rentetan dari entry kazens wedding on march, sambungannya double wedding plak. majlis bertandang adalah pada 7 april. buat kat dewan. umah maknjang sempit. jemputan bajet dlm 4 ribu org. lagipun senang sket buat kat dewan ni kan? xpayah nak susah payah kemas umah dah pas knuri.
balik dr knuri kl tu, smua berhempas pulas la ngan preparation utk majlis kat perlis. maknjang aku now dah pencen, so senang la. tapi ada yg stuck gak sebab anak2 gegirls dia smua duk study. yg aktif bab2 nak knuri ni kakak. tapi dia kat penang. so, aku tolong2 apa yg patut dgn melantik diri sendri sebagai wedding planner.. bule? bahahah. aku tolong mana yg patut la. tempah krusi meja, susun2 tu smua, pegi kedai pengantin, edar kad, apa lagi ntah yg aku buat pun xtau la. yg pasti seminggu 2 sblm knuri, blk keja lepak umah maknjang aku sampai mlm.
mula2 ok. skali, 2 hari seblm knuri, raja muda jawab kata nak hadir plak. awalnya raja perlis jek yg nak berangkat. kelam kabut jugak la paknjang aku. mlm sebelum knuri tu siap rehearsel bagai. kami ni cemas dah. rupernya bila raja berangkat, smua org protokol buat. meja mkn beradap pun diorg buat. tapi meja sajalah, klau nak tambah backdrop, tu sendri. pelamin2 xda, so kami taruk backdrop yg cun sket kat blkang meja mkn beradap. tu pun last minit confirm sbb clash ngan org protokol. seb baik bkn musim kenduri, so kedai pengantin pun ok sajork. hari jumaat tu aku dah cuti. knuri hari sabtu. skali hujan plak hari jumaat tu. adoi. susah hati kut sabtu hujan. masa pasang khemah, ada sket spoil. bl raja hadir ni, bnyk yg kena ubah. wut to do, ikut sajalah. nak marah pun xboleh paknjang aku kata. aku 2,3 kali kut ulang alik p dewan. tgk khemah tetamu, tgk khemah utk makanan, tgk susunan dlm dewan. seb baik kak ipar aku ngan adik aku tlg jaga amni. mengkalau tak, haru kut. pas knuri aku demam! sebab kena hujan masa susun krusi.. hehe.. tapi xteruk. seb baik..
snap dari luar dewan. raja sampai lambat. ikut jadual pkul 1.30. tapi pkul 2 camtu baru sampai. gambar makan beradap xdak yg beradap sgt sebab xleh g snap depan meja tu. kang raja murka.. time tgg ketibaan tu, mc dah bgtau rules and regulation. biasalah.. protokol. guest yg duk dlm dewan mmg kematu pungkok la tgg. dah habis mkn, tapi raja blm lagi, so kena tgg. xleh meninggalkan dewan. klau meninggal dunia, ha bule kluar dewan. muka pengantins xpayah ckp la. dah la mlm tu tdor lambat. raptai bagai. kena duk sengih2 plak kat depan tu. kami kat tepi duk buat isyarat muka jek kat diorg pastu mengekeh2 gelak. diorg tahan jelah.. raja duk sebelah weiii.. makan plak kena cover. tapi bangcik ikut sedap dia jek, bantai makan mcm duk kat mamak. seb baik raja muda sporting, siap suh diorg tambah lagi. sporting ke perli? hahaha..
masa raja sampai ni, ada sket cemas. sebab krusi kat hujung belah laki n pompuan kosong. xdak wakil pengantin. aku selaku wedding planner, apa lagi, paksa abng aku angan kazen aku g masuk. memula diorg suh aku yg naik. uii.. xdapek la. bnyk menda lagi kut aku kena tgk. maka dgn muka xberapa nak ikhlas diorg naik gak la. abg aku dia pakai songkok siap, so ok la kan. yg abah ngan sedara mara yg duk kat dlm dewan pakat duk teka. tu wakil pengantin kl ke n9, muka mcm cik lan. skali, mmg cik lan.. hahahahha.. masing muka cemberut sebab kena duk lama kat situ. nasib la labuuu..
pkul 3 lbh kut raja berangkat balik. time ni pakat duk tunggu nak salam2 kiss ngan raja. raja xkasik hadiah, tapi kasik duit.. baaanyakk.. hehe
dayang2 istana yg baru dilantik. dua beradik, ayu n ani. ayu tu pun bakal pengantin gak, bln depan. diorg tlg bawak cenderahati utk kasik kat tuanku ngan raja muda (laki), ikut paknjang. aku ngan adik aku ikut maknjang utk kasik kat tuanku permaisuri ngan raja muda (perempuan). gift utk raja ni pun last minit carik. blasah jelah.
kazen aku jugak, dek on ngan paknjang. nasib la dah jadik gini plak. dah senget benget dah, kiri kanan kena tlg usung handbag. peknen 2 bulan kut time ni. paknjang aku ni dlu speaker negeri perlis. now, dah retired. xmo dah politik2 ni smua.. g menjala ikan lagi bagus..
masa kat luar dewan ngah tunggu ketibaan tuanku. gambar aku ngan diorg ada jugak. tapi, itulah.. ada kat kamera bangcik yg hebat tu.. bl tahun nak dpt pun tatau.. aku hari tu jgn kata kamera, henpon mcm eh2, susah la... selit kat bra dah setengah. skali bila bunyi, bergegar2 tetep... :)
sempat gak mencelah kak yah kali ni. ngan bestie maknjang aku (baju kuning). dlu aku penah keja ngan maknjang aku kat pejabat tanah. so, kenal la kawan2 dia. ngan family cik timah ni, diorg mmg close. dia ada sponsor something jugak la utk knuri nih.
tu nampak amni kat blakang. memula pakai baju cun dah. last tinggal bebet je, tshirt yg dlm dah terbang.
antara mak2 sedara yg tlg ngasuh amni. aku duk kutuk kak ipar aku. memula dia yg jaga amni. mesti org kata, akak ni baby kecik lagi, dah peknen pulak.. hahahahah.. time ni dia 7 bulan dah kut peknen. tapi cargasss..
masa tghari tu, aku da sket panik. pizah keja halfday hari tu, dia sampai dewan dlm pkul 2. pastu dia take over jaga amni. aku duk lam dewan, xleh kluar masa raja ada. pas raja balik dlm pkul 3 lbh tu, aku g cari anak aku la. tanya pizah dia kata ada kat umi. tanya umi, umi kata xtau duk kat sapa. gila cuak! org dah la ramai giler. sinsing kain lompat longkang aku cari amni. skali ada kat khemah makan ngan mak sedara aku. rilex jek duk tdor dlm stroller. pehhh. lemah smangat ok! laki aku bising la kata aku xjaga nak. hello, mak busy ok, wedding planner. dia? duk hisap rokok sembang jek kat khemah makan. apahal ko xjaga anak ko??
lepas majlis. tangkap tok datin ambik gambar skali kat pentas. smua ni kazen belah ayah. ada lagi yg termiss.. kami kan ramai gegirls..
bnyk snap kat sini, tapi kena pilih yg xnampak ketara kegemukkan.. org lain gemuk, xpa.
theme, gold2 gitu. aku beriya canang kat pesbuk, skali bl siap baju, tgk balik kaler brown daaa.. xpasal2 kena kutuk. xpalah, janji merelip merelap.
pas habis knuri, pakat buat post mortem. ada la jugak cacat celanya. biasalah kan knuri. kadang2 smua tu di luar kawalan. mak sedara aku pakai katering utk serve dlm dwn. masak lauk, maklang n the gang yg tlg buat. masak lauk kampung. so, dia mcm caca merba sket. lauk smua sedap2, paling2 sup siam. original dr thai. mak sedara aku masak.aku sempat rasa itu jek, ;auk lain sket2 jek. keja duk hirup air ais. total smua dlm 4 ekor lembu. xmasuk ayam n ikan. bl duk hitung2, maknjang aku kata, xpalah. mana yg xbest tu, biar jelah. pengalaman dia kata.. knuri pasni, dia tau dah nak edjas.
tapi yg pasti, meriah. sebab dah lama xdapat menantu perempuan dlm family ni. 4 thn berturut2 dapat menantu laki. thn ni, 2 menantu laki n 2 menantu perempuan. best2!
to anis n shidah, welkam to our big family yg mereng nih.. heheh..
No comments:
Post a Comment