Thursday, May 17, 2018

Kisah PRU14

Assalamualaikum..
selepas seminggu PRU14, baru ada kesempatan nak share.
kena share sebab sejarah weiii. hehehe
nuu lagi 5 thn pulak baru nak jumpa pru...

aku mengundi kat Kedah. ikut alamat tetap dalam kad pengenalan dulu.
Parlimen Jerlun, Dun Seputeh...
yg kenal calonnya, Dato Mukhriz je. hehee

ini kali ke 2 aku mengundi, so adalah pengalaman sket kan..
cuma mungkin suasana lah kut  yg berbeza sket.

hari kejadian, papa keja mcm biasa, tapi nnt tghr dia dapat pelepasan keluar mengundi.
dia mengundi kat Kangar, kat sekolah tak jauh dari rumah.
pagi tu, mcm biasa lah.
bgn pagi, siap mkn budak2 tu, basuh baju semua.
then siap2 nak balik rumah mak aku.
adik aku, Afizah ikut skali sebab dia pun mengundi sana dan 1st time utk dia.
abg and adik lelaki aku, Azwan pun balik.
abang aku siap bwk van dia, angkut org balik.
iklan kan kat Fb Saya Anak Perlis tu, van kosong sekian2 tarikh, nahhhhhhhh sekejapan je penuh van.
berbaloi2 la jugak walau tak untung bnyk sgt sbb abang aku ambik murah dari bas.
sokay la, niat nak tolong org dia kata.
diorg gerak hari Selasa malam lepas Isyak kalau tak silap.
Subuh dah sampai Perlis, siap hantar sampai rumah semua penumpang dia.

balik pagi tu, kami pusing jalan jauh sket, ronda2 tgk pusat mengundi.
bawak anak2 tengok bendera.
esok lusa dah clear dah, 5 thn lagi baru bule tgk..
pagi, so tak ramai sangat kat pusat mengundi@sekolah.
lagipun kat Perlis ni bnyk juga pusat mengundi dan pengundi tak la seramai negeri lain.

adik2 aku mengundi kat sekolah rendah dekat rumah mak aku tu.
aku mengundi kat pejabat Mada. lain2 tempat tapi jaraknya 3km++ je pun.
masih adun dan parlimen yg sama.
hantar diorg dulu pastu balik rumah hantar budak2 dulu.
pastu keluar balik bila diorg dah setel membuang undi.
budak2 tinggal sebab lepas tu aku pulak nak mengundi.
mak aku kata kemain budak 2 ketoi tu keriau nak ikut. sudahnya tok abah bawak g beli eskrem.
saja akaiii...

by 12 noon, kami semua dah setel menjalankan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia.
org pun tak ramai sgt, so smooth ja semua..
kat tempat aku tu pun ok.. tak ramai sgt masa aku pegi.
katanya masa pagi ramai nau que.
dah ada pengalaman lepas kan, kali ni aku bawak kipas tgn siap2. hahaha
melawan diva AA kauuuu..
pegi melenggang je aku. bawak IC, handphone and kipas
tapi terlupa bawak tisuuuuuuuuuuuuuuuu..



gambar dgn abang aku takda. sebabbbbbbbbbbbbb dia lepak kat pondok panas dari pagi sampai petang.
amboi diaaa, kemain. hehe
dia mengundi Perlis, sama dgn abah. sebab diorg tak tukar pun alamat asal masa daftar pengundi dulu.
dulu, kan kami duduk Perlis. so, diorg kat sana Perlis, kami kat Kedah
walau lain negeri, jarak cuma sekentut. setengah jam je pun. hehe
abg aku lepak sana sebab ada bapak sedara aku skali.
dia org kuat parti **. kawan dia pulak yg jadi calon kali ni, so sakan berkempen.
lagipun kat tempat dia mengundi tu kat kg kami dulu, so ramai kawan2 lama org kampung yg dia kenal. sesekali blk kg, lepak sembang2 la.
siap pegi hantar org balik mengundi lagi. bawak van kan. hehehe



warna baju kontroversi sangatttttttttttttttt. hehehehe
saja pakai baju tu.. semangat lain maciam sket kali ni kan?
bila org tanya, undi mana?
aku cakap, tgk baju..
ada 2 biru.
biru tua, biru muda..
agak2 biru mana jadi pilihan hati?
hehehe
gambar kat situ tak disengajakan. nak ambik gambar depan pusat mengundi, ramai org.
khemah parti lain, jauh pulak.. khemah ni je yg lalu, so belasah..
up kat FB, haaa kena kecam. hahahahaha

petang tu konon nak kluar ronda2 tgk suasana.
tapi sepupu and mak sedara singgah pulak lepas mengundi.
sepupu aku balik dr KL mengundi Perlis.
pastu borak sakan la. topik panas semua kan hari pru tu. hehe
pastu hujan lebat nau pkul 5 petang nu. mujurlah dah habis mengundi.
mak aku siap buat pulut kuning + rendang ayam kg lagi.
raya kan? hehehe

mlm tu semua berkelah depan tv je nak tunggu keputusan.
kat rumah mak aku line phone sendu sket. lambat la dpt berita.
kat wasap tu, meriahhhhhhhh la hai mcm2 org share.
keputusan yg tah betul tah tidak, gambar mcm2, cerita mcm2..
pkul 11 aku dah terlelap dah. adik aku yg form 5 tu, iron baju skolah jugaklah, in case tak cuti.
aku pun sama, iron jugak lah baju kerja, standby. hehe

pkul 3 pagi terjaga.
tidor spek mata tak tanggal sebab senang nak tgk tv. kang menggagau tak nmpk pulak nnt.
tv duk terpasang sampai subuh. hahaha.
layan kejap sampai pkul 4, ha ok, boleh tidor.
esok confirm cutiiiiiiiiiiiiiiiii. heheheh

pkul 6 pagi bgn balik, bising2 kejut semua org.
walau cuti, tapi tak sambung tidor.
sambung layan tv. kat phone pun meriah. masing2 duk tunggu notis cuti.
dah confirm, notis dari opis ok bule sambung tidor masing2.
parlimen kami kemain bersidang depan tv. mula2 bantal toto bergelimpang.
pastu lipat2, hidang break1st pulak, sambung bersidang. tempat masih sama.hahaha
abg and adik aku blk KL pagi tu. nak pegi mengambik penumpang lain lagi.
kami pastu siap2 keluar g jenjalan. cuti lama kan? heheh

so now, welcome new Malaysia.
terima kasih kepada pemerintah terdahulu atas jasa dan bakti pada Malaysia.
kali ini rakyat memilih utk pimpinan baru.
selamat kembali Tun Mahathir. semoga Pakatan Harapan dapat memacu Malaysia menjadi lebih baik.
isu ni tak blh nak diceritakan disini. cukuplah bergebang sesama kita. biar yg lebih pakar menjalankan kerjanya. kita sebagai rakyat, pilih dan sokong mana yg kita rasa baik utk negara kita.
jgn jadi batu api, jgn sebar perkara yg kita tak pasti kesahihannya.
sekarang ni Malaysia sedang menjadi tumpuan dunia. semuanya masih panas lagi. mcm2 cerita keluar.
mcm aku kata tadi, serahkan pada yg lebih pakar.
jgn pulak kita sampai bergaduh sesama kita kerana perkara ni. bila semua dah selesai, dah terbongkar, haa masa tu kita tau siapa betul siapa salah.

seminggu 2 ni rasa berilmiah betul. baca cerita2 yg berkaitan Malaysia hari2, baca dan baca mcm2 cerita. dulu2 baca jugak tapi sekadar baca. now, baca dan bingcangkan. gittewww. hehe
bukan sebab politik nak berkempen bagai, tapi kena ambik tau pasal negara kita.
jgn hanya tau kecam saja tanpa tau hujung pangkal. nak sokong, boleh. tapi tak perlu extrem sgt. bukan semua cerita kita tau..

now, kita buat kerja mcm biasa
Perlis ni buat masa sekarang masih terumbang ambing, belum ada Menteri Besar. and now jadi negeri pembangkang. hehehe
apa nak buat, tu pilihan rakyat Perlis..
kita buatlah keja mcm biasa dulu, tengoklah apa jadi lepas ni.
moga yg baik2 saja.
walau UniMAP bukan di bawah pentadbiran kerajaan negeri, tapi tetaplah berada di Perlis.
so, kita tunggu dan lihat lepas ni yeh..
teruk juga la kena hanjeng di media sosial rakyat Perlis ni.
seb baik aku ngundi Kedah. kekekek...



dulu, tak minat nak ambik tau pasal politik.
now, hari2 baca. tapi bukan pasal politik. pasal Malaysia..
hehe



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...