ok, gambar dah transfer, jadi marilah kita update blog. teheeee..
rentetan dr entry yg ala2 teaser raya, so kita cita sket pasal raya pertama..
2 hari sebelum raya, dapat kek ni.
dari opis papa.
tiap2 tahun mcm tu, dapat kek.
rasanya kek yg 4 tahun lepas kut, sedapppp.
hahahha.. klau sedap dah 4 tahun pun ingat lagi.
ni kek span biasa je, ada icing atas.
Amni suka lah sangat.
dia mmg hantu kek.
kek ni, sebelah dia sorang makan tau..
aku sikit pun tak rasa..
biasalah puasa, tak terasa nak makan sgt pun.
tapi tak kurus jugak..
kenapa lah haihh.. T_T
raya thn ni papa ada..
tapi takda pulak gambar raya bersama2 yg bnyk2..
frust btoi.
gitu dah mama ni.
kelam kabut handle anak2, lupa nak ambik gambar.
konon jelah.
hahah..
ni jelah yg ada.
lepas papa blk sembahyang, siap2 nak g umah wan.
papa blk sembahyang aku baru bule mandi.
tak leh buat bnyk keja sgt dgn dak kecik tu.
susah nak berenggang.
dengan lasak ya ampun..
redho jelah..
nasib baik baju smua dah gosok dari mlm tu.
kul 2 pagi jugak baru tidor.
hari raya pagi2 dah bangun.
kemas2 umah sket, isi kuih raya semua.
walau nak g lepak umah mentua, mana la tau kang ada yg menjengah kan?
anak dara yg dah pandai bergaya.
kasut raya merah, beg raya pun merah.
kemainnnnnn.
kasut tu dia yg pilih sendri.
beriya nak yg merah.
malas nak bertekak, ikut jelah dah dia suka.
aku belikan stokin renda2 kaler putih utk dia.
sukalah sgt.
beg tu maknjang dia yg belikan, beg frozen.
kebetulan plak merah, sama ngan kasut.
tudung ada satu lagi maklong ija belikan kaler oren.
sama mcm kaklong (kazen), tapi pagi tu dia nak pakai tudung biru ni.
nak sama dgn mama.
dah pandai skang ni, tudung klau kaler lain tak sama ngan baju tak nak pakai.
amboiiii dia.
ni je gambar kat umah wan yg ada.
sebok duk kejar aniq la ni.
abang haziq dah besar, thn ni nak UPSR.
dia dah blh harap tolong tgkkan aniq.
sempat la aku makan kejap masa dia tgkkan aniq.
Amni sebok main dgn kakak hana.
dua org tu kejap baik, kejap gaduh, pastu baik balik.
sukati korang lah.. jgn bertumbuk dahhhh..
aniq duk melasak sana sini, hana ngan amni duk lari merata sebab duk kacau org main.
apa saja kau dik..
dia tidor kejap masa kat sini sempatla aku tolong2 apa yg patut.
elok dia jaga masa family aku sampai.
datang beraya ngan besan.
pas diorg balik sedara belah husband plak sampai.
asalnya nak ikut diorg g beraya umah mak sedara aku, tapi ada kawan duk whatsapp dlm group nak datang umah.
gegas blk umah, siap cedok nasi beriani mak mentua..
ahahaha..
kawan lama masa skolah dulu.
zahir atau ex, satu kelas masa form 5.
last masa SPM pastu tak jumpa dah, tahun 1999 nu.
lama kut.
tenkiu kat whatsapp dan jugak skolmate yg create group sbb dlm tu kemain masing2 berborak mcm hari2 duk jumpa.
padahal masing2 dah bertahun2 tak jumpa.
dia siap bawak anak bini dia lagi.
duk keja kat kuantan nu, thn ni balik beraya kat perlis.
so ambik kesempatan jln2 raya umah kawan2.
besar hati sebab kawan lama sudi nak datang.
kelam kabut ngan anak2 aku, nak sembang nak hidang mkn tak sempat nak ambik gambar.
wife dia pun ramah, so bule sembang2.
tak lama pun dia kat umah aku, nak g umah sedara pulak katanya.
lepas diorg balik..
anak2 bergelimpangan termasuk papa.
papa masuk mengeram awal sebab sakit kepala.
kena dgn takda spek hari khamis tu, tdor plak lambat mlm raya and cuaca panas menyengat hari raya tu.
memasing dah tukar baju dah.
aniq sempat tdor seround.
kakak tak tidor pun.
pastu duk ajak p raya..
sian pulak aku tgk.
adik dah bangun, jom la kakak kita p raya.
papa biar dia tdor dulu.
siap2, pegi umah pengasuh Aniq.
kebetulan anak dia yg tgh kursus polis balik raya.
blh jumpa skali, dia nak tgk Aniq.
pastu g umah mak sedara aku, kat jejawi je.
ramai kat sana sebab anak2 dia pakat blk.
riuh rendah.
suka la amni bule main.
pastu family aku plak sampai.
tadi diorg smua dah g umah maklang, dah jumpa kat sana, pastu eh jumpa lagi kat umah maknjang.
asyik jumpa muka tu je..
hahaha.
lama gak lepak situ sampai maghrib baru blk.
mlm tu diorg nak datang umah aku pulak nak mkn beriani kambing.
jumpa lagi.. hahahaha..
cucu2 maknjang aku @ anak2 sepupu aku.
asyik gaduh je 2 beradik.
sepupu merangkap sedara susuan 2 org ni.
nak masuk 3 tahun dah and nak dapat adik dah dua org ni.
main sakan, skali ngan amni and aniq.
pastu main bunga api pulak.
setel nasi beriani kambing mentua aku.
mujur gak diorg dtg, klau tak lebih gak la..
mlm tu memasing melepek tidor.
letih beraya tu sket je, tapi cuaca panas tu buat bertambah letih.
setel raya pertama.
nnt entry raya ke 2 pulak eh..
No comments:
Post a Comment