TAJUK : KEISTIMEWAAN BULAN REJAB
Bulan
rejab merupakan salah satu daripada empat bulan haram dalam kalendar
Islam.Selain Zulkaedah, Zulhijjah,dan Muharram,Rejab merupakan salah
satu daripada bulan-bulan mulia,diharamkan pertumpahan darah
padanya.Juga sebagaimana bulan-bulan Islam yang lain,bulan Rejab dihiasi
dengan ukiran peristiwa-peristiwa perjuangan Rasulallah dan Umat Islam.
Antara peristiwa penting di bulan Rejab;
1. HIJRAH PERTAMA DALAM ISLAM
Hijrah
ke Habsyah (Ethiopia) itu berlaku pada tahun kelima kenabian atau 615
Masihi ke Habsyah dan ia berlaku berikutan peningkatan ancaman kepada
baginda Rasulullah SAW dan mereka yang beriman kepada Allah SWT.
Walaupun hijrah itu hanya membabitkan 14 orang tetapi ia sebagai satu
usaha terpenting baginda untuk menyelamatkan Iman umat Islam daripada
terjejas berikutan peningkatan ancaman dan penderitaan saban hari.Selain
itu,hijrah juga sebagai satu usaha untuk merancang penyebaran agama
Islam di Mekah dan tempat lain.
2. ISRAK DAN MIKRAJ
Peristiwa
perjalanan Rasulullah sudah menjadi begitu sebati dengan jiwa setiap
umat Islam. Peristiwa itu bukan hanya sebagai bermulanya perintah solat
fardu lima kali sehari semalam.Tetapi melalui peristiwa itu, kita
ditunjukkan balasan ke atas setiap perbuatan kita semasa masih
hidup,sejauh manakah kesetiaan kita kepada agama Islam,bahawa dunia
hampir kiamat dan apakah yang perlu kita lakukan untuk menjadi penghuni
syurga.
3. PEPERANGAN TABUK
Peperangan
yang berlaku pada tahun kesembilan Hijrah itu bukan sekadar
melambangkan penguasaan Islam sepenuhnya ke atas Semenanjung Tanah Arab
kerana Tabuk terletak di kawasan paling utara semenanjung itu. Tetapi
peperangan yang dimenangi oleh Islam tanpa pertumpahan darah itu memberi
gambaran tentang kekuatan iman dan semangat umat Islam dalam
mempertahankan maruah agama yang dihina oleh musuh Islam. Bangsa Rom
memandang rendah dan begitu sombong untuk menewaskan tentera Islam di
Tabuk kerana mereka menganggap dalam keadaan pelbagai rintangan. Di
antaranya cuaca yang sangat panas, perjalanan beratus-ratus kilometer,
bekalan air dan makanan yang terbatas, di samping kepenatan dan
keletihan perjalanan yang jauh itu.
4. PEMBEBASAN DAN KEJATUHAN BAITUL MAQDIS
Baitul
Maqdis yang mula dibuka pada zaman pemerintahan Khalifah Sayidina Umar
bin Al Khattab r.a dan berjaya mempertahankan kota suci ketiga itu
selama 500. Selepas itu, kota suci tersebut ditawan kembali oleh musuh
Islam dan mereka mempertahankannya selama 50 tahun, sebelum Salahuddin
Al-Ayubi merampas semula kota itu pada 27 Rejab 583 Hijrah. Namun,
selepas 760 tahun peristiwa pembebasan itu iaitu pada 28 Rejab 1342
Hijrah atau 1924 Masihi, sistem Khalifah Islamiah dihapuskan secara
rasmi oleh Mustafa Kamal Pasha Atartuk di Turki. Penghapusan tersebut
menyebabkan konsep ukhuwah dalam kalangan umat Islam yang dibentuk oleh
Rasulullah SAW telah hilang dan kesannya, pada tahun 1967 Masihi (1387
Hijrah), Baitul Maqdis jatuh semula kepada musuh Islam sehingga kini.
5. LAHIRNYA IMA SYAFIE
Kelahiran
imam Syafie pada 150 Hijrah bersamaan 767 Masihi di Gaza, Palestin itu
sebagai permata yang berharga kepada umat Islam pada hari ini. Apa
tidaknya, Imam Syafie merupakan salah seorang daripada imam mazhab yang
empat dan Malaysia adalah antara negara yang majoriti mengamalkan mazhab
Syafie. Kehebatan beliau dalam dunia ilmu dikagumi oleh semua orang
termasuk guru-gurunya sendiri. Imam Ahmad Bin Hanbal pernah berkata:
“Imam Syafie itu ibarat matahari bagi dunia.". Salah satu peninggalan
beliau yang amat berharga dan tidak ternilai harganya hingga menjadi
rujukan hingga hari ini ialah Kitab Al Umm.
KESIMPULAN:
Persitiwa-peristiwa
bersejarah yang berlaku sepanjang sejarah Islam wajar diambil perhatian
dan iktibar agar menjadi panduan dan pengajaran.Jauhilah daripada
terpengaruh dengan anasir dan dakyah musuh Islam dalam mengaburi fikiran
umat Islam agar terus lupa dan hanyut dengan perayaan yang tidak
sepatutnya disambut contohnya April Fool, Valentine Day dan banyak lagi.
Semoga artikel ini dapat memberi manfaat buat semua.
* Terlambat share, dah masuk Syaaban.. huhu..
No comments:
Post a Comment