nak share cubicle aku.
kadang2 kemas, kadang2 semak.
selalunya semak la.
hahaha.
kalau keja bnyk tu, bersepah2 kertas, notes smua.
lantak situ malas kemas.
dah habis keja, baru kemas.
nak share bahagian kiri meja je.
takleh tunjuk semua kang korang pitam.
hahaha.
cubicle aku ni memanjang.
ada 3 set komputer + 1 laptop.
penuh meja. hehehe.
ini lah sudutnya..
gambar selepas kemas.
lupa nak ambil gambar sebelum.
kat depan meja tu ada notice board.
aku buat sendri, guna polistren, balut dgn wrapper buku, pastu lekat kat cubicle tu.
senang kalau ada apa2, tampal kat situ.
semak gak tu sebab yg lama pun tak buang lagi.
ada kalender, ada frame gambar.
ada tabung epal, ada bunga.
sebelah kiri ada stationery.
dulu guna bekas lain, now bekas lain pulak.
atas tu yg kertas pepel tu hasil kerastangan dari Amni.
buat kad hari ibu kat skolah.
mama lekat kat meja kerja sebab dia masukkan dlm handbag hari tu.
tq kakak!
sebelah tu buat lekat sticky notes.
gambar spongebob.. hahahah
sekarang aku guna bekas mcm ni pulak.
beli kat Daiso
aku ambik 2 saiz.
beli mcm ni sebab boleh ditindan.
sebelah kiri bekas yg kecik sket, isi pen, pencil semua.
sebelah kanan, besar sket isi segala jenis kepit, stapler, gam, sticky notes and lain2 yg berkaitan.
calculator pun ada...
dulu aku guna bekas pencil yg jenis tinggi tu.
saja ubah angin guna yg ni pulak.
susah nak ambik jugak ni, tapi takpelah..
dah lama pakai yg tu jemu pulak tengok.
utk stationary yg lain tu dlu guna bakul kaler biru.
lebih kurang je saiznya.
bekas tinggi tu dah lama, sejak aku mula kerja.
masih berbakti. hehehe.
tak tukar lagi. senang nak isi segala klip kertas, mata stapler, pin smua tu sebab bnyk partition.
pisau, gunting, pembaris letak kat atas.
cawan besar kat sebelah tu hadiah besday dari adik aku.
letak puncher, cop and stamp pad. yg besar2 sebab senang nak ambik.
kesayangan semua ni..
hehehe..
suka frame ni, dah bertambah2 gambar.
sebelah tu tabung aku.
dah penuh, dah tukar yg baru.
tu je atas meja aku.
ada lagi sebelah hujung sana, tapi takleh share semua.
privasi opis.. ehehe..
Kemas aja
ReplyDeletekadang2 je.. haha
Delete