TAJUK : 'AHLAN YA RAMADAN'
Didalam
al-Quran tidak menyebut bulan Muharram tetapi kita membuat sambutan
meriah sambutan Maal Hijrah.Demikian juga dalam al-Quran tidak menyebut
bulan Rabiul Awal tetapi umat Islam menyambut Maulidur Rasul dengan
penuh kehebatan.Bagaimanapun Allah menyebut secara khusus dalam al-Quran
tentang kelebihan dan keberkatan bulan Ramadhan.Ini menunjukkan bulan
Ramadhan adalah bulan yang amat istimewa kepada umat Islam kerana waktu
malam dan siang ia menyajikan pelbagai keberkatan. Oleh itu, Ramadhan
merupakan satu bulan mulia yang sentiasa ditunggu dengan penuh
kegembiraan.
Firman Allah swt dalam al-Quran surah al-Baqarah ayat 185 bermaksud;
“Bulan
Ramadan yang padanya diturunkan Al-Qur’an, menjadi petunjuk bagi
sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan
petunjuk, dan perbezaan (antara yang benar dan yang salah).”
KESIMPULAN:
Dalam usaha untuk menyambut Ramadhan beberapa hari lagi marilah kita mengambil langkah berikut:
Pertama:
Membuat
persediaan dari sudut ilmu.Kita perlu faham tentang selok belok hukum
puasa,syarat-syarat sah dan batal puasa dan amalan-amalan yang dituntut
dalam bulan Ramadhan seperti membaca al-Quran,adab-adab beriktikaf dalam
masjid,qiyamullail, sedekah dan lain-lain ibadah.
Kedua:
Mulai
sekarang kita hendaklah membuat persediaan mental dan rohani untuk
menghadapi suasana Ramadhan yang secara intensif melatih umat-Nya
mendekati Allah dan membentuk akhlak yang mulia.
Ketiga:
Membuat
persediaan dari segi fizikal atau tubuh badan bagi memastikan tahap
kesihatan yang baik.Kesihatan yang baik akan menentukan kita boleh
melaksanakan ibadah dengan sempurna.Oleh itu pastikan kualiti dan mutu
makanan itu berzat,makan secara sederhana,persekitaran rumah yang bersih
dan tidur yang cukup.
Keempat:
Kita
perlu berjimat cermat dan amalan ini akan membolehkan kita melaksanakan
zakat dan memperbanyakkan sedekah kepada mereka yang memerlukannya.
Kelima:
Ibu
bapa bertanggungjawab membimbing dan menentukan ahli keluarga membuat
persiapan teliti serta mewujudkan suasana keimanan seperti berjemaah
solat fardu dan berjemaah tarawih di rumah atau di masjid.
Dalam
mengukuhkan keimanan kepada Allah swt marilah kita hayati firman Allah
dalam surah al-Ankabuut ayat 58 maksudnya: ”Dan orang-orang yang
beriman serta beramal Soleh,kami akan tempatkan mereka dalam
mahligai-mahligai di Syurga yang mengalir dibawahnya beberapa
sungai,demikianlah balasan yang sebaik-baiknya bagi orang-orang yang
beramal soleh “.
Semoga artikel ini dapat memberi manfaat buat semua
**********************************************************
dah 1 Ramadhan pun hari ni..
Selamat berpuasa buat semua..
semoga Ramadhan kali ni memberi 1000 makna kepada kita semua..
No comments:
Post a Comment