Tuesday, February 11, 2014

Puasa ganti

awal bulan hari tu aku puasa ganti. minggu cuti raya cina tu.
aku ambik terus 4 hari. start isnin terus sampai khamis.
hari jumaat cuti raya cina, aku pun raya skali.
raya sebab dah habis ganti puasa tahun lepas. bukan laya cina aaaaaa..
selesai hutang.. lega rasa.. mihmihmih..

thn lepas aku tinggal puasa 6 hari. sempat ganti 2 hari, pastu senyap terus.
gitulah kita ni kan? nnt dah dekat2 ramadhan, baru nak kalut ganti puasa.
pejam celik pejam celik kang, haaaa dah nak masuk ramadhan dah.
ada perancangan besar, maka marilah kita ganti puasa cepat2.

bukan susah pun. nak mula tu je. dah masuk hari ke 2, badan pun takda la lemau sgt mcm 1st day.
almaklumlah, org lain sedap2 makan, kita tengokkkk je kan?

alhamdulillah, sepanjang puasa, ada tenaga, ada masa blh masak utk berbuka.
dapat la masak utk dinner anak beranak skali kan?

jom nak tayang lauk berbuka aku.. hihi

menu berbuka utk hari pertama.
opismate aku ada jual durian crepe. dia buka order utk hari isnin tu, tapi aku lupa nak order.
bawak dtg opis, letak kat pantry. lalu g toilet, bau harum semerbak. kembang kempis aku tahan bau yg lazat tuuuuuuuuuuu.
nasib baik ada lebih, dapat la aku grab 1 blh buat berbuka hari tu.
masa berbuka, 2 ketoi aku telan durian crepe tu. pas smayang, baru makan nasi.
masak yg simple2 je, mana yg sempat.
sayur campur+udang, ikan kembong goreng ngan sambal belacan.
simple, tapi semua licin laki bini belasah.
sebab ada sambal belacan yg mabeles tuuu.
aku tumbuk pakai lesung batu kali ni. gigih sungguh. slalu pakai blender je..
so kali ni sedap berganda2..

sayur campur tu senang je. tumis bawang, masuk sayur, air sket, masuk binatang apa nak letak, letak garam, dah. kadang2 aku guna kiub ikan bilis or ayam. 
menu yg paling malas dan mudah.

sahur aku tak mkn nasi pun, makan roti dgn milo je. tak lalu nak makan nasi dah tgh2 malam.


ini menu day 2.
ada sayur kegemaran incik suami. masak lemak kubis cina.
ada ayam goreng and the maveles sambal belacan.
pun simple, and tetap habis licin.
laki bini tembolok naga, takda hal punya..
slalu pun aku masak simple2 gini je.
1 lauk, 1 sayur. and sambal belacan wajib ada.
haaaaaaaaaaa, lagi 1, kicap kipas udang.
yg tu wajib utk aku. mahal pun ku gagahkan beli jugak.. tsk tsk tsk

masak lemak kubis cina tu senanggggggggg gila nak buat. klau malas, cukup bahan, itulah yg aku buat.
potong sayur, didihkan santan, pastu masukkan sayur. agak sayur masak, masuk telur or apa2 yg nak letak. klau rajin, hiris bawang merah seulas dgn cabai besar. masuk garam, dah mendidih, siapppp..
senangkannnn?

day 3.
tetiba ada kek plak. hr tu aku kat opis Kangar.
sebelum balik singgah bakery, belikan roti utk Amni.
nampak blueberry chesse cake. saat tu menggoda jiwa habis lah.
beli seketoi nak makan berbuka. bila makan, takda la seeeeedap sgt pun. napsu je masa beli tu.
mlm tu aku masak sambal ikan bilis, sayur campur+fish cake and ikan goreng.
ikan apa ntah, lupa. tiada dlm gambar, of coz sambal belacan.
buat sayur campur sbb nak habiskan tumbuh2an yg ada dlm esbok.
daripada diorg menopos mcm tu je, moh le kita masak cepat2.

day 4..
last day, terasa mcm malas masak. hihihih..
padahal ada je bahan basah dlm peti ais. saja malas. nak berbuka kat luar or beli apa2.
lagipun esok cuti dah, cuti cny.
blk keja, pas ambil Amni, singgah umah mak sedara aku jap.
dia tau aku puasa, dekat2 nak berbuka, panaskan gulai ikan kat aku.
hajat tu nak blk berbuka dgn laki, tapi dah org hidang siap, kita makan dulu lah.
selesai nasi dgn gulai ikan, blk umah, laki beli pizza pulakkkkkkkkkkkk..

sumber

gila makan bnyk mlm tu.
rezki, syukur alhamdulillah..

so, selesai puasa ganti aku. insyallah pasni, klau berkesempatan, blh puasa sunat pulak.
alhamdulillah...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...