Wednesday, July 31, 2013

Bandung - Jakarta | Day 3

okeh, last day in bandung. bgn pagi, pack barang mana yg blm setel, siap2, break1st, then call pak andris.

harus segera kerna mau ke jakarta. jakarta bandung idok le jauh mana, dlm 2 jam camtu klau ikut highway. butttt, oleh kerna macet ya ampun, yakni jalan jem, maka jadilah 4 jam dr bandung ke jakarta.

sementara nungguin pak andris, moh kita buang masa. kitaorg beli pen yg leh tulis nama tuh. cun jugak lah. pen pun ada jenis. nak murah, pen biasa jelah. klau ambik yg gah sket, mahal lah. tulis nama kat batang pen tuuu. rasanya mostly pelancong yg dtg bandung ni pakat buat kut. kat tempat kita pun ada, tapi buatlah jugak. utk kenangan kan? yg kami ambik ni sebatang 7 ke 8 ringgit kut.

haaa. tgk la gambar belah kanan tuh. susun elok je beg yeh.. hihi..
beg pepel tulah yg aku baru beli kat pasar baru. besar tu dpt dlm rm145. beg pink sebelah tu abg aku punya. dia beli kat vietnam. rm150++, xingat brapa. tapi dia punya leh expand. saiz sama. tapi aku punya pepel lg cantik. abg aku ajak tukar.. hahahah. nehiiiiiiii.. lagi 2 ketoi luggage, kuning and hijau tu kak ipar ngan abang aku punya jugak. beg hijo tu beranak kat bandung. diorg bwk masuk dlm beg pink tu masa g sana. beh kuning tu, cucu beg pink tu dah. sebab beli baru kat bandung. gitewwwwwww.. saja beli in case lebih luggage, yg  tu handcarry naik atas flight. sebab yg tu mmg saiz utk handcarry. banyak pulak nak handcarry kan? tu dgn beg kartika sari lagi.. haiyoh..

masa kat hotel ni kami timbang dlu. penimbang  kat hotel klasik habis. jenis dacing tuh. senget2 badan nak timbang. kami ambik sorang 25kg. banyak kan? biar lebih takpe, jgn kurang. peristiwa vietnam dah cukup utk jadi pengalaman ngeri walau bukan salah sendri. puii..

buat group checkin, so xrisau sgt. total utk 3 org 75kg. masa timbang kat hotel mcm ngam2 soi je kg nye. takpe, klau lebih, backpack tu kita handcarry. banyak okeh barang. beg pepel aku tu, barang shopping semata. klau hilang, mau seminggu menangis kut. beg pack tu baju2 busuk. pastu dlm beg kain yg merah putih tu ada lagi.  beli apa tak tau laaaa..


dah gerak ke jakarta. pak andris benti kejap isi minyak. ini kat perhentian sebelum masuk ke highway. mcm RnR gitulah. ada masjid besar and cantik. tu kat belakang aku tu, Solaria tu mcm shopping mall lebih kurang. tak  masuk pun sebab kejar masa. flight pkul 3 nun, tapi pikir ke jem nak ke sana, biar sampai awal takpe.


memang jem! tersengguk2 la van kami tu. pak andris bilang, dia klau saja2 nak ke jakarta memang tak la. klau ada customer yg turun jakarta, baru dia pegi. bayang lah, dr 2 jam leh jadi 4 jam. and perjalanan kami tu mmg 4 jam! tu naik highway tu. klau jln biasa, mau 8 jam kut baru sampai. leper pungkok duk dlm van.
tapi katanya hari tu tak teruk sgt. maybe sebab hari selasa. tapi pada aku mmg sakit jiwalah. setengah jam bawak kreta takat gear 2 jaa.. gilak ahh.. pandai mencelah, kira bonus la. klau tak, duduk la kau diam kat situ.
dah dekat2 nak sampai jakarta, nampaklah pemandangan seperti gambar bawah belah kiri tu. diorg atas jalan mcm tu pun meniaga okeh. tapi kat jln biasa. atas highway tak boleh. tu seberang sana, jln biasa. so ramai lah yg meniaga kuih la, kerepek la, koran la. kesian ok tgk.. susah payah cari rezki..


sebelum g aiport, kita singgah mkn dulu. restoran ni dekat dah dgn highway. ramai gila org! org malaysia pun ramai. rasanya japg jumpalah dlm flight tuuu
pak andris kata restoran padati ni murah and sedap jugak. apa2 jelah. masing2 dah lapar kut. time ni dlm pkul 1 camtu. mcm biasa, pilih yg lalu kat tekak je. gulai ayam tu sedap gak, siap minta tambah kuah. cili ijo tetap staf of the day la.. pedassss..



okeyyy.. dah sampai airport jakarta. abang aku kata, aiport ni baru siap. aiport lama takda secanggih gini. besauuuuuuuuuuuu and cantik. ada 4 terminal. diasingkan ikut penerbangan. domestic, luar, pegi haji smua asing. so, tak sesak sgt.
sampai airport awal and tak rushing sgt. dah setel dgn pak andris, bayar duit segala, moh le kita masuk. nak masuk airport pun ada bapak polisi tunggu yeh. kat entrance ni, beratur bagai. kawalan keselamatan barangkali.
1st, sebelum check in meh kita timbang beg dulu. skali bila timbang, lebih kg lagi. total smua dlm 72++kg camtu. smua beg okeh termasuk yg kecik2 tuh. legalah sebab lebih and xpayah handcarry pun kecuali beg plastik kartika sari je. then, jom kita wrap bag. sayang oih beg baru. lagipun utk safety jugak. caj kat situ, 1 beg dlm rm11 kut. tak ingat lah. dah wrap smua beg, baru check in. kaunter pun baru buka. bila timbang kat kaunter tu, dah tinggal 70kg++. wahwahwahhhh.. banyak lagi lebih tu. rugi2.. hehe. pengajaran, klau g shopping bagai nak rak, nak naik flight, sila la wrap bag anda. jimat kg okess..

dah setel check in, jomlah kita jelajah airport jakarta nih. besauuuu yeh. pas check in, kena naik tingkat 1. nunggu announcement, nunggu flight, kat atas yeh. bnyk shop lot ada kat atas ni. nak mkn, nak urut kaki, nak shopping pun ada. yg tak ada, duit je. time ni mmg kering habis. aku tinggal la 2,3 ribu rupiah. dengar mcm bnyk, ribu2 padahal tinggal berapa sen je. so, kita tgk jelah ye apa yg ada. nak beli tak mampu dah.
while waiting, kita solat siap2. sebab dah pkul 2 dah. flight pkul 2.40 waktu indonesia. jam malaysia, 3.40 lah.. surau dia pun selesa, ramai jugak yg solat. setel jamak siap2, baru lega hati kan?


kita buat kenang kenangan sket lah yeh. besau nau poster nih.. menggedik masing2 nak ambik gambar.. hehe.. cantik kan?
masa ngah nunggu nak boarding, ada announcment, flight delay. damn! delay 30mnt. mampus lahhhhh. sebab dr kl nnt aku ambik flight terus ke alor star pkul 8.20mlm. dr jakarta ke kl 2jam. 3.40ptg, delay 30 mnt, campur 2 jam. sempat keeeeeeeeeeeeeeee?

tuh flight baru sampai. yg baru sampai akan naik bas utk masuk ke balai ketibaan. kami yg nak berlepas ni, jln kaki jelah ke flight. yg naik bas tu sebab pintu masuk dia jauh sket. tapi takda la jauh klau nak dibandingkan kat lcct tuh. kemain jauh nak berjalan kan?


okes, flight delay btul2 30mnt. sementara nak setel, pkul 4 baru berlepas. berdoa la masing pilot bawak kapal terobang tu laju sket. pastu atas flight, saja la bgtau ahkak pramugari tuh. dia kata ada lagi penumpang kat belakang, sama kes mcm aku. kejar flight ke alor star japgi. then how? so, dia ada la bagitau japg turun buat gini gini. okes2..

dah landing, aku laju2 turun dulu. ngam2 pkul 7 flight landing. mencelah2 turun awal. cecah kaki ke tanah, berlari oi. bayangkan lah aku berlari je masuk airport, nak ke bahagian penerbangan dlm negeri. jauh woooooooooooooooooooo.. mencungap2 aku. awal tu ada rasa nak terkencing tapi tu smua hilang dah. org smua hairan la kut tgk aku duk berlari. tinggal aku tak tahan tramp angkut beg tu je suh hantar aku masuk dlm. dah sampai kaunter, beg pulak 1 hal. org kaunter tu bagi can gak la kat aku extra 15mnt utk check in. lgpun salah air asia kan delay tu? klau takda luggage takda hal, ini beg besau2 smua. abang ngan kak ipar aku la urus beg. aku mmg terpacak kat depan kaunter tu tak pegi mana dah. kang jadi apa2, xsempat ke, at least aku duk nganga depan kaunter tu sampai depa close check in.
alhamdulillah, sempatttttttttt.. tu pun berlari abang aku tolak troli. seb baik tak berterabur beg. hahahah.. lawak btoi bila ingat balik.
setel check in, masuk dlm terus. lepak dlm lah dgn amierah. aku bawak blk dia skali ke kg. cuti skolah kan? lagipun pas 5  hari aku dtg kl balik utk g kursus kat intan. blh tgk sini, dah lama aku buat entry tu.

lesson, pasni klau nak beli tiket terus mcm tu, kena gap lama sket. silapnya, masa beli tiket tu aku tak perasan. aku tgk tiket jakarta-kl, pkul 2.40ptg. penerbangan 2 jam. sampai kl dlm pkul 5. sempatlah sebab fight kl-alor setar pkul 8.20. checkin pkul 7.30 camtu. rupanya, masa penerbangan jakarta - kl, time tu ikut time indonesia. yelah, dari sana kan? so, ikut jam malaysia, pkul 3.40 lah.. haduyaiiiiiiiiiiiiiiiii.. sapa nak perasan kan?

ok, selesai entry bandung-jakarta. pasni klau rajin aku buat 1 lagi entry utk kesimpulan. gitew kak yah, siap kesimpulan bagai. entry vietnam dlu, lupa nak buat padahal gambar dah resize.. hihi..
pasni nak g mana pulok???? - korek tabung ayam jap...


bule refer entry bandung yg terdahulu

Day 1
Day 2

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...