Thursday, February 13, 2014

Cameron Highland Day 2


day 2 at CH.. entry day 1 kat sini
sejuk gila kut mlm tu tdor. Amni sampai sudah tdor dgn dluar jeans. pakai stokin, pakai sarung tangan, pakai long sleeve siap jaket. aku pun pakai stokin tdor mlm tu. berpeluk dgn Amni.
nak peluk laki, jauh katil asing2.. hahaha

pagi tu memasing bgn lambat. pas subuh, golek2 lagi. sejuk, jadi malas. hehe..
pkul 10 camtu, dah siap2. nak g break1st and checkout terus.
tak rajin la nak pusing blk homestay. jauh oiiii..
dah siap kemas, call tuan umah bgtau nak checkout. dia stay area situ jugak.

sebelum tu, posing sikitttttttttttt..



family potrait at CH.. auwwwww..
laki aku sakit tgn tu. jumaat tu, dia duk kemas2 laman umah, nampak anak kucing ayah lekat kat pagar. dia mmg suka anak kucing tu, and nak tolong. tapi salah caturan.
bak melepaskan kucing tersepit. dah lepas dari tersepit, digigitnya tangan laki aku.
berdarah2, calar habis. haishhhh.
abah aku kata, klau kucing tersepit, tak blh buat2 g tolong. kena ada protection.
bila keadaan mcm tu, kucing tu jadi garang, tak kenal tuan. so, laki aku terima padahnya la.
dlm jugak kesan gigitan tu. mlm tu, sebelum start kemas barang, gegas g klinik dlu.
kena cucuk la utk cegah kuman and ambik ubat skali.
hadap la mlm tu sakit ngap2 katanya. kena tgn kanan tuuuuu. bengkak teruk jugak. g CH dgn tangan sakit. sian tgk dia :-(
tapi laki aku cool je, xda nak  mengadoi sakit ke apa. jantan kannnnnnnnnn..
seb baik kereta manual, so tak teruk sgt la. kat sana, tak bg sgt la dia angkat benda berat smua.
mengada la Amni sbb papa dia takleh dukung. slalu kan nak berdukung dgn papa je. mama pulak kena kali ni..


sakit, tapi laki aku ni happy jeeeee. dah gitu peelnya.

pose kat depan homestay. tuan umah tu, Uncle David tanya, mana kami tau pasal homestay dia. aku cakap, aku jumpa kat internet. dia suh ambik gambar bnyk2, iklan kat internet. amboiiiiiiiiiiiii.. boleh je, nnt I datang CH lagi u kasik diskaun sket ehhh.
so far, puas hati sgt dgn umah. cuma jauh la. tapi klau dr KL dekat la kan ringlet ni?

ni nombor Uncle David tu : 0195260707.. dia ada bnyk lagi homestay.

jap nak share, perkara yg aku buat kat homestay tu.. hahaha
hot sink.. hahahahahahah..
sink dia besau oi, sronok kak yah!!



dah setel, jom g makan. masing2 dah kelaporan.. singgah makan kat area Brinchang. situ bnyk gak kedai mkn. laki aku mkn roti canai 3 keping! pitammmmmmmmm.. haha. sedap katanya. yelah, kang nak drive blk pulak. kita layan jelah.

next station, ialah ke MARDI. aku dah berangan dah, g CH nak g Mardi.
aku sukaaaaaaaaaaaaaaaaa. sebab bnyk pokok bunga yg cantik2 oii.
bunga cantik,2 besar2, kembang2. lawaaaaaaaaaaaaaaaaaa. bajet kat umah nnt ada taman bunga mcm kat Mardi.
tiket masuk, sorang RM3. buka setiap hari kecuali Isnin kut. tak berapa ingat la pulak. blh check kat website Mardi. ada gak tanya2 kat staff situ. klau musim cuti skolah, diorg tak tutup kut. kami pegi ni pun hari Ahad. klau tutup rugi la kan?

jom, tgk gambar..

seronok tgk Amni yg sangat teruja dpt tgk buah stoberi. sebelum ni tgk gambar je kan?
now dpt tgk live. ternganga mulut oiii.
mintak buah stoberi. dia isap2, jilat2 buah tu, pastu cakap sedapnyaaaaaaaaaaaaaaa.. feeling habis.
tapi tak makan pun.. +__+
sampai sudah tak makan buah stoberi. dia cuma jilat dan isap. tu pun sedap ka nak oii?
tak paham aku..


family potrai again..
seronok sgt! dah lama tak jalan2 sama2.
Amni super seronok. ramai yg melayan. seronok blh jalan2. ada mama, papa, makcik, pakndak and tok umi. kenit ni klau berjalan, so far ok je. takda nak meragam ke apa.. ada la sket2, tapi blh dikawal.


tak banyak gambar tok umi dgn makcik. sebab terpisah dgn diorg. dah separuh jln, terpisah sbb umi nak g toilet. pastu jumpa balik.
Mardi ni luas. jenuh jugak la nak pusing. kami kat dlm ni sejam lebih jugak.
sronok berjalan. hijau, pastu bunga warna warni, sejukkkkkkkkkkkkk je.. syok!


nak gila aku tgk taman bunga, warna warni. huiiiiiiiiiiiiii, sronotnya!!
ada banyak lagi gambar, adik aku snap kan. aku ralit tgk bunga je. hahaha


budak terpaling hepy.. eheh
lama ok dia duk kat tepi kolam tu. suka sgt tgk air pancut tu. then dlm kolam tu ada fish.
aku notice Amni suka sgt tgk fish. nnt aku up entry pasal Amni dan fishnya. hehe..
lama tgg dia kat sini, tak nak gerak. nak tgk fish katanya.
jenuh pujuk..

sekali sekala, jalan2, relax2 bersama keluarga @ kawan2 mmg seronok.
slalu sangat, tak best jugak, dah mcm tak da surprise. sekali sekala ni best.
lari dari kebiasaan kan?
nak kerap, boleh, janji duit banyak.. hahahaha..
kali ni alhamdulillah, janji nak bawak adik g jln2, tertunai. plus, bawak mak aku dtg CH.
ni 1st time dia datang. pasni takmo dah katanya. jauh!
hahahaha..

ahli rombongan kak yah..
ada org tolong ambikkan. pastu laki aku tlg ambikkan gambar diorg pulak.
kat sini pun Amni tak nak gerak, sebab kat kolam belakang tu ada fish.
hoihhh, sabar jelah mak kau nak layan.

aku beli 2 pokok bunga kat sini. alhamdulillah, dah dekat 2 bulan, hidup lagi. hehehe..
sebelum beli tanya dulu, sesuai ke tak nak letak kat kawasan kita.
yelah, CH sejuk, pokok semua elok je.
balik kat umah kita, mampoih habis nnt klau tak kena gaya.
jannah beli jus stoberi kut. pastu beli eskrem malaysia perisa stoberi. sedap!

gerak keluar dr sini dlm pkul 12 camtu kut. tak ingat.
terus gerak g pasar. yay!!
borong sayur jommmm!!
banyak jugak aku beli. gerammmmmmmmmmmmm tgk sayur.
segar2, murah and lawa2 sayur kat CH.. hahahaha.. mak aku beli jugak, tapi aku lagi banyak.
jannah pun sama, penuh bonet beli sayur.
beli baju tdor kat Amni selai, gambar stoberi. sronok kenit tu.
pastu beli la souveniar sket2.  setel, jom gerak balik.

otw tu nak singgah ladang lavender. beriya suh laki aku benti.
skali takda parking. jauhhhhhhhhhhhhhh parking, pastu kena berjalan g ladang tu.
terus tak dapat persetujuan umat dlm kereta. keciwa kak yah :-(
tgk dari jauh jelah...
takpe, nnt dtg lagi, nak pegi jugak ladang lavender tu!!

pastu, turun balik terus. so far, jln ok je.
laki aku pun bawak slow2 je.

sambil layan cik kuntum ni menggedik dlm kereta.
sronok sgt dia.. eheh..

sampai simpang pulai, benti kejap isi minyak, mandikan kenit ni, tukar baju smua.
bila gerak naik highway, dia pun selamat beradu.
memasing kenyang lagi, makan jagung bagai, decide nak ke kuala sepetang makan mee udang.
driver on, takda hal..
atas highway ok je. dari utara naik ke kl, jam tak ingat. berderet2 kereta. memasing nak blk umah dah kut, dah nak habis cuti skolah.
kami sampai kuala sepetang dlm pkul 7. sebelum tu singgah smayang asar dlu kat simpang. ramai gila org kat gerai mee udang! berebut2 tempat.
nasib baik Amni behave walau baru bgn tdor. makan udang 2-3 ekor jugak.

setel semua, terus gerak balik perlis. lepas hantar mak aku, gerak blk kangar terus. sampai umah pkul 11.30 mlm. Amni tak sedar pun, ralit tdor.
simpan2 sayur, tdor la. esok keja oi.

so far, percutian mengejut kali ni seronok jugak. mcm aku kata tadi, sekali sekala bercuti, ramai2 mmg sronok. thn ni tak sure, ada lagi tak percutian keluarga.. tungguuuuuuuuuuu.


2 comments:

  1. teringin nak naik cameron..entah bila nak sampai sambil bawa 3 anak2 yg blm pernah sampai ni

    ReplyDelete
  2. pegila.. syok jugak, tapi jgn lama2, nnt budak2 boring. hehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...