Tuesday, July 22, 2014

Day 13 Ramadhan | Pulut sekaya and buah melaka mak yg terpaling maveles

bila bulan puasa, jumaat aku blk buka posa umah mak.
pastu kadang2 sabtu @ ahad berbuka umah mentua pulak.
sepppp..
hehehehe..
weekdays kat umah sendri, masak or beli.
blk umah mak hari jumaat sebab nak hantar adik aku yg duk asrama tu skali.
lagipun jumaat kan laki aku off day.
pkul 4, dia g ambik adik.
ptg, dia ambik aku  kat opis, cargas blk umah mak terus
kadang tdor sana, sahur, pagi2 pkul 7 baru blk umah aku sebab sabtu laki keja.
kadang, pas berbuka, pkul 10 mlm blk.
gitulah rutinnya.
hari lain, payah sket nak blk berbuka umah mak sebab laki aku blk keja pkul 6, pkul 7 baru sampai umah.
nak gerak g umah mak aku 30mnt.
lewat, and kesian dia nak rushing pulak.
letih kan?
plus aku bawak kreta waktu mlm adalah sedikit goyah.
mak pun tak kasik.
so, begitulah jalah rutin puasa kami sejak 2-3 tahun ni.
unless, sesapa cuti, so blh ubah plan.


bila berbuka umah mak, harus over.
petang sebelum blk dah kol dah..
riki2 mak masak apeee..
hehehehe..
mak pun, anak2 blk berbuka, layan jelah..
shayiang mak lebihhh.. hihhii



air tangan mak yg menjadi kegemaran dan kegilan semua anak6.
6 beradik suka.
tak jumpa kat tempat lain, sebab tak kan sama.
sesapa yg pernah makan, tau la apa beza.
pulut sekaya mak aku ni, memang kaya.
hahahhaha..
sesapa duk area kelantan, terengganu or pernah mkn yg belah2 thai punya pulut sekaya, tau la.
tapi klau belah thai, kepala tu kaler koko sebab diorg gula gerek and tak pakai pandan.
mcm gula melaka tu, tapi lain bentuk dan rasanya.
aih, susah nak cerita.
kat tempat kita ni, org panggil seri muka kan, sama je ngan pulut sekaya.
tapi, kepala atas tu tak sama.
versi mak aku, versi ala thai ni, pulut atas tu tak pakai tepung.
pukul telur ngan gula and taruk air daun pandan ori.
bukan perasa pandan.
sepelengat mak aku biasa buat tu, telur mau 8 bijik or more.
kembang elok je naik kepala tu.
manis elok, lemak berkrim  baq ang.
serius sedap!
pulut pun berminyak2, sebab taruk santan sesedap rasa.
masak pulut dlu@kukus. pulut masak, baru taruk kepala tu then masak lagi.

arghhhhhhhhhhhhh.. meleleh ailior duk imagine pulut sekaya mak..
damn!
klau yg kat sini, beli kat param tu, kepala tu slalunya diorg letak telur 2,3 bijik je pastu campur tepung.
rasa dia lain. tak best sgt.
tapi ada la yg sedap, yg letak telur bnyk sket, walau campur telur. boleh la diterima.
minggu ni maybe mak buat lagi sebab adik aku yg duk banting tu balik.
klau dia blk, mak aku buat sebekas tu, separuh tu dia telan.
kadang2 bule bawak gaduh sebab aku baru mkn sepotong, dia dah belasah separuh bekas.
ada jin kut dlm perut, padahal kurus je.
eh, skang dah booolat dah.

next is buah melaka.
gula dlm tu, beli kat padang besar.
manisssssssssssssss..
pastu abah aku pantang klau potong kecik2 je gula.
bila rebus, gula smua cair sebab kecik.
dia suh  potong besar2, biar buah tu besar tak pe.
baru puas mkn.
klau beli, buah besar, gula dlm dah  hancur pastu sikit nau taruknya.
tawar heber katanya and tak puas.
buat sendri, harus mkn biar puas.
utk kelapa luar tu, takmo kelapa tua, ambik yg muda nak tua.
uiiiiiiiiiiiiiiii, sedappppp.
berebut2 makan adik beradik.
ha, dap dap...
harap2 sebelum raya mak buat lagi.
ada tukang gentel, cepat sket keja, bule buat bnyk.
harap mak aku sorang, jenuh gak la kan?
oh mak ailebiu..


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...