Wednesday, October 07, 2015

Agar2 oat+kurma

menu Aniq.
dia suka agar2, tapi takleh keras sgt.
kena lembik2 je.
umor bawah setahun tak bnyk pilihan sgt sbb bnyk yg tak blh makan lagi.
aku ubah2 jelah ikut cara aku.
selalu aku buat agar2 oat+kurma je.
kali ni tambah susu sket.
aku guna susu Aniq jugak.
tak bg fresh milk lagi kat dia sebab masa buat ni dia belum setahun.

nak buat pun senang je.
bahan2 cuma agar2, oat, susu, air dan puree kurma.
guna agar2 jenis stripe ye.

masak agar2 dgn air sampai agar2 tu hancur.
pastu masukkan oat.
agak2 la nak bnyk mana oat tu dengan air tu.
pastu masukkan puree kurma.
aku memang ada stok puree kurma, so senang keja.
cedok je.
then tambah susu.
susu segar boleh, susu formula boleh.
susu ibu je takleh.

kacau2, agak oat dah lembut, blh tutup api.
pastu masukkan dlm bekas.
aku guna tipuware kecik2 senang utk skali makan.
lagipun buat lembik, kalau bekas guna bekas nak potong susah.



dah keras.
aku letak kat bahagian atas peti ais, kat tempat beku.
nak mkn esok, mlm ni bawak turun ke peti ais bawah.
sebelum mkn tu keluarkan dlu bagi sejuk.
mkn sejuk2 kesian kat Aniq pulak kan?
kalau nak cepat, rendam je air panas.
senang keja.

yg ni bekas aku beli kat daiso.
4 ketoi rm5.
lama dah ni, dari zaman kakak lagi.



bahagian bawah, nmpk oat tu.

Aniq suka agar2.
habis sebekas dia makan.
setakat la ni, ni jelah agar2 yg aku buat utk dia.
pasni kena pikir perisa lain pulak.
kang dia jemu pulak asyik sama je kan?

korang ada menu agar2 utk budak bawah 2 tahun ni?
share ar...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...