Wednesday, November 07, 2012

SPM

exam SPM dah mula ek? xperasan pulak. bulan lepas PMR, next ialah STPM. selamat menduduki peperiksaan ye adik2. ahkak ni dah lama abis skolah and of coz xg skolah. ada xada, g hantar adik2 pegi skolah je. nak masuk skolah balik, lagi 6 thn kut. amni dah 7thn. masuk darjah 1...lambat lagi..

aku ambik spm tahun 1999. now dah 2012. dah 13thn dah. lupa dah cemana rasa ambik peksa spm.. hihi.. thn depan adik aku, abang@azrie akan ambik spm. pastu adik nak upsr. huii.. aku pulak yg berdebor...





adik2 kat luar sana.. blajar rerajin yek. skor utk SPM ni kaw2 punya. jgn main2. spm ni kira mcm permulaan utk alam seterusnya la. sebab dgn result spm ni akan menentukan hala tuju korang. nak masuk universiti mana, nak ambik course apa, nak jadi apa.. cita2 zaman skolah dlu xsemestinya tercapai yek bl kluar keputusan spm. hajat dihati nak jadi doktor, tapi klau result hampeh, xdak maknanya. aku dlu cita2 apa ntah. kejap nak jadi cikgu sbb bl hari guru dapat banyak hadiah dr anak murid. tapi mengkalau murid2 suka. klau murid2 benci, jgn kata hadiah, ucapan selamat pun toksah mimpi. pastu cita2 nak jadi pramugari. bajet bila besar nnt akan jadik cun. kan dlm drama slalu gitu. kecik2 berhingus, dah besar eh, cun mcm model plak. bule keja pramugari. skali bila dah besar, bertambah gemok besar. musnah impian nak naik kapai terobang free. pastu nak jadi doktor pulak. tapi bl sedar kekurangan diri yg mabuk darah, terpaksa kansel. coiiii.. terpaksa la konon padahal xberapa nak cerdik utk jadi doktor. takat misi je kut yg bule..

spm dlu aku dpt berapa eh.. dlu pakai gred. gred 1, gred 2, gred 3. pastu klau teruk sgt, kira gagal la. xdak gred dah. SAP kut. aku dpt gred 1. gred 1, markah ko 1-26 klau xsilap. kira mcm purata smua subjek la. gred 2, 26 hingga berapa ntah. aku punya markah brapa ntah, tapi yg pasti masih gred 1.. muehehe..seni lukis aku skor A1. padahal xpandai lukis sgt pun. lebih markah kepada kerja kursus. paling xmenahan, subjek sastera aku dapat A2. hoii.. dasat gila. aku sendri terkejut. cikgu aku kata sket lagi aku bule skor A1. maybe sebab aku suka baca novel kut..bm dapat A2. lain2 xingat..

dlu aku bukan la rajin blajar sgt. esok nak exam, malam ni baru kelam kabut nak hafal. tapi xdak la smua. aku jenis relax chill je. masa cikgu ajar, dengar and ingat. simpan dlm otak. yg last minit tu just review balik. tgk2 nota pendek yg aku buat sendri. aku dlu klau nak exam aku suka tulis nota. ni cara aku la. cth utk subjek sejarah. katalah nak study bab 1 - 3. ambik point2 penting dan tulis. tulis 2,3 kali. dgn cara tu, nnt bl kita tgk soalan, so blh ingat apa jawapan dia sebab ko dah tulis. then apa yg ko tulis tu ko hafal, so bl tgk soalan, aku pejam mata, ingat balik cemana aku tulis. haaa.. gitulah cara aku. so, bl nak exam, nota aku berlambak2. pas habis exam aku buang. nak exam lagi, tulis lagi.

masa nak ambik spm, klau subjek yg aku rasa aku boleh skor, yg aku rasa ok je, aku study light2 je. yg aku xberapa nak pandai, study lebih sket. pastu malas dah nak baca buku. berserah jelah esok kat dewan peksa. mlm tu aku baca surah yassin, and tdo awal. esok bgn, gelak2, g jawab exam. xmo stresskan sgt kepala otak. kang xleh jawab. habis jawab exam, semak semula. agak dah yakin, kluar trus dr dewan. dlu masa spm, aku duk depan. so, xnampak sgt org kluar awal. klau tak, aku stress tgk org lain dah kluar, aku xhabis jawab lagi. bajet org tu bule jawab smua. padahal dia pun xleh jawab. tulis nama dgn nombor soalan, pastu keluar. apakahhhhh?

kerja aku sekarang bukan cita2 aku dahulu. aku just follow the flow.masa nak isi borang nak sambung blajar, aku tanya2 org jugak. time tu market tgh panas dlm bidang IT. so, aku apply IT. dan alhamdulillah, murah rezki, pas belajar, grad, dapat keja dlm bidang tu jugak. kawan2 aku ramai yg menganggur, keja kilang dan kena bayar PTPTN. ada jugak yg dapat keja bagus. rezki masing2.


so, adik2 kat luar, blajar rajin2, jawab exam baik2. ingat, ni penentu masa depan korang. jgn hampakan harapan mak bapak. jgn pas result kluar, result xbagus, nak menyesal xguna dah. nak minta keja pun susah. zaman skang ko ada diploma mcm xda menda. ada degree up sket. klau takat spm, mmg xkemana la. nak keja kilang? sampai bila? xpun, kang mak suh kawen, haaaaa.. mau? klau bahagia xpalah, klau tak, cemana? so, kena usaha dr awal. kuar result, apply masuk u, blajar lagi, pastu grad, dpt keja bagus, bule bantu mak bapak, bule capai impian masing2. klau ko malas, nak blajar malas, nak keja malas, ko nak jadi apa? lain la klau bapak ko ada kilang balak 2,3 bijik. harta 7 keturunan makan xhabis. tapiii.. harta banyak, klau xdak ilmu, 1 hari harta tu habis jugak klau xpandai jaga. what ever it is, ilmu tetap penting.

last, gud luck for SPM!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...