Wednesday, July 02, 2014

Anak dara kak yah

dah lama takda entry pasal Amni.
dulu masa kecik2 asyik la entry dia je yg duk kluar kan?
baru dapat anak, ciwi lebih sket..
hahaha..
skang pun ciwi jugak, cuma tak sempat nak menaip je.

bulan 8 ni Amni dah 3 tahun.
tahun depan nak masuk skolah dah insyallah..
and bulan oktober insyallah jadi kakak.
now pun kami laki bini duk panggil dia kakak.
nak biasakan diri, 1 day dia akan jadi kakak and ada adik.
kadang mcm kesian bila pikir dia kecik lagi nak dapat adik.
tapi ada org lain anak belum 2 tahun pun dah dapat adik kan?
aku rasa mcm gap 3 tahun tu sedang elok la.
takpun 4 tahun..
dekat sangat pun tak jauh sgt pun tak.
plan mula nak 4 thn, tapi kang aku yg tua pulak nak beranak lagi.
klau boleh, lagi 3 thn nak beranak lagi then tutup buku.
taktau lah, plan je smua tu..
pregnant yg ni, alahan lagi teruk dr pregnantkan Amni.
rasa mcm last dah.. hahahahah..
tapi ,rugi oi anak sikit.
tak meriah bila raya..
muahahaha...



tengok kepada fizikal dan perangai Amni, ramai yg tak caya dia baru 3 tahun.
mulut pun  lajuuuuuuuuuuuuuu mcm dah 5 tahun.
perangai apa tah lagi..
branak dlu, 1.8kg jeeeeeeeeeeeee..
kecik sangat..
alhamdulillah, now sihat and baik2 je.
nama je pompuan kenit ni, tapi ganas mengalahkan lelaki.
dengar suara pun dah kasar semcm.
now, fasa menggedik.
asyik la nak pakai baju kembang.
feeling pwincess katanya.
dah pakai baju kembang, ikat plak tocang 2, mula la perasan.
g pusing2 depan cermin, pastu duk ulang tanya "Amni cantik dak mama?"...
kena jawab cantikkkkkkkkkkkkk, klau tak merajuk.
pegi tanya kucing pastu dtg bgtau kucing cakap Amni cantik.
sebab mama tak jawab and tak kata dia cantik.
sabar jelah mama layan awak anak oih..



kami jarang bawak dia ke mana2.
dari kecik2 lagi, tak expose dia ke public sgt since dia born premature.
risau kut kena jangkitan ke apa.
but, Alhamdulillah dia takda takut ke apa ke bila berdepan dgn org.
maybe sebab dia tinggal dgn baby sitter yg ada ramai org, so dia mudah biasakann diri.
bila jarang g mana2, kami buatlah perkara2 yg boleh menggembirakan dia.
perkara kecik, tapi besar di mata mak bapak ni.
mcm aktiviti mcm nilah..
pegi playground, mandi kolam, main2 kat taman.
mandi kolam la dia paling syok.
yg rajin layan, apak tercinta la.
seronok tak ingat sampai taknak keluar.
jarang pegi memana, nak tdor hotel, nak mandi kolam kan?
sesekali je, so mandi kolam ni jelah nak oi.
thn depan, adik baby dah besar, kita g jejalan yeh?
mama nak start menabung dah ni..




kakak Amni.
bila org panggil kakak, dia ye kan je.
tapi nak bahasakan diri kakak, tak pandai lagi.
tapi dia tau nnt ada adik baby.
suka sangat nak belek perut buncit mama, nak sayang adik baby.
cium2 perut, pastu panggil adik baby.
sweet giler oihh..
hahahaha...
tapi bila dia merajuk, minta mama dukung, mama kata kesian adik baby nnt sakit klau mama dukung Amni.
tau dia cakap pe?
dia pegang atau tepok perut aku, sambil kata, buang la adik baby tuu..
hahahahah..
protes okey.

baju kembang biru tu pengasuh belikan.
punya la suka sebab baju kembang2 and ada gambar princess.
pakai taknak buang.. hahahaha..
jenis kain jersi nipis tu.
ada aku belikan 2-3 pasang.
murah je pon, rm10 je kat pasar mlm.
yg jenis sepasang dgn seluar pun ada.
dulu2, klau beli nak hello kitty je..
now nak pwincess pulokkkk...
baru2 ni bawak dia g pasar mlm, nampak baju2 mcm ni.
nak kaler pink, nak gambar princess.
nak pink jugak2, yg ada gambar pincess barbie tu, taknak dah yg lain.
mickey ke, hello kitty ke, takmo.
yelah2...
dulu suka hello kitty kan?
now suka pooh ngan doremon pulak.
ada sepasang baju pooh, sukaaaaaaaaaaaaaaa sangat.
next mama nak carik stuff doremon pulak.
papa la ni, g donwload katun doremon kasik anak tengok.
pastu download yg cakap jepun.
dah skang budak tu duk cakap jepun pulak sebab duk tiru doremon tu.

aku duk gelak tgk Amni.
budak2 skang asyik la nak frozen.
Amni tak heran pun sebab tak pernah tgk.
nnt nak try bg dia tgk, nak suka ke tak..
rasa mcm tak je sebab citer barbie pun dia tak layan.
bule tersuka princess@barbie tu pun sebab tgk hana.
kazen dia yg gila sgt ngan princess.
dah dia pun terikut.
Amni layan kartun je.
mickey, pooh, donald duck, doremon..
pastu bercakap pun mcm kartun..
hahahahah...



budak ni adalah pemakan.
sebab tu cepat je badan dia naik and maintain.
hahaha..
tapi belum tahap obes la.
sebab aku pantau pemakanan dia mcm yg aku selalu cerita.
seronok tgk dia makan.
nak2 klau yg dia suka, lajuuuuuuuuuuuu je.
tak payah nak kejar2 paksa2 suh makan.
bermusim jugak kegemaran dia.
now tgh suka makan roti putih, taruk butter.
tu je, bule habis 2 keping.
roti mmg feberet dia.
roti canai, kek, jagung, durian.. haaa, feberet.
buah lain tak layan, tapi kasik durian mmg tak tolak.
terkejut tgk dia makan durian okeh.
sebab dia bukan penggemar buah, tup2 durian ni baik punya layan.

ada aku tgk mak2 yg tak kisah apa anak makan.
or tak peduli apa anak nak makan.
ada jugak yg tak suka layan anak makan.
heh.. camno tu?
budak kan, bila makan harus sepah, comot, tumpah.
budak, mana la dia tau apa2.
janji masuk mulut, tumpah tu bukan hal aku.
ada mak2 yg tak suka.
tak suka anak comot or tak suka nak kemas lepas anak makan.
what to do? aku takpe, janji ko makan.
tumpah, sepah, comot pastu basuh la, kemas la.
kecik2 bule la kita suap dia makan.
dah besar, sampai 1 fasa dia nak makan sendri.
bila makan sendri, harus la comot, tumpah smua tu.
part tu yg  ada org tak suka.
biar lah, tu fasa dia belajar nak makan sendri.
memula aku stress jugak sebab yg tumpah lagi bnyk dr yg masuk mulut.
pastu lantai kotor, kena lap semua.
but sokay... mak kena bijak.
letak dia atas tikar, klau tumpah, lap tikar je kan?
baju kotor? pakai la bib, takpun bogelkan je terus, senang crita.
pas makan, mandi terus.
anak nk main, tak nak makan, nak main je.
kejar la, sambil main sambil makan.
Amni dlu mcm tu la.
bagi break1st je kadang2 sejam.
nak buat camna, janji awak makan.

Alhamdulillah, kena dgn selera Amni, elok je dia makan.
ada masa dia taknak makan, nak susu je.
ok, mama ikut je.
ada masa, asyik la minta makanan, then susu kurang.
ada turun naik dia.
janji dia sihat, tak sakit demam, ok je.
yg pasti, jgn sampai makan yg tak sepatutnya dgn umo dia.
no sweets, candies, keropok, jajan, aiskrim bagai.
aiskrim aku ada bg jugak, tapi once or twice in month gitu.
keropok gula2 mmg tak ar. pantang okeh..
seb baik Amni budak yg senang di ajar and digula2 kan..
dia dah paham klau kita kata sakit perut.
hari tu dia nak minum air sirap kat tempat kenduri.
bapaknya la yg biar and layan.
seb baik tak minum lagi sebab papa kata tanya mama dulu.
dah ambik dah, then aku cakap klau Amni minum nnt sakit perut, kena g jumpa doktor.
mudah je, dia tuang air tu and ambil air masak dia.
terkejut jugak org lain tgk sebab dia dengar kata.
sebab, aku dah ajar and cakap bnyk kali Amni takleh minum or makan.
and make sure g memana ada je air masak@kosong and selalu je bawak botol air dia.
dlu botol mickey, now botol hello kitty kaler pink lagi.
so nak keluar, dia pun tau and nak bawak bekas air dia sebab dia suka.
anak org lain, maybe lain caranya..
terpulang cemana korang jaga pemakanan anak korang.
cumanya, jgn nak pertikai cara aku and tak suka, pastu suka2 bagi anak aku makan bukan2.
tu aku tak suka sebab aku pun tak simply kasik anak org mkn bukan2.
kita pun taktau perut diorg kan?
lainla dah besar panjang.


cik kuntum ni, tdor lasak ya ampun.
mengikut papa part ni.
aku yg duk tgh2 diorg mmg mangsa sepak terajang je mlm2.
papa lasak, anak pun sama.
redho jelah mak..
dia akan pusing 1 tilam.
nak2 klau dia rasa panas and berpeluh.
lagi ligat.
kat mana dia rasa sejuk, dia park situ.
pedulik apa atas kaki mama ke, kat paha mama ke, kat celah kangkang mama ke..
kat atas lantai pun boleh.
pernah aku terjaga tgh mlm, tgk dia takda kat sebelah.
gelabah la carik, tgk duk landing kat lantai sambil meniarap.
lantai sejuk kan?
walau dah letak benteng dah hujung kaki, takda maknanya.
berapa kali dah terbabas, tau2 waaaaaaaaaaaaaaaaa tgh2 mlm sebab bedebuk jatuh tilam.
klau dia tdor tgh2 antara kami laki bini, lagi haru.
kang tau2 duk dlm kain pelikat papa.
hahahahaha..
dua2 lasak kan?

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...