Tuesday, March 04, 2014

Pengasuh anak

tgk kat newspaper 2,3 hari lepas kut, baby koma kena dera dgn pengasuh.
baby tu baru 2 bulan klau tak silap.
doc cakap, gegaran kat otak ke apa. tak ingat sangat dah aku.
klau sapa ada baca harian metro, ada dlm tu.

banyak kut kes pengasuh dera baby ni kan?
kawan aku sendri penah kena. anaknya demam lama tak kebah, g check, doc perasan mcm ada yg tak kena. buat check up rupanya ada darah beku kat kepala.
sebulan lebih berkampung kat spital. raya pun kat spital.
then pastu baru ingat, anak pernah ada kesan lebam sebelum ni. tanya pengasuh, tak cakap apa.
anaknya tu maybe jatuh dari tempat tinggi. diorg syak, jatuh masa dukung camtu.
jadi kes jugak, masuk paper bagai. tapi kawan aku tu malas nak panjangkan cerita sebab time tu pengasuh tu pregnant.
and anak dia pas 2 kali operate kut, dah sembuh.

tu pengasuh. banyak lagi kes kan?
klau taska tu, cara taska.
dera secara berjemaah pulak..





gambar2 ni aku google je. korang p lah google, macam2 keluar.

aku tak pernah berada dalam situasi ni, tapi as a mother, bila dengar berita mcm ni, tak bnyk sikit tu terkesan jugak kat hati ni.
budak kecik kan? apa dia tau..
umo belum setahun, ko gamak kan nak pukul.
ya, budak2 mmg nakal, lasak.
tapi tu bukan alasan ko nak pukul sesuka hati.
nak2 pulak tu anak orang.
anak org yg diamanahkan kat kita utk jaga.
mak bapaknya keja, ko tolong jaga. then diorg bayar.
bukan bagi sesaja.
geram bila budak tu nakal, ajar la dia. tu namanya pengasuh.
bukan takat jaga, bagi makan saja. tak rugi apa2 pun klau kita ajar serba sket kat budak2 tu.
dia sayang and suka lagi ada.
budak nakal, ko pukul, bantai sesuka hati.
ish.. apa la yg ada dlm kepalaotak tu masa nak pukul tu.
budak tuuuuuuuuuuuuuuuu.. kalu dah besar panjang tu kut la, dah ajar tapi tak dengar kan?
aku kadang2 klau Amni buat perangai tangan laju jugak nak terpiat telinga tu.
klau nak mengajar anak, ye blh pukul. tapi bukan bantai sesuka hati.
kadang2 aku pap ka bontot di. tapi xkuat, then dia pakai pampers so tak la sakit sgt. just pengajaran bagi dia tau.
klau pengasuh, kadang peduli apa kan, nak pukul nak cubit, hentam jelah. bukan anak aku pun.
tak suka, rasa susah, tak payah mengasuh. g carik keja lain.
tak susah pun.
aku ni pun, klau kaya, lama dah aku benti keja, beranak bnyk2, jaga sendri.
tapi tak mampu lagi, apa nak buat.
kita ni pun g keja, hati duk teringat kat anak.
apa la dia buat duk umah org tu.
ok ke tidak? makan ke tidak? macam2 lagi..
semua mak2 macam tu kan? nak2 klau anak sulung kan?

nak share dengan korang pasal pengasuh Amni, and tips sket2 la. utk carik pengasuh..

alhamdulilah, pengasuh Amni ok. sedara sebelah mertua aku jugak.
so far ok la pada aku.
dia start jaga Amni masa umo dia 7bulan klau xsilap.
memula aku start keja, Amni umo 3 bulan adik aku jaga. umo Amni 5 bulan aku hantar pengasuh.
pengasuh awal tu org tua. org susah, duk kg. dia mengasuh anak opismate aku jugak, so aku percaya la sbb kenal. tua, tapi sihat lagi. mengasuh anak org + jaga suami lumpuh. dia jaga amni 2 bulan je.
pastu aku hantar ke umah sedara mertua ni. tak sempat katanya nak jaga, then Amni mcm tak berapa serasi kat situ. hati aku ni taktaulah gelodak tu cemana. mana nak cari pengasuh baru kan? seb baik time tu arwah tok mentua aku suh g kat pengasuh sekarang. mujur jugak diorg mau jaga Amni sebab dah ada 3 budak dia jaga. sebab sedara, so dia terima.
pengasuh Amni, maklong Da, dlm lewat 30 camtu umo dia. stay dgn mak dia, TokSom. so blh la nak handle 4 org budak. 3 org tu, 3 beradik. paling besar 4 thn, paling kecik muda beberapa bulan dr Amni.
but now TokSom dah meninggal. bulan 6 thn lepas. time tu aku kat KL, kursus, Amni kat kg dgn mak aku. sebelum tu aku g bandung. so 2 minggu Amni tak jumpa pengasuh. hujung2 sebelum TokSom meninggal, dia teringat Amni, siap ambik bantal Amni, buat tidor. Amni pun, masa arwah meninggal, dia menangis beriya mak aku cerita. boleh rasa kut. ralat jugak aku sebab lama diorg tak jumpa kan..

sepanjang diorg mengasuh Amni sampai umor dia now dah 30 bulan, alhamdulillah, ok.
ada la jugak sket2 hal yg aku mcm tak berapa berkenan, but pejam mata jelah.
bukan hal besar, so tak payah la nak besarkan.
asal anak aku elok, takda calar balar, lebam2, makan semua, sihat, dah la.

klau takat dia tak pakaikan anak ko bedak, tak sikat rambut cantik2, biar la. kecik punya hal je tu
hal kecik2 klau nak ambik bab sgt, kang jadi besar.
pastu org tak nak jaga anak kau, haaaaaaaaaaaaaa, menggelupor kut..

pernah la tahun lepas kut, masa ambik Amni aku perasan ada benjol kat dahi.
dalam hati ni, hoi dah dupdapdupdap..
apa kena anak aku ni..
diorg pun nampak je aku pegang Amni, laju2 la bercerita 2 beranak tu Amni kena bucu meja.
benjol, lebam sket. dah taruk minyak dah, dah tuam bagai.
tengok diorg pun gelabah jugak. maybe risau la kut aku marah ke apa kut.
memula tu cuak jugak la aku ni. bila tgk Amni nampak ok, takda menangis ke apa, aku mcm ok jelah.
nak marah diorg? kita pun tau kan anak kita cemana.
nakal, tak reti duk diam. takkan nak salahkan diorg 100% bila anak kita cedera.
kena tengok logik jugakla.
lepas tu pun ada la jugak, calar kat lengan kut mcm terguris apa2.
tapi takda la cedera parah ke apa.
Amni tu aktif, so aku pejam mata jelah.
duk umah dgn kita pun bukan tak pernah jatuh, tak pernah cedera.
kena pikir and nilai elok2. jgn nak salahkan pengasuh semua.
setakat la ni, tak da la cedera teruk ke apa. puas hati jugak la.
badan pun takda la kurus keding tak cukup makan ke apa.
lagipun aku buat bekal Amni sampai umo dia setahun setengah.
skang tak dah, makan dgn diorg je smua. tapi pengasuh dia tau apa yg Amni blh makan and tak.
so far, takda la diorg bg coklat, keropok ke apa. utk jajan, aku bekalkan.
biskut2 camtu.

paling penting...
jgn la kita nak cerewet tak tentu hala dgn pengasuh kan?
lainla klau anak kita ni kena ada penjagaan khas sebab ada penyakit ke apa.
cerewet sgt, kang pengasuh menyampah, yg terima kesan, anak kita tulah.
dia maybe perlukan duit, so nak tak nak jaga jelah anak ko kan?
cemana cara pun, janji aku dapat duit.
haaaa, tu yg jadi mcm2. kadang2 dia biar je budak tu buat apa.
klau anak kita kulit sensitif ke apa, bagitau dia elok2 apa nak kena buat.
jgn main sound je. hati org kena jaga. kita minta tolong dia kan?
anak demam, klau nampak teruk, cuti la. tak payah la nak bebankan pengasuh bila anak tak sihat.
dia pun nak buat keja umah jugak. klau anak ko tak sihat, cirit birit ke, muntah tak benti, klau boleh berkorban la, ambik cuti jaga sendiri.
jgn penting diri sgt, hantar je kat pengasuh sebab kita bayar.
ye, tapi pikir jugak, tu bukan anak dia pun. dia biar je anak ko dgn taik penuh dlm pampers, ptg baru tukar, haaaaaaaaa, nak?
kita tak tau kan?
lagipun, bila anak tak sihat, dia mesti manja, nak mak dia je.
klau mak jaga sendri, insyallah, lagi cepat dia sembuh.
kita pun as a mother, sure tak nak anak sakit lama2 kan?

then, hubungan baik dengan pengasuh kena la jaga.
ada mak bapak, anak hantar 2,3 org kat pengasuh yg sama.
tapi kedekut lahaiiiiiiiii..
mmg kita bayar bulan2, tapi jgnlah berkira sgt.
ingat senang ke jaga budak?
nak2 anak ko aktif, nakal bagai kan?
aku klau g memana, ada la sket buah tgn utk pengasuh Amni.
biarlah tak mahal mana, janji kita ingat kan?
kadang2 tu balik keja singgah pasar malam, beli la skali kuih2 sket utk diorg.
tak miskin pun kita klau kadang2 nak sedekah kat org. bukan skali bagi sampai ribu2 pun.
sekali sekala, bila dapat bonus ke apa, hulur la lebih sket kat pengasuh. tak pun belikan hadiah ke apa. mahal murah bukan ukuran, yg penting ingatan kan?
bila kita jaga hubungan baik dengan pengasuh ni, diorg pun takda la nak rasa tak suka ke apa ngan kita.
insyallah, elok jelah dia jaga budak tu.

lagi 1, klau yg nak carik pengasuh tu, kenali betul2 pengasuh tu dulu.
jangan main hantar je anak tu.
kadang2 kita rasa anak kita selamat sebab duduk dengan pengasuh, better dari duk nursery.
tak jugak kan?
kecederaan tu blh berlaku di mana2.
sometimes, aku tgk, mak pak yg muda2 ni cari pengasuh ikut internet je.
tak pun tanya2 org kat kawasan perumahan contohnya. dah jumpa, deal lebih kurang, ok hantar.
padahal tak kenal pun sebelum ni.
boleh, tapi tanya dulu jiran2 yg ada kat persekitaran tu.
selidik sket. kang tak pasal ko hantar anak kat org physco ke apa, lagi haru.
bila dah hantar anak tu, tgk keadaan anak bila nak hantar and masa ambik.
ada kelaianan tak pada anak? klau anak menggedik sronok nak pegi uamh pengasuh, insyallah ok.
klau meraung semacam je masa nak hantar, baik check.
pegi ambil anak awal dari kebiasaan ke, takpun blk awal then usha2 dari jauh ke camtu.
inisiatif kita la. nak anak selamat kan?

klau anak besar, hantar kat pengasuh, senang nak handle.
kita blh tanya. budak2 tak reti menipu.
apa dia nampak, itu dia cakap.
dulu ada sedara aku, anak2 dia dah besar la, dlm 5thn and 7 thn camtu. balik skolah, tinggal dgn pengasuh sbb maknya keja. boleh pulak anak pengasuh yg laki tu duk buat gangguan seksual kat budak2 tu. hoihhhhhhhhhhh... budak 5 tahun pun stim ke? bodo!
so, bila anak mcm tak minat nak umah pengasuh, sila take care yeh. selidik btul2, kang jadi apa2 nak menyesal pun tak guna.
umo Amni skang pun dah pandai cerita. untill now takda la dia cerita pelik2 lagi.
cuma bila sabtu ahad, kita cakap nak hantar umah maklong, laju2 taknak.
sebab dah biasa, sabtu ahad stay dgn mama. so, takda la nak hairan sgt.

jgn kang ada yg kata, nasib baik la sbb dapat pengasuh yg ok.
ye aku tau, bukan senang nak carik pengasuh yg ok.
rezki masing2. klau dah dapat yg ok, jaga hubungan baik agar berterusan, then dpt dia jaga anak kita.
klau yg hantar nursery pun sama. hubungan baik pun kena jaga. benda2 lain pun kena tengok. jangan main tinggal je tanpa selidik apa jadi.
then berdoa la agar anak kita selamat kat mana2 pun.
tu yg penting..
kita as a perents, keluar carik rezki, utk anak2 jugak. hindari diri dari buat benda2 yg tak sepatutnya.
kesan bukan hanya pada kita kan?



6 comments:

  1. betul tu..bukan senang nak dapat pengasuh y baik..alhamdulillah pengasuh anak saya baik..syukur..

    ReplyDelete
  2. betul. klau dapat yg baik, syukur alhamdulillah kan?

    ReplyDelete
  3. saya bernasib baik sebab mertua yg jaga anak..hilang sikit rasa risau tu

    ReplyDelete
  4. kalau sedara@mak@mertua jaga, kita confident sket kan? harap2 semuanya ok

    ReplyDelete
  5. Yg terbaik tuk jaga ank adalah ibu ank tu sdri...dunia smkin aneh...wanita semakin rajin mmbantu suami cari nafkah sedangkn nafkah adalah urusan suami. Tp anak plk yg d tnggal seharian dgn org...sdgkn asuh ank adalah tnggungjwb ibu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. masing2 ada kekangan dan alasan sendiri. takda masalah hantar anak ke pengasuh selagi si ibu tak abaikan anak2. nak bekerja pun tak salah utk bantu suami dan kukuhkan ekonomi keluarga, asal suami izinkan..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...