Takziah aku ucapkan kepada cousin aku, Ayu atas kematian suami dia jumaat lepas. Al-fatihah..
terkejut sangat. ayu dgn arwah suami dia, kie, baru kawen bulan 6 hari tu. cerita and picts diorg ada kat sini. aku dapat sms dr abang aku pkul 6 pagi. terkejut sampai terduduk aku baca sms tu, then call dia balik. katanya arwah meninggal dlm tidur. subhanallah, sangat mudah pemergiannya. xda sakit apa, xda tanda apa. doc kata serangan jantung. sebab kuku jari dia jadik biru lepas tu.
jenazah dibawa balik ke terengganu ptg tu. arwah sgt beruntung bl di ingat balik. meninggal di hari jumaat. dimandi dan dikapankan di masjid bukit aman, langsung disembahyangkan disitu lepas solat jumaat. khabarnya, ramai yg sembahyang di situ. alhamdulillah. urusan bwk balik ke terengganu jugak mudah sebab ayu anggota polis. so, polis eskot sampai kemaman. sampai sana, disembahyangkan sekali lagi and proses pengkebumian selepas isyak.
kami dari perlis pergi sana jugak, tapi xsempat tgk arwah. yelah, jauh kan. lagipun pergi dgn tergesa2, jauh, cuaca pun xtentu. sabtu baru sampai sana. kira kita menziarah kata bapak sedara aku.
to ayu, harap tabah dan redha dengan ketentuan Tuhan. setiap yg berlaku pasti ada hikmahnya yg kita sendri tak tau. moga lepas ni ayu boleh meneruskan hidup seperti biasa walau tanpa suami di sisi. ayu masih punya keluarga di belakang ayu. doakan yg terbaik utk dia, moga dia di tempatkan di kalangan org2 mukmin.
No comments:
Post a Comment