Tuesday, October 08, 2013

mari jaga badan... eh, kesihatan

banyaknya nak update, tapi takda kesempatan. curik2 kejap..

aku sejak balik dr penang hari tu, aku tak berapa sihat. kat dlm entry tu kan aku ada bgtau, aircond bilik betul2 hala ke muka, so bila bgn pagi, aku mcm xberapa sedap badan. isnin tu, on hari malaysia, mmg aku kena lah. kononnya nak blk umah abah, tapi nan hadooo. melepek la aku seharian.


bgn pagi, gagahkan diri basuh baju, sidai baju. mintak tolong incik suami vacum rumah. aku nak mop. dah bnyk hari, taik cicak bergelimpangan, habuk pun blh tahan bnyk. badan xkuat sgt tapi kena kuatkan jugak nak2 bl tgk umah mcm hapa dah. aku klau demam, mmg xblh nak tdor saja. kena do something yg blh kluarkan peluh sket, baru aku akan sihat. klau tak, aku akan makin tak sihat. org tgk mcm pelik. yelah dah demam, rest la kan? tapi aku tak leh. lagi aku duk lepak, baring je, lagi la badan aku tak kuat. aku kena lawan sket. tapi idok le sampai g membanting tulang empat kerat kat sawah nun. tu blh buat aku rebah tak bgn dah la kut. busuk2, kemas2 umah sket, at least kluar sket peluh tu. pastu baru rest, tdor. insyallah esok elok sket. tu cara aku la. badan aku, badan org lain, maybe lain pulak kan?

start dr hari tu, lebih kurang 2 minggu kut aku batuk. selsema ada jugak. selesema dah lega, batuk masih lagi. sakittttttttttttt dada bl batuk. nak2 pulak duk dlm aircond, huiiiiii, kong kong jelah kejanya. ubat batuk aku makan mlm je. klau mkn siang, mau ada yg tdor kat opis plak nnt. dah la amni pun sama duk batuk. bersahut sahutan la kami 2 beranak batuk.. apaknya tension je.. bising.. sabar jelah yeee..

aku mmg ni bangsa tak berapa tahan sgt dgn aircond nih. duk kat opis dah sejuk gedi. klau sejuk sgt aku blh sakit kepala. nak lagi dasyat, aku blh cramp kaki ok. kat umah, baru 3-4 bulan lepas aku pasang aircond. tu pun tgg amni besar sket. masa dia kecik2 aku tak nak ajar lagi. tambah plak aku yg agak cap ayam dgn ekon nih. pasang ni pun sebab cuaca skang ni panas sgt. kesian tgk dia bl mlm2 mcm tak selesa tdor. dah umo setahun lebih, sokay la nak masuk aircond. tapi siang2 hari no aircond. tdor jelah dgn kipas, tak payah nak ekon sgt lahhh. mula2 pasang aircond, 2,3 hari aku selsema. sementara nak biasa kan diri. tu pun suhu paling minimum dah aku buka. pkul 4-5 pagi, tutup. tak tahan oiii...

sekarang ni aku dah ok la. lama gak la batuk tu. dekat 2 minggu. aku mkn ubat pun on off. saja. malas nak telan ubat sgt. biar badan lawan sendri. gitew prinsip baru. hahahaha.. dah masuk 3 series ni, badan dah tak berapa kuat. antibodi maybe dah kurang. haishhh.. ai is ngeri. belum umo 40 lagi kan?

aku demam2 tu jarang la. dari kecik lagi gitu. tapi sesekali demam, haaaaaaaaaaaa, siap muntah2 bagai. aku punya style, bila rasa tak sedap badan, rasa mcm nak demam, aku dah start lawan. bl rasa badan mcm panas2, pening kepala, letih, 1st aku akan mandi kerap and lama. bgn pagi2 mandi banyak2. eh mandi lama, basah rambut smua. mlm nak tdor pun aku mandi lagi. nak sejukkan badan. pastu mcm biasa aku buat keja utk keluarkan peluh. sakit kepala tu aku tak layan sgt. baring, mkn ikut time, insyallah pastu aku ok. klau tak ok jugak, last choice baru aku carik ubat. tapi memula telan panadol dlu la. tapi klau blh elak, aku cuba elak.

tak bagus sgt duk amal ubat tahan sakit nih. dlu, masa zaman duk belajar, aku tak reti. duk study kan, tdor lewat, makan tak tentu hala. asyik la sakit kepala. umor muda, tak reti nak pikir sgt. bila sakit kepala tak leh  nak bersuka ria, nak belajar smua. jln mudah, telan je ubat tahan sakit. aku dlu tak layan panadol. aku beli je ubat tahan sakit kat farmasi. siap request nak yg paling kuat. stok bila telan, tak sempat ubat nak hadam, sakit dah lega terus. dlu sronok la buat gitu. tak tau baik buruk apa yg aku telan. now, dah umo2 gini, baru ada kesedaran. harap2 bl aku dah pencen esok2, buah pinggang aku smua takda buat hal. hahaha..

aku klau ikutkan badan tahan lasak jugak dlu2. tapi lepas aku xsiden, tahun 2000, smua dah berubah.. ecewahh.. hehe.. btul, xcident tu bg kesan besar kat aku. zaman skolah menengah dlu aku masuk silat, main softball bagai. wakil negeri lagi. tau la game tu lasaknya cemana kan? pulun main sampai senget bahu aku ok. bl sambung belajar, kurang aktif sbb tak bnyk pilihan. skali xcident, jatuh moto, tergolek, patah tgn pulak. start dari situ baru aku tau aku ni kurang kalsium. patutlah aku slalu cramp, gigi aku smua pecah. bl gg pecah, lama2 sakit so kena cabut. masa xcident tu ingatkan tgn aku patah, rupanya pemyambung siku aku pecah! doc pun pening cemana nak buat. nak masuk skru, nak sambung balik siku tu, tapi cemana sbb dah pecah. celah mana nak pasang skrunya kan? blk perlis, jumpa doc pakar, dia suggest pasang simen dlu. bg yg pecah tu bercantum, baru masuk skru. sakit tuhan saja yg tau. menangis macam hapa dah aku. yelah, umo baru 20 thn ok masa tu. muda2 dah cacat. hahaha. end up tgn aku bengkok sampai sekarang. tak la nampak sgt, tp kesan tu mmg ada la. oku aku sampai tua. tapi bl dah ok, aku tak masuk pun skru. biarlah bengkok sket, tak kuasa aku nak tahan sakit nak masuk skru pulak. then, aku dah tak leh nak bersukan sgt. abah aku tak bg terus. nak2 plak doc kata klau jadi lagi kat tempat yg sama, maybe ermmmmmm... ngeriii.

bl badan kurang kalsium, masa pregnant sangat la terasa. seawal 3 bulan aku dah start cramp kaki. tension woo. cramp dr malam, bawak ke esok ok. pastu gg smua ngiluuuuuuuuu je. sabar jelah.

sekarang ni bl ada kesedaran sket, baru la nak jaga makan smua. nak carik supplement utk badan. tapi aku pilih2 jugak la. tak berani nak mkn sebarang ubat. kena selidik dlu sebelum mkn. 2,3 tahun lepas ada jugak la aku ambik vit c, vit e camtu. utk tenaga la kan? tapi aku ni bangsa tak konsisten nak mkn ubat. beli sebotol, 3-4 bulan tak tentu  habis. hahahah.. pasni nak cuba konsisten la. kesian kat badan yg nak pakai lama ni. now aku cuba utk kurangkan makan manis2. tapi tak dapat la sgt sbb aku suka coklat! aiyoyooo.. apa yg aku buat skang ni, klau mkn kat luar, aku order air suam je. no more air manis! setakat hari ni berjaya gak la. lagi pun, aku lagi suka bl mkn nasi then minum air kosong je. kek,coklat tu mkn la, tapi  kurang kan sket. junk food, masih mkn, tapi kurangkan. bnyk masak dari beli. beli tu ada, tapi pilih2 jugak. sayur mesti ada, wajib! harap2 aku berjaya utk konsisten sampai tua. amin!

now aku dah minum anlene pulok. aku mmg xdak hal dgn susu. dari kecik aku ok ja ngan susu. cuma bila pregnant ja tetiba xleh minum susu. dlu2 aku bantai ja minum dutch lady la, nespray la. now, ada kesedaran sila minum anlene. tak dpt bnyk, sikit pun jadik la kan? kena plak aku ni bangsa sakit badan sana sini. kata tak cukup kalsium kan, so cepat la rasa lenguh nya. jln bnyk sket, sakit kaki la badan plak comey so, agak terbeban bawak beban badan sendiri. hahaha...

sekarang ni tgh survey2 supplemen. awal thn hari tu aku ada mkn vco. bagus jugak la vco ni. bnyk kegunaan. rasanya dah ramai yg tau kelebihan vco ni. 2 botol dah aku mkn. bagi tenaga pun ye jugak. utk kulit pun ada jugak manfaat. harga tak mahal, mampu milik je pun. dah lama aku benti, sebab apa xtau, pasni maybe nak sambung blk. takpun kalau ada supplement lain yg aku jumpa, yg bnyk khasiat tapi sebijik ja aku kena telan sehari, maybe blh dipertimbangkan. utk tenaga, utk kulit, utk semua lah, all in 1 tapi sebijik ja kena telan. klau 2-3 bijik sehari kena makan, kemungkinan besar utk aku lupa malas makan adalah besar.



badan nak pakai lama kan? sayangi lah badan anda sebelum ianya sakit.. dah sakit, apa pun tak boleh. eh, sila beli insuran awal2.. hahahaha

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...