Thursday, November 08, 2012

Tempe yg bertahta di hati

walaupun kak yah bukan org jawa, tempe adalah feberet foreber. kena gaya masaknya, mmg sedap. xcaya? percayalah.. aku start kenal and makan tempe masa belajar dlu. thn 2000. housemate aku, kinah, abang dia jual tempe. so, bule makan tempe free secara tamak. hahah.. dah la org bagi free, ambik banyak2 pulak. sungguh kurang sopan..

klau tempe dlm kuah lontong, aku xminat. sbb potong besar2 and lembik. ai suka yg goreng garing2, nipis2. org xsuka pun bule suka.. org itu xlain xbukan incik suami tersayang. heh.. dlu xsuka. 1st time aku masak tempe utk dia, berkerut2 muka tgk. tapi, skali cuba, trus nak lagi.. now dah jadi kegemaran. sket lagi dah bule jadi jawa dah laki bini.

hari ni nak share resipi tempe. as usual, menu aku smua simple2. sap sap soi jek nak buat. simple and sedap. serta berkhasiat. tempe kan diperbuat dari soya.. soya is my feberet too..
moh kita nengok cemana nak buat ..

Resipi tempe ikan bilis.. gitewww...


menu utama of coz lah tempe. sejak ada amni, dah jarang2 dapat g pasar tani@ pasar mlm. klau pegi pun kena beli secara marathon. xsempat dah nak belek2, tilik2. asal jumpa tempe, trus beli. klau laki aku g pasar tani pun sama, jumpa mesti beli. klau nak beli lebih dr 1 keping, better beli yg dlm plastik. ada yg bungkus dgn daun pisang. tapi klau simpan lama, nnt tempe tu hitam. xcomey doh. tempe ni potong nipis2, then gaul dengan garam kunyit.


 next, ikan bilis.


 pastu, ubi  kentang. potong nipis2 mcm ni ye..

dan semua bahan2 diatas, digoreng ye. tapi goreng secara berasingan. nak jimat, memula goreng ubi kentang, then ikan bilis. pastu baru goreng tempe. tapi pas goreng ikan bilis, minyak kena tukar. minyak goreng ikan bilis  sangat la xsedap.  masuk minyak lain, goreng tempe pulak. tapi jgn banyak sgt minyak tu. agak2 je.

 hasil selepas goreng.. make sure smua digoreng garing kecuali kentang. goreng2 manja pun sokey.. time ni, mkn tempe goreng garing and panas, uiii, sedap. mcm keropok. xcaya? please try..

pas goreng tu smua, tumis bawang merah, bawang besar and cili padi@cili kering 2,3 batang. guna minyak yg goreng tempe tadi.yg tu pun kena goreng garing. nak tambah kesedapan, masukkan stok cili (cili kering+bawang merah+bawang putih yg dah ditumis) dlm 3 sudu. xnak masuk pun xpa. aku kan ada stok cili yg dah ditumis, so, cedok saja. tumis2 kejap, then masuk smua bahan yg dah digoreng tadi. tempe, ikan bilis and kentang. gaul2 kejap bagi smua dah bersatu padu, then tutup api.


hasilnya......
makan panas2 dgn nasi panas, taruk kicap sket. perghhhhhhhhhhhhhhhhhhh... bertambah2. laki aku suka sangat nih. aku lagilah suka. lauk yg simple and sedap. pada penggemar tempe la.. mcm aku.. mueheh...


nasi panas2, taruk kicap kipas udang.. mkn ngan tempe ikan bilis. sayur campur, ayam goreng and penyeri terbaik, sambal belacan. hoiii... sedapppppp..


chef assistant mama.. kita sebok masak dia pun sama sebok. kelentung kelentang jugak. tapi bukan masak. main periuk, senduk, sudip, besen mama.. klau dpt main yg tu, mmg heaven habis. klau x, duk bergayut kat kaki aku jek. camno nak masak? ada ciri2 nak jadik chef ke budak nih? sebab selain main periuk besen mama, punggah almari dapur mama pun feberet juga...

2 comments:

  1. Salam kenal. Blogwalking sini.

    Saya pun suka goreng tempe dengan bilis and kentang. Tapi saya add lagi satu..petai...mantoppp...

    Yati
    http://mama-iloveu.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy penah pulak taruk petai. slalu buat gini jelah. xpa, pasni leh try.. hehe

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...