Thursday, May 17, 2018

AHLAN YA RAMADAN

TAJUK : 'AHLAN YA RAMADAN'

Didalam al-Quran tidak menyebut bulan Muharram tetapi kita membuat sambutan meriah sambutan Maal Hijrah.Demikian juga dalam al-Quran tidak menyebut bulan Rabiul Awal tetapi umat Islam menyambut Maulidur Rasul dengan penuh kehebatan.Bagaimanapun Allah menyebut secara khusus dalam al-Quran tentang kelebihan dan keberkatan bulan Ramadhan.Ini menunjukkan bulan Ramadhan adalah bulan yang amat istimewa kepada umat Islam kerana waktu malam dan siang ia menyajikan pelbagai keberkatan. Oleh itu, Ramadhan merupakan satu bulan mulia yang sentiasa ditunggu dengan penuh kegembiraan. 

Firman Allah swt dalam al-Quran surah al-Baqarah ayat 185 bermaksud;
“Bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Qur’an, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk, dan perbezaan (antara yang benar dan yang salah).”
 
KESIMPULAN:

Dalam usaha untuk menyambut Ramadhan beberapa hari lagi marilah kita mengambil langkah berikut:

Pertama:
Membuat persediaan dari sudut ilmu.Kita perlu faham tentang selok belok hukum puasa,syarat-syarat sah dan batal puasa dan amalan-amalan yang dituntut dalam bulan Ramadhan seperti membaca al-Quran,adab-adab beriktikaf dalam masjid,qiyamullail, sedekah dan lain-lain ibadah. 

Kedua:
Mulai sekarang kita hendaklah membuat persediaan mental dan rohani untuk menghadapi suasana Ramadhan yang secara intensif melatih umat-Nya mendekati Allah dan membentuk akhlak yang mulia.

Ketiga:   
Membuat persediaan dari segi fizikal atau tubuh badan bagi memastikan tahap kesihatan yang baik.Kesihatan yang baik akan menentukan kita boleh melaksanakan ibadah dengan sempurna.Oleh itu pastikan kualiti dan mutu makanan itu berzat,makan secara sederhana,persekitaran rumah yang bersih dan tidur yang cukup.

Keempat:    
Kita perlu berjimat cermat dan amalan ini akan membolehkan kita melaksanakan zakat dan memperbanyakkan sedekah kepada mereka yang memerlukannya.

Kelima:
Ibu bapa bertanggungjawab membimbing dan menentukan ahli keluarga membuat persiapan teliti serta mewujudkan suasana keimanan seperti berjemaah solat fardu dan berjemaah tarawih di rumah atau di masjid.

Dalam mengukuhkan keimanan kepada Allah swt marilah kita hayati firman Allah dalam surah al-Ankabuut ayat 58 maksudnya:     ”Dan orang-orang yang beriman serta beramal Soleh,kami akan tempatkan mereka dalam mahligai-mahligai di Syurga yang mengalir dibawahnya beberapa sungai,demikianlah balasan yang sebaik-baiknya bagi orang-orang yang beramal soleh “.

Semoga artikel ini dapat memberi manfaat buat semua


**********************************************************

dah 1 Ramadhan pun hari ni..
Selamat berpuasa buat semua..
semoga Ramadhan kali ni memberi 1000 makna kepada kita semua..
 

No comments:

Post a Comment