anis. yg ni lagi kecik molek. terasa kegemukan terserlah bila duduk sebelah dia..
ni pic masa akad nikah. time ni kami xsampai lagi sbb akad nikah hari jumaat. knuri plak hari ahad.
akad nikah n knuri belah pompuan hujung bln 3. yg ni aku pegi sbb kat keyell.. lagipun laki aku available. kami g naik van. laki mak jadi drebar uolls. maknjang aku sewakan van, so sumbat la sapa2 nak g. memula kami nak naik kreta sendri, bila van xdak drebar, naik van jelah. lagipun syok sket.. ramaii.. meriah! dah macam rombongan cik kiah plak. ngan mak2, anak2, masuk keyell, budak pakat menjakun.. hehe.
2 keping ni jek gambar dari kamera aku. malas nak amik gambar sebab duk pegang amni n sebok nak makan! heheh. asal ada org amik gambar, aku mencelah jek. gambar2 yg lain ni smua aku cilok dari pesbuk dirog. sebab tu aku xtaruk wm. kang kena sue plak.. hehe. design baju anis sgt cun. walau bukan kaler peberet aku, tapi bl tgk dia pakai, eh cun! mencilok kejap masa diorg tgh makan beradap. amni dah terlindung ngan tengkolok abg plak.
budak kecik ni sronok sebab ramai org duk main ngan dia. tapi last2 tu ek ek jugak. sebab lapar n nak guling2. aku xbawak makanan dia, bajet xlama kat situ, skali berjam2 jugak. sumbat susu jelah.
tu muka happy sebab sampai2 jek umah anis, tgk2 berak plak! adoiii.. 1 cerita plak nak tumpang bilik air umah org nak basuh berak anak..
ni gambar sabatoj. konon ambik gambar amni, tapi nak spot aku yg tgh melantak. ni dr kamera bangcik. up kat pesbuk, pakat duk kutuk aku plak. keja makan sampai lupa anak. coiii.. nak buat cena, makanan adalah sedap dap dap... tu ngah makan spagetti. ko mampu, knuri kawen ptg2 jamu spagetti kat guest?
gambar ngan pengantin ada, tapi kat kamera bangcik. bila thn ntah nak kasik.. seminggu sekeping jek dia up kat pesbuk. pemalas lipas btoi.
ngan pakngah jiji yg bajet comey ambik gambar gitu. nak menandingi kecomelan amni le teww.. puiii..
tgk nina kat sebelah duk jeling2 jeles.. hehe.. dia kan close ngan diorg, so bl abang ngan bangcik kawen, muncung la mulut kena main. pakat duk usik dia, pasni abg ngan bangcik dah xsayang dia.. then, selamba jek dia kata nak tdor ngan abang.. kaco pengantin.. hahahah
** kakcik cilok gambar korang ekkk...
No comments:
Post a Comment