tgk kat APIMS, dah berkurangan sikit.
Alhamdulillah..
hari ahad lepas agak teruk.
duk kat luar rumah mcm ada bau asap terbakar.
walau tak kuat tapi ada.
cuaca pun redup je.
syok sebab tak panas, tapi kalau keluar, hoih bahaya.
sidai baju pun sampai ke petang baru kering and bau tak best sebab jerebu kan?
moga lepas ni pihak bertanggungjawab pikir la cara lain yg tak menyebabkan bencana mcm ni.
kesian ke org ramai kut.
bukan efek ke negara korang je, dah sampai ke negara lain.
yang dah meninggal dunia sebab kesan jerebu pun ada.
korang boleh baca kat news semua tu.
geram and simpati.
bulan lepas, ok lagi kat Perlis ni.
walau ada jerebu tapi tak la teruk.
minggu ni mmg agak teruk.
kesian ke budak2 and org tua yg ada penyakit penat ke asma ke.
kena avoid outdoor activity.
sekolah dah bagi cuti, duduk dalam rumah diam2.
sekolah bagi cuti sebab kang kata kejam pulak suruh g skolah jugak dah jerebu tebal kan?
mak pak ambik cuti bukan nak jaga anak kat rumah, dah keluar berjalan pulak.
pastu bila sakit ke apa, demam bagai, salahkan org.
eh eh eh....
tak paham aku.
tadika Amni pun tutup jugak 2 hari ni.
so, pegi rumah pengasuh dgn adik skali.
seb baik dia ok je, takda nak memboring ke apa.
lagi suka sebab tak yah g skolah.
opis tak tutup ye.
so, takyah nak stress2.
duduk buat keja diam2 dlm opis.
aku mmg duduk rumah je, duduk dlm rumah.
sabtu ahad, tak g memana.
keluar rumah nak sidai kain je..
hahaha.
oh, keluar jap petang sabtu beli kasut Aniq.
anak2 pun main la dlm rumah sudah.
dlm situasi mcm ni mak2 kena alert la.
kena pikir kesihatan dan keselamatan anak2.
nak2 anak kecik kan?
kalau tak sihat ke apa nnt, susah jugak.
sebelum jadi apa2, baiklah kita berjaga2.
plan nak g jenjln pun tak payah la.
walaupun minggu depan cadang nak pegi.
kita takleh nak jangka cuaca ni mcm mana.
ayah pun tak sihat sgt, kadang2 mcm nak penat katanya.
dia ajak g kl, tapi skang ni kansel lah.
nnt2 lah kita pegi bila cuaca dah elok.
ok, nak share langkah2 yg boleh kita ambil masa jerebu ni.
jgn ingat cuaca tak panas, redup je boleh bersuka ria kat luar.
no no.
ni jerebu ye, bukan kabus.
ada habuk, bukan wap air, so bahaya.
nnt mudah kena demam, selsema, sakit mata bagai.
Nasihat Semasa Jerebu:
- Semua pihak dinasihatkan agar tidak melakukan pembakaran terbuka atau membiarkan tanah atau premis kepunyaan mereka dimasuki atau dicerobohi oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab sehingga menyebabkan pembakaran terbuka untuk tujuan tertentu atau dengan tidak sengaja.
- Orang ramai juga diminta bekerjasama untuk memadam kebakaran-kebakaran kecil dan juga melaporkan kes-kes pembakaran terbuka atau kebakaran kepada Jabatan Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat di talian 999 dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) di talian bebas tol, 1-800-88-2727.
- Mereka yang mengalami penyakit-penyakit seperti batuk, selesema, asma, sakit mata, sakit jantung atau penyakit paru-paru yang kronik hendaklah datang ke klinik dengan segera jika keadaan penyakit bertambah buruk.
- Mereka yang di dalam kumpulan berisiko tinggi hendaklah sentiasa mengambil ubat seperti yang dinasihatkan.
- Penutup hidung dan mulut (mask) hendaklah digunakan oleh semua penunggang motosikal, mereka yang bekerja di luar bangunan atau di tempat-tempat yang berhabuk dan juga mereka yang dikenalpasti sebagai kumpulan berisiko tinggi.
- Sejauh yang boleh, orang ramai dinasihatkan supaya tinggal di dalam bangunan atau rumah.
- Kurangkan aktiviti-aktiviti di luar rumah seperti sukan.
- Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa membasuh muka dan bahagian kulit yang terdedah kepada jerebu dengan air bersih.
- Gunakan kemudahan hawa dingin sekiranya menaiki kenderaan anda.
- Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa meminum air yang banyak, sekurang-kurangnya 8 gelas sehari.
- Sekiranya keadaan jerebu berterusan pada tahap berbahaya ,mereka yang berisiko tinggi dinasihatkan keluar dari kawasan tersebut.
- Orang ramai juga diminta untuk menyalakan lampu kenderaan semasa memandu apabila keadaan berjerebu dan jarak penglihatan berkurangan.
No comments:
Post a Comment