Monday, February 16, 2015

Amni dah enjoy pergi sekolah!!




gambar terkini.
yg diambil pagi2, sedang siap2 nak g skolah.
lain banyak kan dari dlu?
masa mula2 g skolah dlu, nak tgk muka manis macam ni memang kirim salam la.
selepas 2 bulan, tiap2 pagi menangissssssssssssssssssssssssssssssssss ja.
akhirnya, kakak dah ok!
yayyy!!
big clap utk kakak sebab dah tak menangis nak g skolah.
bahaha..

Alhamdulillah.
syukur sangat sekarang dia dah ok.
dah enjoy g sekolah.
dah senang bangun pagi2, nak mandi nak siap.
ada jugak la menangis sket2 tu tapi tak teruk mcm dlu.
stok meraung pastu guling2 kat lantai punya nak protes.
tapi siap gak la g skolah.
nak pegi tapi saja nak nagis bagai.
now, dah ok.
kena slow2 gerak, ikut je smua rentak dia masa nak mandi nak siap bagai.
nak pakai spender pepel la, nak pakai liptik mama la, nak pakai perfume papa la, ikuttttttttt jelah asal tak nangis and tak melampau.
pastu nak milo la, nak biskut.
tapi pagi2 dia tak berapa nak mkn sgt, slalunya minum susu@ milo je.
oh, salah 1 sebab yg menyumbang kepada ketidak'menangisnya Amni is qaseh gold junior tu.
dia kan suka madu?
so masa gerak pagi2 bgtau dia klau nak minum madu kena bgn mandi g skolah.
so, laju2 bangun.
dah siap kang dia minta la nak madu.
sebab aku mmg kasik sehari 2 kali je, pagi nak g skolah and sebelum tdor.
ikut ke dia, setiap masa nak makan.
iyolah, kang awak berak tak benti nak oi.

lepas tu dia makin ok sampai hari ni.
dekat 2 bulan gak duk buat perangai pagi2, now dah ok.
cumanya skang ni tiap2 pagi nak g ngan mama.
takmo papa hantar, siap menangis, peluk2 mama punya nak mama hantar.
haishhh.. cair pulak bila anak minta mcm tu.
ikutkan tu lagi senang aku yg hantar dia ke sekolah walau kena pusing sket.
sebab lepas hantar dia, aku boleh pusing naik highway terus dtg keja.
papa hantar Aniq pastu papa leh terus g kerja, sejalan dgn dia.
cumanya kesian ke papa la nak siap nak tgk adik lagi.
budak kecik tu akai bule tahan gak pagi2.
tapi dah Amni nak g ngan mama jugak, so papa pun kena siap laju2.
pahadan muker. klau tak dia duk rilex je kan? hahahah
nak g mama sebab nak g skolah awal.
papa hantar lewat sket, dia takmo.

sejak g skolah, kakak dah pandai mcm2.
suka mama tgk awak.
cepat dia belajar and ingat apa yg cikgu ajar.
nama cikgu2 dah ingat, nama kawan2 pun.
asyik kawan dgn lelaki je.. hahaha..
sebelom ni mmg dia dah pandai baca doa mkn and doa sebelum tdor.
kitaorg slalu baca and dia dah bule hafal.
dah g skolah, baca doa mkn siap dgn tafsir.
lambat nau nak bule makan tunggu dia baca doa.
standard budak tadika kan, baca doa slow2 je.. hahaha..
but sokay, means awak faham apa cikgu ajar.
blk rumah, ada saja lagu dia nyanyi.
lagu kanak2 la like lagu kereta merah, lagu rama2, pastu dah pandai selawat, zikir smua.
dah kenal huruf sket2,and mcm2 lagi.
bila hantar g PASTI, diorg akan bagi penekanan tentang agama tu lebih.
dah di ajar solat, dosa pahala, syurga neraka smua.
sebak mama bila tgk awak pandai mcm2.

budak2 kan, apa dia tau?
apa yg cikgu ajar, tu yg diorg ikut walau sebenarnya dia belum paham lagi.
cikgu ajar solat, dia balik bgtau papa cikgu ajar solek.
papa pun hairan dah kenapa cikgu ajar make-up. hahahahha.
nak sebut solat jadi solek.
kadang2 marah adik sebab nangis, nanti masuk api meraka.
bhahahaha..
sabor jelah.
balik skolah, tanya mama napa (&(*^&% tak pakai tudung?
aiseh.. terkedu mama taktau nak jawab apa.
cikgu ajar kan? bukan salah cikgu..
kewajipan semua.

trima kasih sgt kat cikgu2 smua kat skolah Amni.
sabar je diorg layan kerenah budak2 yg mcm2 ragam tu.
sekali je diorg bgtau, dah tertanam dlm minda diorg.
blk umah crita mcm2 kat mama.
seronok dengar.
harap2 awak terus enjoy g skolah ye pasni?

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...