Monday, March 10, 2014

#PrayforMH370






seluruh dunia sedang bercerita tentang MH370..

bukan hanya Malaysia, tapi seluruh dunia..
yg masih menjadi tanda tanya semua pihak.
misteri..
sangat misteri..

aku tak pasti, saat aku publish entry ini, ada perkembangan terbaru atau tidak.
setakat pagi tadi, tiada..
semlm, hanya penemuan tompokan minyak di laut.

dah lebih 2 hari..
Allahhuakbar!

aku tau kes ni petang sabtu.
hari sabtu aku tak berapa sihat.
baring seharian.
tv langsung tak bukak.
internet, fb semua tak tgk.
buka tv, pasang cd utk Amni saja.
makan, tdor.. tak tau langsung perkembangan hari tu.
petang sabtu, keluar ambik angin sikit, pegi umah mentua.
sebelah umah je.
kebetulan, ayah tengah tengok tv.
ada berita, kehilangan pesawat Mas MH370.
terkebil2 aku tgk.
tak paham. tak tau. tak percaya.
laju2 bukak phone, check fb, check news..
masyaallah..

balik rumah, buka tv, sampai ke tgh malam tengok channel 501 je.
tak pun tv1.
suami balik, bercerita dan berdebat dengan dia pulak.
berdebar2 hati.
rasa tak boleh nak berpikir secara waras.
kemungkinan2 yg berlaku.
tak nak sebut kat sini..
nauzubillahiminzalik..

sebab dada tgk kat tv, rakaman keluarga mangsa yg mengerumuni KLIA..
kat malaysia, kat beijing, kat seluruh dunia..
bukan hanya rakyat kita dalam pesawat tu.
kalaulah ada saudara aku dalam pesawat tu..
no words..

mlm tu aku tak boleh tidor.
kejap2 terjaga.
tidor 2 jam camtu, terjaga..
pastu mcm berdebar2.
siap meracau, mimpi bukan2..
teringat apa jadi kepada pesawat, kepada penumpang, kepada bayi dalam pesawat tu.
tak boleh nak tidor lena.
terbayang macam2..
itu cuma kita yg mengikuti perkembangan..
bagaimana agaknya saudara mara mangsa sendiri kan?
mesti lagi teruk dari aku..
mendengar perkhabaran, dan menunggu perkhabaran..
baik atau buruk..
Allahhuakbar!

kat fb, kadang2 sakit hati pun ada.
org yg tak kena, bolehla cakap sesuka hati.
tak payah la membebankan lagi keadaan.
nak buat spekulasi macam2.
masing2 nak jadi keyboard warrior.
salahkan kerajaan sebab lambat sebar berita.
haishhh..
jangan ingat kerajaan duk saja, tak buat apa2..
ini bukan isu kecik.
bukan hanya melibatkan Malaysia.
setiap tindakan ada prosedurnya.
nak melewati perairan negara lain, kawasan udara negara lain, ada caranya.
nak hebahkan berita, perlu kesahihan.
org yg bercakap, pikir org yg berkerja keras mencari maklumat, menyelamat.
pikir ahli keluarga mangsa.
kalau tak tau, tak payah cakap apa2.
silap2 makin memburukkan keadaan.
cukup sekadar bagi moral support dan berdoa moga ada petunjuk.
bukan bercakap kosong, tanpa fakta yg sahih dan menghentam org lain.
itu bukan budaya kita.
saat ini, patutnya sama2 berusaha, bukan mencari salah itu dan ini.

sama2lah kita berdoa..
saat ini, itu saja senjata paling kuat yg kita ada
alhamdulillah, seluruh Malaysia kini giat melakukan solat hajat.
dengan harapan ada jalan.
dan dengan izinNya ada petunjuk.



Ya Allah..
berilah petunjuk.
lindungilah mereka.
jika di air, timbulkan.
jika di langit, munculkan..
jika di darat, tunjukkan..
walau apa jua keadaan..
kasihanilah kami Ya Allah..
hanya padaMu kami memohon.
dan hanya padaMu kami berserah
sesunggunya engkau yg maha mengetahui..
Amin.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...