Saturday, November 30, 2013

Punca Pasangan Kahwin Muda Cerai Talak 3

tala
KULIM - “Saya kahwinkan dia kerana dia telah diperkosa,”
Itu kata ayah kepada remaja perempuan Nor Fazira Saad, 13 yang diceraikan talak tiga oleh suaminya, Mohd Fahmi Mohamed Alias, 20.
Ayah Nor Fazira, Saad Mustafa, 44, berkata demikian kepada akhbar The Star dalam satu laporan eksklusif ekoran kisah penceraian pasangan remaja terbabit yang tersebar luas di media.
Menurut Saad, dia mengizinkan pernikahan anaknya dengan Mohd Fahmi kerana Nor Fazira telah diperkosa oleh Mohd Fahmi dan dua kawan lelakinya empat bulan sebelum perkahwinan itu dilangsungkan.
Saad memberitahu The Star bahawa kes itu telah dilaporkan kepada polis pada 15 Julai 2012, namun dia didatangi ibu bapa Mohd Fahmi selama beberapa hari berturut-turut merayu agar laporan itu ditarik balik kerana tidak mahu Mohd Fahmi disabit kesalahan dan menerima hukuman penjara.
Ekoran rayuan itu, dia sebagai bapa memahami permohonan mereka dan bersetuju untuk menarik balik laporan polis yang dibuat serta menikahkan anaknya dengan Mohd Fahmi yang ketika itu berusia 19 tahun pada 17 November 2012.
Nor Fazira turut memberitahunya pada Oktober 2013 bahawa dia tidak tahan dengan layanan keluarga mertuanya dan memutuskan untuk meminta cerai. Saad turut berkata bahawa keluarga Mohd Fahmi memang tidak menyukai anaknya dari mula perkahwinan dan Nor Fazira juga selalu didera secara fizikal serta tidak diberi makan oleh keluarga mertuanya.
Mohd Fahmi yang ditemui oleh The Star pula menafikan dakwaan Saad dan berkata dia hanya meniduri Nor Fazira setelah mereka sah diijabkabulkan.
Memetik Mohd Fahmi sebagai berkata kepada The Star, dia menceraikan Nor Fazira kerana bekas isterinya itu mempunyai hubungan sulit dengan seorang lelaki dari Kuala Ketil.
Nor Fazira juga ujar Mohd Fahmi, biadab terhadap keluarganya dan tidak pernah memasak serta selalu keluar dari rumah sekiranya tidak puas hati, menurut sumber Awani.
Mohd Fahmi turut menafikan dakwaan bahawa Nor Fazira didera dan tidak diberi makan. Tambahnya lagi, keluarga mereka melayan Nor Fazira dengan baik walaupun perlakuan remaja wanita itu teruk.

sumber

rasanya semua dah tau kut kes ni. last week kan kluar kat newspaper. mcm ada yg tak kena dgn berita ni.
dah lama tak mencecah hal duniawi mcm ni kat blog. slalu crita pasal diri sendri je. kali ni terasa nak share pendapat aku. diingatkan pendapat. jgn ada yg nak maki aku pulak bila baca entry ni. ini apa yg aku pikir dan aku nak share. org lain pun masing2 ada pendapat masing2 kan? so, mari kita hormati pendapat masing2..
umo 13thn dah nak bg kawen? memula baca mmg aku tak setuju langsung. perempuan umo 13 dah bg kawin. suami 17thn eh? alasan, selalu keluar nak elak maksiat, so kawenkan sajalah. so lepas la tanggungjawab mak bapak kan?
baru setahun kawen dah kena cerai talak 3. umo baru 14thn dah jadi janda.. wallaweiiiiiiiii..
sebelum nak kawenkan anak tu pikir tak masa depan dia klau 1 hari suami dia tinggalkan dia? dah benti skolah sbb nak kawen. klau anak jutawan takda hal la kan? now, apa nak buat? nak mohon masuk skolah balik? nak keja, nak keja apa? nak pakai kelulusan apa? klau 1 hari ada rezki keja sendri, alhamdulillah..
katanya kena dera ngan kluarga mertua. hmmmm. cerita menantu dgn mertua biasalah kan? mertua dpt menantu perempuan, bajet menantu blh buat keja umah, blh masak, blh urus rumahtangga. tapi menantu baru umo 13thn. nak urus diri sendri pun blm lepas, inikan pulak nak urus rumahtangga. so, gaduh. itu biasa kita dengar kan? pastu suami cemburu sebab isteri ada hubungan sulit dgn org lain. haiyaaaaaaaaaaaaaaa...
now kluar pulak statement kenapa kawenkan anak awal sgt lepas kena hentam dgn orang. hmmmmmm..
macam2 hal kan?
klau aku jadi mak bapak budak perempuan tu, aku pikir panjang dlu nak kawenkan anak aku yg baru umo 13thn. yg baru masuk alam remaja. yg baru nak jadi org. baru masuk sekolah menengah. ntah ke period pun blm datang lagi. ayat laki aku, kencing pun masih bau nestum. hahaha
klau pun alasan anak kena rogol, sebab tu kawenkan? logik ke? selesai ke masalah? bukan ke negara kita ada undang2. anak itu masih dibawah umor. hmmmm, mungkin mak bapaknya diorg ada alasan sendri kan?
now, dah jadi lagi 1 masalah. tak tau lah apa alasan mak bapaknya dedahkan keaiban anak dia yg kena rogol sebelum kawen tu. sepatutnya, pada aku, tak payah la di bgtau 1 malaysia pasal tu. kan dah malu 1 family. benda dah lepas. dah diorg dah takda jodoh, dah kawen awal, bercerai, redho jelah. biarlah apa org nak kata. lama mana sgt kan? lama2 diamlah. tapi bila dibuka aib anak tu, lagi bertambah mulut2 org bercakap. haishhh.. tak paham aku.
pada aku zaman sekarang, nak kawen muda, umo 20 pun pada aku muda lagi nak kawen, aku tak berapa sokong. tgk kepada keadaan. klau kewangan stabil, suami dah matang, alasan nak elak maksiat, so go on lah. susah kut kita nak tgk pasangan yg kawen muda kekal bahagia lepas 10 thn kawen. silap2 baru setahun 2dah goyah. jgn dibandingkan dgn zaman mak pak kita dulu yeh. aku cakap zaman skang ni, yg menujuk negara maju ni. umo 20 dah kawen. memula seronok la. nak gosok2, nak manja2, nak peluk2. dah setahun 2, ada anak, kewangan blm stabil, otak pun tak matang betul, enjoy zaman remaja pun blm habis, kluarlah macam2 crita. bukan tak ada org yg kawen muda tapi bahagia. ada. alhamdulillah.
klau istri umo 20, tapi suami umo 27, so suami maybe dah matang. dah blm bimbing istri klau ada yg tak kena. blh tegur sbb dia lebih tua, blh pikir rasional. klau dedua umo 20? dedua baru habis skolah, baru nak keja, kawen thn ni thn depan dpt anak. pastu nak enjoy, nak sronok, umah tangga terabai. org sekarang aku tgk, pada diorg kawen, pastu cerai mcm takda apa2. tak kisah umo 20 dah jadi janda. mcm takda apa2. kawen, tak suka, tak serasi, cerai. Ya Allah....
klau dah jodoh, dah sampai seru, nak kawen muda takda hal. pikir dgn matang, ada masalah selsesai elok2, bertanggungjawab, ok je kan? jgn nak dipikir hati muda, darah panas tu. ada masalah, bincang, tak setel, tanya org yg lebih pakar, tanya org tua. jgn buat keputusan melulu.
klau tanya pendapat aku, seeloknya, penuhkan ilmu didada dlu. kewangan biar stabil. tak perlu kaya, cukup klau blh sara diri dan keluarga. hidup sederhana kalau bahagia takda hal. dah kawen, duduk elok2. rumahtangga mana yg tak dilanda badai kan? tapi selesai elok2.
org muda, pikir nak seronok. bila terbeban dgn tanggungjawab, mula rasa tertekan. bila akal waras hilang pertimbangan, tiada bimbingan, buat keputusan tanpa pikir panjang.
wallahuallam.. sekadar pendapat aku.

Friday, November 29, 2013

Roller Blind baru utk tingkap dapur


dah 2 tahun, tingkap dapur aku tak da curtain yeh.. hahahahah
bongok btui.

dapur aku luas. nnt aku buat entry lain. now nak citer pasal roller blind dlu sebab baru beli. ahahah..
tingkap dapur pun luassssssss.. memula buat plan umah, bnyk benda tak sempat pikir. now menyesal.. takpe2, benda dah lepas.
aku org kg kan? dah terbiasa dapur luas, bule buka tingkap luas. nak pengcahayaan yg bagus dan pengudaraan yg bagus. so aku buat  tingkap besar. ngeh2.. now, agak menyesal gak la. masa buat plan, yg melukis pun tak bg cadangan apa yg ok apa yg tak. so, just proceed submit ke kontraktor.

ni gambar lama.
nilah dapur aku. jantung umah aku.. hihi.. luas kannnn? blh buat island kat tgh, tapi aku tak minat. kang daur jadi sempit balik.
tu next entry kita cita..

nampak tingkap besau kat kiri kanan dapur? aku suka sebab terang ja dapur aku. dasar org kg kan? hahaha.. tapi ada jugak masalah lain yg aku tak perasan masa buat plan. but sokay..


tingkap yg dimaksudkan..  pintu putih tu nak ke dobi area. dgn tingkap ni aku takda hal, dgn tingkap sebelah sana tu ada sedikit masaelah.. nnt2 aku cita.

sebelah kiri ada curtain. sepatutnya sebelah kanan pun ada curtain. tapinya, laki aku tak pasang kaki utk pasang curtain. lagipun katanya, takda sapa nak tengok pun. pffffffffff..
sebelah yg takda curtain tu, belakang tu dobi area aku. next, kawasan semak samun. dulu la. 5-6 bulan lepas, dah dibersihkan dan ditambun tanah. luassssssss kawasan tu. masa kami mula2 buat umah, tepi tu semak samun la. so, mmg tak nampak la tingkap dapur aku tu. now, dah nampak dapur aku dari jln raya lagi. tak secure uolls.
sebelah kiri tu pun nama ja ada curtain, tapi buka je memanjang. sebelah kiri ada jiran, sepupu pak mentua. tapi diorg pun keja, anak2 smua duk luar. weekend ja ada org.
so kami laki bini tak kisah sgt pasal curtain tu. cerah sket dapur aku kan? org klau datang, ada gak la yg bertanya sbb takda curtain. hahahah.. gasaklah.

baru2 ni, pemaju tanah sebelah ada datang ukur2 bagai. mgg lepas dah angkut barang. menggelabah kami laki bini. kang dorg duk buat keja, nampak terus pulak kat umah aku kan? tingkap dah sebesar alam. bahaha.. gegas la g cari roller blind. aaaaa, salah 1 punca aku tak pasang curtain sebelah kanan tu sebab aku nak beli roller blind. lama jugak mencari. ada jumpa kat nagoya, tapi mahal ya ampun. utk size tingkap aku, sebatang rm250 yeh. pitam! tapi cantik la, ada corak2, ada yg plain. tapi tak kuasa la nak beli. beli 2 mau 500 melayang. tak sanggup.

last week, usha2 kat kedai yg aku slalu beli barang plastik, skali ada yg berkenan di hati. dlu ada jugak, tapi just ada kaler putih ngan kelabu. pastu roller blind jenis kayu tu. takmo, old skol. haha. g tgk hari tu ada kaler krim. yay!! baru senada dgn cat dapur aku. nak cari kaler soft brown, nak sama dgn kabinet, tapi nan hadooo..

nak rembat 2 terus sbb sebatang baru rm69.90. tapi incik laki suh beli 1 dlu. test pasang, kang tak elok ke, apa ke, rugii.. baeklah.. saiz 120x80 cm. ngam2 ngan tingkap aku.
dah beli, 1 hal pulak nak pasang. 2,3 hari jugak tersadai. jenuh berzikir. umpan dengan ayam goreng kunyit, baru nak buat. drama btoi laki aku nih..



hasilnyaaaa...


mak incik sukaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...
kikiki.. over!
ni tarik separuh ja. tu kat tingkap tu nampak tak tanah belakang umah aku? dah pacak tiang okehh? cepat btoi diorg buat keja. pasni mesti bising, gegar, habuk..


1 lagi.. ciwi nih.. hihi
mlm2, kita tarik bnyk sket ehhh... suci murni je nampak kan? beli warna cerah ni  bnyk risiko nak kena pikir. tapi klau beli kaler gelap, kang gelap pulak dapur aku. tak suka.
aku prefer blind ni dari curtain. nnt nak sambar 1 lagi utk sebelah sini pulak. bukan susah pun nak pasang, laki aku saja drama lebih.


dari pandangan pintu masuk dapur. roller blind lagi best kan dari curtain???
curtian tu lawa, english style, tapi aku tak berapa suka. mcm tak kena dgn konsep dapur aku. 

masa tgh ambik gambar ni, laki aku lalu pulak. siap perli aku over sbb ambik gambar. biaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa ar.. dapur kiteeeee..

pasni nak menabung nak buat grill utk tingkap dapur. kena buat cepat sbb org blakang dah mula keja. memula masuk umah, bajet tak cukup, aku buat grill utk pintu saja. tu pun dah beribu. pastu nak beli hood dapur.. hihihi.. tunggu bonus thn depan.. krik krik krik.

Amni dan Hello Kitty

anak dara aku yg sorang ni, klau dengan Hello Kitty, haishh dia punya gedik tuuuu.. suka sungguh. dengan yg lain tu, gedik jugak, tapi tak over sgt.
tak taulah cemana leh suka. bukan tak beli yg lain, beli. tapi tengok kecenderungan dia pun lebih kepada anak kucing tu, so kita turut jelah.

maybe sebab beliau comel kan?

comey kannnnnnnnnnnnnnnn? macam comey jeeeeeeeeeeee..
hish, rasa mcm nak tamparr..

dah dia suka, banyaklah koleksi hello kitty dia. mak pak la duk belikan. dia mana tau kan? klau tak beli, mana dia kena hello kitty ke pooh ke mickey tu smua. Amni kan cepat je ingat, so banyak kartun dia kenal. mcm2 ada kat umah tu, tapi minat dia lebih ke hello kitty. aku dlu tak minat pun, tapi since ada anak, tersuka jugaklah..

antara dolls hello kitty yg dia ada. 1st dolls aku beli masa dia demam. before this takda dolls. aku tak nak ajar sgt beli dolls. slalu aku beli buku kaler or mainan apa2 yg ada gambar hello kitty. tu pun dah melambak. kat sini, tak susah nak carik yg fake. murah2 je. kat padang besar nun melambak. bantal, selimut, baju, kasut, sikat, pinggan, smua ada.
1st dolls gambar yg bawah yg paling kanan tu. time tu dia demam. pas beli, duk peluk tu je sampai tdor. yg atas maknjang dia belikan. yg besau tu bapak dia belikan. baru lagi. beg hello kitty, maklong eija belikan. pastu beli lagi kat McD baru2 ni. pelapik pinggan pun beli hello kitty..
klau nak g memana, harus dia usung sama. dia pun mcm tau klau siap lawa2, siap bawak beg baju bakul susu bagai, mesti nak g jauh or lama. so, bawak dolls. heret habis 3-4 ketul masuk kreta. sabar jelah. klau bangkang, kang nangis.


ni koleksi baju pulak. go round the clock.
1st, aku beli kat bandung. kain tebal and best, rm12 je kut sepasang.
2nd, maknjang@adik aku belikan. gaun tdor.
3rd, mama belikan. dia paw aku kat bazar raya. dah nampak, terus pegang xmo lepas.
4th, maklong eija belikan masa raya puasa lepas. cantik sebab hello kitty tu timbul, ada bulu2.
5th, auntie huda kasik masa raya haji lepas. nice sbb long sleeve. mama suka. eh?
6, maklong perlis@kakak suami aku kasik. pink aum aum.. hihi

smua tu dia suka. klau aku ambik baju hello kitty, dia akan belek dulu siap cakap, "wauuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu, baju ello itty.." gituu.



ni keja bapaknya. sakittt hati maknya, tapi ku tahan demi mu anak. ni deco2 dlm bilik tdor namanya...
dia print banyak2 gambar hello kitty yg cun2, pastu bwk balik. menjerit2 kenit ni sronok sbb hello kitty ada banyak katanya. pastu apaknya ajar, bawak lekat kat dlm bilik. memula nak lekat kat play area amni. nooooooooooooooooooooo! sory aku nak bg. comot! so lekat dlm bilik kat hujung tilam Amni. sebelum tdor, belek dulu hello kitty tu siap bercakap bercerita bagai. haishhhhhhh..

bnyk lagi koleksi dia. yg lingkup pun ada. hahaha. pooh pun dia suka. mickey pun sama. upin ipin, boboiboy, mcm2 lagi. budak2 kan? comel, colorfull, harus la suka. mak pun kadang2 sama jugak. hahaha.


ini rancangan kegemaran kami sekeluarga sekarang. +______+
memasing layan la katun hello kitty ni. padan muka kan? sapa suh download sgt. hahaha..
tapi ni lah satu2nya cara nak bg dia tgk tv, duk diam tak kaco mama buat keja. tapi susah nau la nak carik kat you tube video hello kitty. kadang2 crita ni dah ulang 4 kali, Amni duk nganga tengok lagi siap terpegun2 bagai. padahal dah tak tau brapa kali ulang. bertabah la maknya nunggu sampai dia jemu nak tukar tengok citer industan.
klau buka katun lain, dia layan 5 minit je, tapi yg ni siap ulang2. upin & ipin tu, takat 5 minit je. yg lain pun sama. hari tu aku beli cd pooh. ada tiger bagai. dia tgk la jugak dah baru. lama2 tak nak dah. pastu cakap nak hello kitty. pfffffffffffffffffff..
video ni ada 1 part tu hello kitty tu lemas, pastu dia menangis. tau anak aku jadi apa??








































nahhhhhhhhhhhhhhhhhh..
menangis sama ok!!!! menjiwai watak sungguh ni. siap panggil hello kitty berulang2 sambil nangis.
"kecian ello itty meni yayau(menangis). parah dah ni. addicted habis. hahahahahah.
aku ingat kenapa lah tgk tgk tv tetiba menangis sampai campak habis botol air. rupanya sebab menatang tu menangis. urut dada mak kau nak oi..







** semenjak 2 menjak ni, Amni suka tgk siaran Astro Oasis yg rancangan Indahnya Iman tu. sebab ada nasyid, ada zikir, ada Asma ul Husna. memang tegak je tgk sampai habis. mama lagi suka nak!! nanti mama download kasi awak. dah tak payah hello kitty, sakit kepala mama tengok. kita layan qasidah Ya Hanana eh?

Thursday, November 28, 2013

Imotiv


kawan-kawan,
sesapa ada akaun imotiv, sila search blog aku dan sesuatu yeh.. mihmihmih..

tau imotiv??


skang ni smua ada smartphone kan?
kenkadang nak on laptop, nak baca blog yg kita pollow, tak sempat. pastu, alahaiiiiiiiiiiii, ruginya tak dpt baca belog, tak dapat baca entry baru hari ni.
klau ada smartphone, senang citaaaaaaaaaaaaa...
klau ada smartphone, ada belog, harus ada imotiv. eh, imotiv ni dah lama, aku yg baru nak cakap. hahaha.. lupa!
klau nak baca belog guna browser, kadang2 leceh sket. nak zoom, nak scroll leceh. so, sila download imotiv kat Play Store.
korang leh baca blog kegemaran dengan senang hati.
pastu, nak komen, nak reply komen, sangatlah mudah!
tak caya, g download lekaih!!


ni logo imotiv. heart heart love love..
klau ada entry baru dr blog yg kita follow, ada komen, ada reply, so akan ada notification kat enpon. senang kannnn?
sejak download imotiv, sesapa komen, laju je aku reply.. hihi.. 

jangan lupa pollow kak yah tauuuuuuuuuuuuuuuuuuu..

Peti ais


seronok tgk org ada peti ais besau stok nak masuk tdor pun boleh. hihi..
peti ais kami idok le besar mana.
peti ais 2 pintu, standard saiz je.
dah beli, dah pasang, eh rugi pulak tak beli yg besauu sket.
gitulah mak2 ni kannn?
takpe, kita guna jelah mana yg ada, ikut kemampuan..


nahhhhhhhhhhhh..
sampai 2 ke peti ais engkau kak yah?
hahaha
yg 2 pintu tu, kami beli err, last year.
lepas kawen, start duk umah sewa pakai yang pak mentua kasik. yg 1 pintu kat sebelah tu ha.
lama gak kami pakai. umo peti ais tu dah lebih dr 10 tahun ok. kondisi tip top, cuma jenis lama yg ko kena defrost bahagian beku tu. dlm sebulan, 2 kali camtu kena defrost. klau tak penuh ais dlm tu. peti ais skang dah tak dah kan nak kena defrost2 bagai ni.

aku beli peti ais 2 pintu tu bila Amni dlm umo 8 bulan camtu. yg kecik tu tak muat bila aku nak simpan stok makanan Amni. berebut la kat bahagian beku tu. kena plak kat bahagian tu kan cepat nau bekunya. sometimes lagi bnyk ais dr makanan. bila defrost, kadang2 lupa. tau2 air dah melimpah ruah kat lantai. nak mengemop dah 1 hal. end up, ada duit sket, jomlah beli yg baru.

dah ada yg baru, yg lama merajuk pulak. awal thn hr tu rosak pulak. rosak pun sbb laki aku sendri jahanamkan. nak defrost lambat, dia g ketuk2 ais dlm tu. siap tikam2 ngan pisau. tak sabar. tertikam sampai ke lantai, tembus la. kluar gas. ngeri btoi. geram aku. tak brani cakap bnyk sbb dia yg rosakkan. so, tak blh guna. duduklah ko diam2 kat situ. blh repair tp nak bawak ke kedai tu hmmmmmmmm.. alahai, berat. atas peti ais kecik tu ada warmer botol susu Amni. dah peti ais tu rosak, leh la letak menda alah tu kat situ. sebelum ni laki aku tak kasik.
dulu, heaven la ada 2 peti ais. leh separate sini nak letak apa sana nak letak apa. gituu.. yg kecik peti ais suami, yg besauuu peti ais istri. dah mmg slalu gitu, istri gila kuasa. hahaha..


mcm biasa, mesti tampal fm kat peti ais kan? hahaha
asal leh tampal aku tampal. ada laki ganas, bila buka peti ais terbang setengah fm aku. sabar jelah.
atas peti ais letak stok susu Amni. belakang tu ada kotak apa ntah. bekas kecik tepi tu, mug tanah liat beli kat hatyai.
dalam peti ais atas, kat bahagian beku, simpan stok barang basah. dah penah cita kat sini.
oh, peti ais ni pun dah lekat kunci sbb Amni dah bule buka.
aku tgh buat keja, tau2 dengar dia duk sebut "sejukkkkkkkkkkkkkkkk, sejukkkkkkkkkkkkk". pusing tgk, kepala dah masuk dlm peti ais!! sabaq jelah anak aku.


nahaiii..
padat kan?

bahagian chiller, aku jarang letak apa2. slalu laki aku letak air botol like 100+ tu.
rak pertama, ada jem roti, butter, susu pekat, cheese, jem roti Amni (puree kurma). kadang2 ada kotak coklat jugak. letak yg kecik2 ja kat rak tu.
rak kedua, ada bakul buah. kadang2 ada air vitagen or sustagen. bekas kuning tu ikan bilis. stok ikan bilis sentiasa ada kat umah. tu aku beli 1/2 kg. hihi. atas tu bekas coklat. dah lama dah coklat tu, tak habis2 sebab aku sorang je duk mkn.
rak ketiga, segala jenis bahan masakan. ada stok bawang, stok cili, belacan, sayur, cili. smua masuk dlm tipuware. aku pilih yg clear supaya nampak apa isi kat dlm. kat bahagian belakang tu ada lagi. ada bawang goreng, ada kacang goreng, serbuk cili dll. smua dlm tipuware jenis clear. cuma ada yg bekas 4 segi, ada bekas bulat. eh, sambal belacan pun ada tau ka belakang tu. pun aku buat stok. nak makan, cedok je. tak payah la tiap2 hari menumbuk sambal belacan.
bawah skali, bahagian sayur. yg ada masa tu cuma serai, limau nipis, kubis, kentang and carrot. klau rajin aku susun, klau tak aku campak je. hahaha. stok sayur slalu tak menginap lama kat situ. thats y aku tak susun2 sgt. aku bli pun tak bnyk, cukup utk seminggu je. ai kan slalu masak-- ptuiii--.
yg nampak penuh tu sebab ada stok gula and kurma dlm tu.


di pintu peti ais.
agak tak tersusun. ni kesan drpd peti ais lama rosak. klau tak elok je sebelah sini. hehe
atas, stok telur. ada stok ikan bilis megi kat sebelah tu. kadang2 je guna, so kena letak dlm peti ais. next stok ubat. penuh sebab dah lama tak check. klau tak, aku check, mana yg agak dah lama, 3-4 bulan camtu, aku buang je walau tak expired lagi. malas nak simpan lama. kang bule ambik lagi kat panel. free.. hehehe.. lagipun Amni suka sgt mkn ubat, jenuh nak menipu. pasni kena pikir solution lain.
bawah, segala maknek sos, kicap, perencah tomyam. coolfever Amni pun ada. hihi.. now aku dah masukkan dlm tipuware dah sbb kenit tu suka ambik.
last skali, air kosong. bekas biru hujung tu, air gula. aku mmg buat sesiap. masak gula sekilo, buat air gula, simpan. nak bancuh air, tak payah terkocoh nak buat air gula dah. buang masa.

tak berapa nak puas hati sgt tgk susun atur peti ais ni. lepas ni kena 5s sket lagi. susun2 lagi kasik kemas. baru sronok buka peti ais kan?
tgk peti ais org, siap ada label. huiiiiiiiiii.. rajin eh, kagum kak yah. aku takat susun jelah, nak label blm ada kekuatan. hehehe..

Wednesday, November 27, 2013

Keloid

Sekilas mengenai keloid

Keloid adalah jaringan kulit tambahan yang tumbuh di bekas luka. Keloid merupakan bekas luka hipertrofik. Keloid biasanya warnanya merah muda sampai coklat tua. Keloid tidak menular dan tidak berbahaya, hanya saja tampaknya bisa mengganggu dan rasanya bisa agak gatal.

Benjolan pada kulit yang dikenal dengan sebutan keloid suatu saat mungkin dapat menghampiri kulit kita terutama ketika ada luka, baik terkena guratan pisau, luka bakar, bekas bisul ataupun jerawat. Keloid yang menempel di dalam kulit sering terlihat menyebalkan di mata orang. Keloid dapat mengakibatkan estetika kulit berkurang terutama bila keloid tersebut timbul di tempat yang sangat tidak diharapkan yaitu wajah. Bagi kaum perempuan, kecantikan mereka akan menjadi sangat terganggu.

Apa sih keloid itu? Keloid adalah benjolan padat di kulit yang merupakan pertumbuhan proliferatif (perbanyakan) dari jaringan fibrosa (jaringan ikat pada kulit) setelah mengalami penyembuhan luka. Keloid sebenarnya merupakan suatu tumor jinak pada kulit namun keloid tidak mengundang bahaya pada nyawa. Keloid yang lebih dari 1 kita sebut sebagai keloidosis.

Pada suatu luka, proses katabolisme dan anabolisme mencapai keseimbangan kira-kira 6-8 minggu setelah operasi. Pada keadaan normal, luka yang terjadi pada kulit akan membuat sel-sel kulit dan jaringan penghubung (fibroblast) mulai menggandakan diri untuk memperbaiki kerusakan.

Pada kasus keloid, terjadi ketidakseimbangan antara pembentukan dan penghancuran (degradasi) kolagen. Meskipun luka sudah tertutup, pertumbuhan yang berlebih terus terjadi sehingga mengakibatkan penumpukan fibroblast dan kemudian penonjolan keluar permukaan kulit yang akhirnya membentuk benjolan di jaringan luka.






Faktor penyebab timbulnya keloid

  • Genetik atau ras. Keloid cenderung terjadi pada orang yang berkulit gelap dan diturunkan oleh orang tua kepada anaknya.
  • Umur. Keloid umumnya timbul pada anak-anak dan dewasa muda (10-30 tahun)
  • Jenis dan lokasi trauma. Keloid akan terjadi pada luka yang proses penyembuhannya lama dan biasanya akan tumbuh pada kulit yang memiliki regangan yang tinggi seperti pada dada, bahu, dan lengan atas.
  • Adanya bekas operasi atau bekas suntikan pada saat di imunisasi atau di vaksinasi.
sumber
dan lagi artikel mengenai keloid :
http://www.hmetro.com.my/articles/Keloidbolehdiatasi/Article/
http://forum.kompas.com/kesehatan/238685-keloid-beserta-faktor-dan-penyebabnya.html 



tapi aku punya keloid ni, masya allah, sakitttttttttttttttttttttttt..
aku pun tak ingat sejak umor bila aku ada keloid ni. yg pasti, dulu2, 10 thn yg lepas, tak besar sgt. now mcm besar sket. dulu2 2 ketoi ja, now dah ada 5. pfffffffff..
dulu2 tak sakit, now sakitttttttttttttttt.
bendenyut2 rasa. kadang2 rasa macam kena renjatan elektrik. tak pun mcm luka baru kena siram air. pedih menyengat. tensi aku.
lately, makin kerap sakit. pernah aku sampai menangis. sakit tu blh tahan. tapi bila kerap, berdenyut2 sakit, pastu lama pulak, stress pun datang. maka menangis. hahaha..
tension oii..
dah lama simpan, now kena cari rawatan. tak tahan dah aku. jarang aku dengar keloid ni sakit. tapi kes aku, sakit. sakit keloid dan sakit hati. bergabung, bersatu, ahkak pun menangis. tsk tsk tsk... :-(
readers, kalau tau rawatan keloid selain dari suntikan steroid dan pembedahan, sila share. ahkak sangat memerlukan pertolongan.
next week baru start nak ambil suntikan tu. dah tak tahan. dah lama menderita. gituuu..
suntikan kena berterusan maybe 3,4 kali untuk surutkan keloid tu. nasib baik jugak keloid aku ni terlindung. klau tak, malu hoih.
eh, mak pak aku tak ada pun menda alah ni. tetiba aku pulak bule ada. tak paham aku. dah googel pasal keloid ni, mcm2 yg aku jumpa. seb baik la bukan sejensi kanser kulit ke hapa. tapi yg pasti sakit!

Tuesday, November 26, 2013

Beli tuppaware lagi!

kak yah dah gila tuppaware pulok dohhhh..
dah mula beli ni, dah jadi ketagih pulak.
sebab tak la mahal sangat bila ada sale and tolak harga ahli.
masih mampu milik..
lagipun dah lama tak terjah kedai tuppaware ni.
aku jarang beli, so takda catalog utk thn ni. awal thn hari tu ada beli. pastu tak de dah.
awal bulan hari tu ada beli tuppaware pepel yg cantik manis.
minggu lepas, teringat sale utk bulan  november.
ada benda yg berkenan di hati.
kena tunggu hujung2 sket, ada duit lebih sebelum gaji, baru nak beli.
so, on friday, habis keja jomlah hai anak teman mak g beli tuppaware.
tapi dah nama pun sale, blm habis sale, stok dah licin.
haiyaaaaaaaaaaaa...
frust ahkak tau dik..
dah takda, tak payah beli la kan?
tapiiiiiiiiiiiiiii
iolls ternampak yg lain yg menggoda jiwa jugak.
ishhhhhhhhhh
pandang tak lepas, langkah pun tak jadi..
usha2, maka kita ganti yg lain.
mihmihmih..

rembat yg ini pulop..
stok last. klau tak, minggu depan baru ada stok baru.
memang menjahanam poket btul la.
tak leh g kerap sangat. bagus jugak catalog tak sampai kan?
klau tak, tiap2 bulan aku bersidai kat kedai tepawe tuu


hasil rembatan..
oh, kamu sangat sepsi...
hahahaha
ini pun, beli 4 yg besau, dapat 4 yg kecik. homeyyyyyyyyyyyyyyy

dah nak cukup geng dah ni. botol air, bekas tinggi, bekas bulat, bekas kecik.
ahkak suka ahkak sukaaaaaaaaaaaaaaaaaa.. yay!

ada katalog baru. kaler pepel yg cun oih and bentuk 4 segi! gewammm. sebab dah beli yg pepel 1 touch tu tp bentuk bulat. aku lagi suka 4 segi dr bulat. ok, mari menabung utk beli yg 4 segi pulak. hahahaha


## mak2 sangat dah ni kak yah oiii


Sabar itu indah..







Pics from google


nahhhhh..
motivasi untuk diri sendiri di hari selasa..
dah lama bersabar.
sabarrrrrrrrrrr.. bak kata org, mungkin ada hikmahnya nanti.
ada sebab, bila sabar nanti penyelesaiannya indah.
tapi kes aku ni, tak ada maknanya hikmah bagai.
kes aku ni namanya sabar yg tak ada faedah.
gituuuuuu.
haishhh.
susah nak cakap.
nak becerita dengan incik belog ni pun, tak jadi apa.
kang tersalah bicara, mampus haku.
takpelah..
setakat ni aku mampu bersabar.
cuma tak tau sampai bila sebab dah lama aku bersabar.
aku ja yg sabar, terima dan telan.
sebelah pihak saja, tapi pihak yg lain langsung takda apa2 perubahan.
tak ada maknanya.

so, marilah kita terus bersabar sampai aku hilang sabar..
grrrrrrrrrrr..
bila rasa mcm tak sabar, marilah kita istigfar banyak2.
mintak dijauhkan syaitonnirrajim tu smua.
syuh syuh syuhhhhhhhhhhhhh..

Ya Allah, berilah aku kekuatan untuk terus bersabar. Jauhkan aku dari hasad dan amarah. Amin!

4th annivesary

minggu lepas, dah cukup 4 tahun kawin.
alhamdulillah.. syukur atas cinta yg dibina ini.
moga2 terus dikukuhkan cinta antara kami ini ya Allah..

20 november thn ni jatuh hari rabu. a days before pun kami ah sebut2, tak lama dah annivesary kita. so, on that day, mcm takda apa2. memasing bizi hal memasing. baru 4 tahun kawen dah gini yek? lagi 10 thn cemana pulok..

masa kat opis, incik suami call and wish happy annivesary.. hiihi.. slalu isteri wish dulu, kali ni dia dulu. so, plan nak dinner mlm tu. tapi dia takmo celebrate lagi. nak celeb on 22 katanya. sebab kenduri kat umah dia on 22 nov. hari tu baru dia benar2 jadi suami. cisssssssssssssssssssss..

dan mlm tu mmg tak j adi dinner together gether sbb apak mentua beli pizza and panggil mkn sekali. oklah, kira ayah belanja on our annivesary lah. kenyang perut mkn free.
next day, plan lagi skali nak dinner. bila tiba mlm kejadian tak jadi jugak sebab pegi umah mak sedara aku. ada hal sket, langsung makan malam kat umah dia. haruslah kenyang berganda2 sebab mak sedara aku ni bukak kedai makan. bertambah2 laki bini makan. hahaha. makan free lagi kan?

tapi on 22 nov, betul2 kluar dinner. dah2 nak g celeb annivesary ni papa oiii..
kami kan sangatlah jarang kluar makan luar and keluar malam. so, bila nak kluar tu menggedik tak ingat. sesaja nak kluar jalan, memang tak. nak keluar makan pun payah. mlm tu kena keluar jugak sebab nak beli roller blind utk dapur. so, sekalikan dengan dinner. lagipun esoknya sabtu, aku tak keja. takda la terkejar2 nak blk umah klau lewat pun.

so, mlm tu berkobar2 la nak kluar dinner, carik barang and also jalan2. amni menggedik2 sronok bila kata siap cepat nak masuk keta, nak tgk lampu cantik. decide nak mkn kat Arau. dr umah dlm 8km jugak nak ke sana. all the way tu bercakap tak benti mek kenit tu. dia pun dah lama gak tak bawak kluar mlm. seronok dia tgk lampu cantik.
sampai Arau, g carik roller blind dlu. aku dah usha dah siang tu. tapi tak beli dlu kut tak cukup inci. balik umah tu ukur dlu, so lepas. mlm tu angkut laki g beli. tak koser la aku nak bawak. berat dan panjang. hehe.. setel beli jom kita g makan. mak incik dah lapor.

nak makan western and nak try restoren baru. manusia agak meramai. dah pkul 10. order, 10 setengah lebih jugaj baru dpt makanan. Amni dah mula tunjuk perangai. budak tu pun menurun bapaknya, klau g memana, boring sket nak balik. makanan baru sampai, dia dah start boring. nak ajak jln2. mak pak dah lapar. dia pun lapar jugak, so mari mengamuk. kiri kanan meja ada org. hadui laaaaaaaaaaaaaaaaa... so mak  keta take over. biar ke bapaknya mmg silap2 bungkus la chicken chop tu blk mkn kat umah. bawak dia g Guardian, beli biskut. umpan sket, seb baik senyap. dpt makan, dia sket la. mkn biskut habis sekeping setengah and mak pak pun dapat mkn. aku mkn chicken chop, incik suami makan fich and chip. dah nak habis makan, Amni baru nak ngendeng. nak ayam aku tu. banyak jugak dia mkn. aku klau chicken chop, kuah mushroom je, so dia pun bule mkn. tunggu dia mkn pulak. takpelah anak, asal awak mau makan, mak ok je.


ini je gambar di hari kejadian. sebelum balik, tapau kek choc crepe. sedap!
makan kat restoren ni, Blackwood. chicken chop aku pun sedap. papa punya biasalah lah fish and chip. nak ambik gambar malu dgn jiran2 meja sebelah. ngan anak duk meragam, tak koser la aku nak amik gambar.

itu je citer annivesary thn ni. mcm biasa, keluar dinner laki bini. hadiah? ada tak ada, tak kisah sangat. tapi thn ni aku mintak hadiah. hahahahaha..

moga ikatan ini berkekalan untuk annivesary akan datang. Amin

Monday, November 25, 2013

Stok bawang

kalau dalam entry2 resipi aku sebelum ni, aku slalu mention aku buat stok bawang kan?
yeszaaa... kalau ada stok bawang ni, senang keja aku nak masak.
senang dan cepat!
blk keja, sap2 soi ja nak masak.
tak payah buang masa nak kupas bawang, siang, blender bagai dah..

baru2 ni stok bawang kak yah dah habis. so, marilah kita membuat stok baru utk kegunaan di masa hadapan..


proses mengupas bawang. leceh sket la. tapi kena sabar. hehehe


dah siap kupas and basuh.
bawang merah tu dekat sekilo jugak aku guna. bawang putih, banyak labu jugak, tapi idok le sama banyak dengan bawang merah. slalu klau kita tumis, nisbah bwang merah bawang putih 3:1 je pun kan?
aku lagi suka tumis guna bawang dah siap blend ni dari guna bawang yg hiris. rasa dia lagiiiiiiiiiiii sedap..

tadaaaaaaaaaaaaaaaaa..
dah siap blend. blend asing yeh. nak campur skali pun boleh, tapi better asingkan. bawang merah dpt penuh 1 bekas. bawang putih tak sampai separuh pun.
masa blend tu, masuk air sket je sbb nanti bawang ni kluar air lagi. dah siap blend tapis dulu sebelum simpan.
pasni nak masak, cedok jee.. senang kan?





alang2 kan? aku buat skali stok cili. nak simpan dlm esbox, make sure tumis lama. klau dapat 4 jam lagi bagus. lagi lama tumis, lagi sedap cili tu. nak guna kang tambah gula ngan garam je.
mudah keja kak yah..

Wednesday, November 20, 2013

Dobi area

meh nak konsi ruang dobi ahkak..
tengok laundry korang2, huii kemain. jeles ahkak kat sini..

rumah kampung ginilah.. open je ruang basuh membasuh ni.
ruang ni haruslah kat belakang umah. dinding hijo tu dinding dapor aku.
mesin basuh tu hadiah kawen. pak sedara hubby kasik duit, dari membazior baiklah kita beli barang utk rumah. so aku beli mesin basuh. ada balance lagi, aku beli periuk nasi dgn  blender. setel..

mesin tu elok lagi. yelah baru 4 tahun kan? tapi nampak cam buruk sket sebab memula pindah umah ni, letak kat tgh panas je. kat situ jugak lah tapi memula takda awning. pas berapa bulan kut baru buat awning belakang. kesian mesin basuh aku kena hujan panas.

penyidai besi tu beli kat home expo thn lepas. murah, stainless steel, sambar terus. rm60 jewww.


rak kayu sebelah mesin basuh.
baru menetap kat situ lebih kurang sebulan kut. sebelum ni aku susun je semua bekas2 tu kat sebelah mesin basuh. tak praktikal kan? kemas2 umah, rak kayu tu mcm tak tau nak letak mana, so kita letak situ dulu. memula beli duk kat dapur. masa kat umah sewa dulu. dah pindah, aku buat letak novel2 aku. utk novel dah beli rak baru, dia ku bagi tapak baru. mcm tak sesuai sebenarnya sebab kena hujan panas. lama2 nnt mesti rosak :(.. takpe, nanti kita ganti.

rak atas tu ada softener baju. sabun mandi amni pun ada sebab kadang2 aku mandikan dia kat sini. lagi laaaaaaaaaaaa dia suka. cakap nak mandi kat luar, menonong je pegi. luaskan? sambil2 aku buat handwash, aku mandikan dia skali. dlm raga kecik  kaler hijau tu ada penyepit baju kecik.. yg besau, utk penyidai besi tu, kena guna penyepit besau.
rak ke 2, sabun basuh. bekas hijau, sabun Amni. next, sabun mak paknya.
rak bawah, stok sabun.

pandangan dari dm rumah. dari pintu dapur. ruang ni memanjang sama panjang dgn umah aku. so, dari hujung sini sampai hujung sana aku blh sidai baju. syokkan?? nak sidai cadar 3-4 helai pun takdak hal. kena pulak, belakang ni belah matahari jatuh. baju confirm dapat panas secukupnya. pkul 11 dah panas lit lit. lebar, dlm 5-6 kaki juga kut. depan tu longkang. tinggi, sebab masa memula nak buat umah, kami tambun tinggi. bebas banjir. hehehe


semak samun depan umah. tapi mulai minggu ni dan akan datang, akan hilang semak samun tu smua. sebab pemaju dah start keja. kawasan sebelah umah aku ni luasssssssssssss sgt. khabarnya diorg nak buat rumah kedai. dah lama tambun tanah pun. aku duk kejan2 laki aku dah suh pasang pengadang kat pagar tu. kang nampak habis sampai dlm umah kan?


pandangan belakang. sebelah sini takda awning. insyallah ada duit lebih, nak pasang awning jugak. besau tu pun mau RM1k okeh. dah pasang semua, senang nak sidai baju kan? kalau hujan, angin kuat, basah jugak baju klau sidai kat penyidai besi tu.

tu nampak umah jiran aku. bukan og lain pun, pak sedara jugak. jiran depan, pak mentua aku. umah aku tengah2. tu jelah jiran aku. hahahaha..

Amni demam

anak dara aku demam pulak weekend hari tu..
minggu lepas pun dia ada batuk2 sket and nampak hidung berair. tapi tak serius sgt. batuk pun ditahap awal. so, aku takda kasik ubat apa2.

hari jumaat, nampak dia batuk lebih sket. jumaat mlm, badan mcm panas. bgn pagi sabtu tu, aku check temp dia dah 37c. cuak jugak. selalu klau Amni demam, aku akan mandikan dia awal. but since dia mcm selsema, aku tak berani la pulak nak mandikan dia pagi2 buta tu. kang selsema lagi teruk pulak. pkul 9 camtu baru mandi. mandi lama tapi aku pantau kut air masuk hidung pulak nnt. kenit ni aku perasaan, kalau mandi, basah rambut, lama & banyak sket, pastu harus selsema. sensitippp..

dah mandi, siap wangi2,ajak dia break1st. tak nak mkn sgt pun. kasik susu coklat fearnleaf, mkn roti 2,3 suap dah tak nak.
bgtau nak mkn ubat, lajuuuuuuuuuuuuu  je. alhamdulillah, Amni now senang mkn ubat. sampai aku kena sembunyi ubat tu.
ubat demam ada lagi dlm peti ais, so kita mkn yg tu dulu. panas badan dah turun 36c++ lepas mandi tu, tapi kasik jugaklah ubat.



pastu ajak dia main2 sket, kasik badan berpeluh. baju dah pakai yg habis nipis dah. sepsi habis.. tranparent tuuuu.. hehe. main pun tak lasak sgt. kurang aktif sket la dah tak sedap badan kan? hidung berair, batuk2.. sian dia..
pkul 12, aku bwk masuk bilik, on aircond, minum susu, blm habis sebotol dah selamat belayar.

lama jugak tdor. bgn tdor dlm pkul 4 kut. mandi2, jom makan nasik nak. goreng ikan kembung kat dia ngan sup sayur campur. mkn tak habis pun. boleyla.

dah petang, tgk dia mcm takda mood. jomlah kita keluar kejap.


kasik can main beskal kat porch. sambil mama siram pokok bunga. nak g umah wan tak blh sebab hujan renyai2. pusing2 jelah kat situ.


dah blh sengih.. lega mama.. hihi
badan dah tak panas, tapi batuk ngan selsema mcm makin teruk.

mlm tu tdor, batuk kerap jugak. kesian sgt. mesti sakit kan? kita klau batuk pun tak selesa kan? ini kan pulak budak. tgk keadaan dia mlm tu, decide esoknya jomlah kita g amik ubat. budak ni ubat klinik lain tak jln, kena g doc feberet kat aloq staq nu jugak. ptg tu dah bgtau papa dia suh standby, amik la cuti sesiap esok. ahad kan laki aku kejaaaa.


ahad pagi. siap2 nak g alor star. kenit ni klau nak kluar, semua geng dia nak angkut bawak sama. ni ada yg baru pulak, lagi la haru. beg hello kitty comey maklong eija kasik. tu patung hello kitty, maknjang kasik. usung merata..

call klinik nak buat appointment, nuuuu pkul 7 ptg baru dpt jumpa doc. gilak!! haishhh.. klinik tu mmg gitu, manusia meramai ya ampun. now sabtu dia tutup. so ahad tu, faham2 sajalah. pkul 8 dah berderet org tunggu depan pintu. yg dari perlis ni, hmmmmmmmmmmm.. nasib la. demam panas dah takda, kita pegi ambik ubat batuk selsema jelah. tak dapat la jumpa doc. klau tak, harus ku minta doc tu isap hingus Amni skali. cepat sket lega selsema tu. selamat la kamu wahai anak. dia skang ni klau aku gempar nak g jumpa doc, nak isap hingus, menangis2 tak nak. hahahahah. tau takut..

setel ambik ubat, kita g makan lah. dah tghr pun time tu. bawak dia jln2 kat Pacific. ada mainan apa ntah kat lobby, budak 2punya ramai. seb baik dia tak minta nak pegi. budak ni auta sket, haaa ok. lagipun dia tak sihat sgt kan?


makan kat Mc'D. belikan dia patung hello kitty.
tu tengah teruja la tuu. beli pelapik pinggan hello kitty jugak kat dia. duk belek tu jelah. setel mkn, jomlah kita balik. mak pun takda mood nak shopping time tengah sengkak ni.. takda beli menda pun. beli air 100+ je 2 botol ngan toys Amni. mcm tak percaya.. hahah

hari ni batuk kurang sket dah. selsema pun sama. lately kerap pulak dia selsema ngan batuk tu. kesian tgk, batuk kuat. pastu kadang2 muntah jugak. tapi pas muntah tu mcm lega sket sbb kahak kluar kan? so, aku tgh pikir2 perlu ke aku kasik Amni supplement. now dia dah 2tahun 3 bulan. nanti kita usha2 yeh..

Amni cepat sembuh. nanti nak g holiday... hihi

Tuesday, November 19, 2013

Bekas di sinki dapur

Hari ni nak share bekas2 di sinki dapur aku..
masa memula nak buat kabinet dapur, memang aku dah bgtau apak mentua nak sinki yg lubang 3 tu. 2 utk basuh pinggan and tengah2 ada lubang kecik utk letak bekas sabun. klau yg dua lubang je, kang bekas sabun kena letak atas. takmo, nanti comot. ehehe..


takda pulak gambar penuh sinki tu. tapi rasanya smua tau kut cemana rupanya. besarrrrrrrrrrrrrrr, senang keja kan? atas tu paip pun 2, 1 disini, 1 disana. dua2 nak guna serentak pun senang, tak payah berebut dah.

eh, nak crita pasal bekas2 tu, bukan pasal sinki.

ni pasal bekas2 ni ha..
bekas sabun and bekas berus basuh pinggan/periuk tu.
dlu guna bekas sabun axion untuk isi bekas berus. tapi tak praktikal. lama2 bekas tu busuk sebab air bertakung. kena basuh selalu. tak suka. baru2 ni jumpa raga kecik comey yg hijau tu. berlubang kiri kanan atas bawah. yay!!
ngam2 soi je letak 2 bekas tu. just nice. klau tak muat, rugiiiiiiiiiiiiii...
bila ada sinki lubang tgh gini, letak bekas sabun kat situ, takda la comot sgt kes sabun or buah sabun tumpah2 kan?


zoom sket..
comey dokk? hahahaha
bunga2 lagi uolls.. dah tak busuk, dah tak payah cuci kotor2 tu smua.
tapi kena jugak la cuci tu, sebab lama2 ada gak daki2 kat celah2 bunga tu. but, no hal sebab tak la teruk pun. jirus pun kluar.


sabun2 letak atas. kat celah tingkap depan sinki. pun ngam2 je. kemas sket. hihi..
sabun basuh pinggan tu aku tak pakai jenama zip pun. beli lain, tuang masuk situ. botol tu dah berkurun guna. sebab botol tu ngam2 elok dlm lubang tingkap tu. beli brand lain, besau pulak, tak cun. so, duk refil botol tu jelah. sebelah, hand wash, pastu sabun botol Amni. made in thailand. murahhhhhhhhhh dan wangi. hahahaha..

errrrrrrrrrrrr, nampak pulak biasan aku dlm cermin tu. nampak nau ambik gambar di mlm hari. hahahaha..

Result UPSR Adik


Result UPSR dah kluar. adik bongsu aku salah seorang calonnya.
last week hari kejadian, aku cuti. bukan sesaja nak cuti.
ada gak kang yg kata aku over, adik nak ambik result UPSR je pun, hegeh nak cuti.
heyyyyy.. tu adik aku, sokatilahhhhh..

kebetulan hari tu kan last day skolah utk negeri kedah. hari khamis. so, abah decide nak buat kenduri sket. makan2, nak jamu kawan2 adik dan cikgu2 skolah. abah PIBG skolah, pasni maybe dia dah tak join sbb adik dah habis primary school kan? lagipun abah aktif and kenal smua cikgu. so, jomlah kita buat kenduri.takat kenduri sket2 ni mak pak aku takdak hal. dah biasa. thn ni dah tak tau brapa kali kenduri dah pun.
ada gak yg tanya, result tak keluar dah buat kenduri ke? takkkk, ni bukan pasal resutl pun, berapa pun adik dapat nnt, mak pak aku tetap buat.

dah result keluar, nak buat kenduri lagi, aku pun apply la cuti skali. lagipun aku blh terus uruskan borang permohonan ke sekolah menengah adik siap2.

pagi khamis tu, adik g skolah mcm biasa. kat umah dah start sebok. actually on wednesday tu pun dah sebok dah. abah sembelih ayam kg 9 ekor. mak sedara aku kasik rebung sket. jadikla gulai ayam kampung dgn rebung. umi buat laksa jugak. mulanya nak beli kuah laksa kuala perlis, skali tak buka pulak. takpe, ikan  murah, jomlah kita handmade kuah laksa. on thursday, abah beli lg ayam 20 ekor+3 ekor tokey ayam tu sedekah tumpang kenduri katanya. wuiii, meriah. umi masak nasi kuning mcm biasa and nasi putih also. abah tempah ais kacang kat kawan dia skali. tukang masak? umi and the gang laaaaaaa...

pkul 10 pagi, aku dah siap2. pastu duk la belek henpon nak check result exam via sms. before 10 antar sms, replied, kena check pas pkul 10. ok. dah pkul 10, line jammed la kan? lambat and katanya salah nombor angka giliran. puiiiiiiiiiiii.. 10.30 aku ngan pizah gegas g skolah. over.. hahaha. mak pak aku sebok sbb org dah mai nak masak. nak mkn tengah hari kan? kami je yg pegi and bawak Amni skali. sampai skolah, cekgu2 ngah buat analisis pulokkk. tak keluar pun lagi, budak2 pun smua duk nunggu2. mak pak yg lain takda pun, kami jeeeeeeeeeeeee.. over sungguh kakak2 mu nih..

masa duk nunggu tu, ada sms masukkkkkkkkkkkkkkkk.. mihmihmih..


budak kena main..
menangis2 bila aku bgtau aku dah tau result exam dia. pastu aku taknak bgtau dia.. ahahahha

eh, aku pun menangis gak. menjerit2 dlm keta tgk sms. hahahaha


pastu kena paksa amik gambar dulu, baru leh tgk result.. dah muka cebik2..
nasib ko la dikk..
memula taknak bgtau, suh tunggu cikgu nnt. tapi kesian pulak. aku klau dgn dia ni, tak sampai hati. adik bongsu kan? gap aku dgn dia dekat 20thn. kecik2 dlu aku la yg jaga dia, basuh  kencing berak segala..

resultnya?
haishhhhhhhhhhhhhh...


seperti yg dijangka.. hihi
dia pun dah bajet dia blh dapat 5A sebab lagi senang dari trial lepas. klau tak dapat 5A ni, aku rasa mau muncung seminggu ko dik.
tahniah la. kakak tau adik mmg boleh!! ko pandai mcm kakak kannnnnnnnnnnn? hahahah

dah dpt result, gegas aku g bangunan MARA Perlis. nak ambil no pin utk isi borang MRSM. dia nak yg paling dekat, tak mo jejauh. yelah2.. aku org ke 2 ok sampai kat situ. kena buat cepat, kang lambat, takkan aku nak cuti lagi ye dok? hari tu jugak aku isi online smua siap print. segala dokumen dia pun aku dah suruh adik ready awal2. cop skolah, then dah boleh hantar. skolah lain pun ada apply, tgk lah nnt mana yg dapat.

cuti skolah dah start. so adik, silalah horey2..
janji kakak tu nanti2 kakak tunai yehhhhhhhh. sabaq sattt.. tapi ahkak tak mampo la nak bagi mini cooper yehhhhhhhhhh...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...