Search This Blog

Loading...

Tuesday, May 26, 2015

Nak ceriakan laman semula...

dah laaaaaaaaaaaama laman aku terabai..
start dari pregnantkan Aniq tahun lepas.
sedih tengok laman mcmkan hidup segan mati tak mau tu.
jadi marilah kita ceriakan sikit2.
aku nak laman aku cantik je.
nak berseri2 dengan bunga2..
jadi kena rajin sket la..
rajin tu ok la, sebab dah nak kan?
tapi masa tu yg susah sket.
Aniq kecik lagi ni, kena duk tgk dia.
dah boleh berlari kang senang keja mak ni.
aku bwak dia keluar skali, meh cabut rumput dengan mama ni haaaa.
ehehe..

meh tengok laman kak yah yg sekangkang kera tu.
sejemput je pun tapi tak terjaga jugak.
muahaha..
skang ni elok la sket rupanya..
sket jelah ponnnnnnnnnnnnnnn....




ehem2...
dah tambah batu refleksologi tu.
beli bulan lepas lagi.
tersalah aturan. pegi beli kat nursery yg dekat sebab malas nak g nursery yg biasa beli sebelum ni.
alasan, jauh.
rugi!
nursery dekat jual sekeping rm15.
nursery jauh jual sekeping rm12.
beli 7 keping...
kalau beli kat nursery jauh, dapat 8 keping.
jauh tu idokla jauh mana pun.
besar mana je Kangar ni kan?
pasni g beli kat nursery jauh yeeeeee..
lagipun dah biasa beli kat sana sebenarnya dulu.
sana pokok lagi banyak and murah sket dari nursery lain.
tokey and pekerja dia pun ramah and baik2 je.

batu2 tu nnt nak susun lain.
kena korek sket tanah and tanam batu tu.
baru lawa kan?
timbul mcm tu tak lawa.
soon ehhhh..
skang ni letak je dulu.

pokok bunga dalam pasu hitam tu kemain merimbun naiknya.
siram ala kadar je dulu.
tapi bertahan tak mati pun.
yg lain habis mati sebab jadang siram.
aku mmg suka cari pokok yg tahan lasak macam ni.
jarang siram pun elok je.
hahahaha
dasar malas kan ko kak yah?
2 pokok dalam pasu koko tu baru beli.
pokok jenjarum ngan apa entah.
pasu takda hal, sebab banyak.
yg beli ada, yg pak mentua punya pun ada.
pasni nak tanam pokok banyak2.
terapi ok tengok pokok2 tu smua.



tembok dah siap cat.
tapi tak kemas sgt.
almaklumlah amatur je yg cat and kena kemaskan balik.
entah bila.
adoiiiii..
susah nak edjas masa sebab laki bini cuti tak sama hari..

dulu beria nak tanam rumput karpet.
tapi skang ni rumput lalang je yg beria naik.
laki aku la ni.
dia letak sejemput2 je rumput.
pastu malas siram, mampos laaa.
aku dah setel bahagian aku beli tanah and pasir.
bahagian dia tanam rumput.
aku nak beli rumput kat nursery tu je, dia tak nak.
nak tanam sendri ambik rumput dari laman ayah.
sudahnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaa..
grrrrr..
mak aku suh buh batu jelah kalu dah malas nak jaga.
bhahahaha.





pics from Google


dapat simple mcm ni pun ok dah kan?
simple, tapi lawaaaaa.
petang2 leh dok lepak2 kat taman makan cekodok.


ada 1 lagi benda baru kat laman aku.
wishlist gak tu.
later aku share ehhhhhhhhh..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...