KERANA SEDEKAH, REZEKI SEMAKIN BERTAMBAH
Sedekah tidak dapat di kira dengan menggunakan formula matematik.
Jika
dalam matematik, setiap duit yang kita keluarkan akan mengurangkan duit
poket kita. Tetapi tidak sama dengan konsep sedekah di mana setiap duit
yang kita keluar untuk tujuan sedekah akan meningkatkan duit poket
kita.
Masih ramai yang tidak percaya tentang kekuatan sedekah dan ini melibatkan iman seseorang.
Tahukah Anda:
Kebanyakan
orang kaya atau jutawan mempunyai sikap atau tabiat suka sedekah bukan
selepas mereka jadi kaya, tetapi sebelum mereka jadi kaya lagi.
Ini menunjukkan bahawa sedekah adalah salah satu cara untuk memudahkan kita untuk menja dijutawan dengan izin-Nya.
Konsep
sedekah bukan sahaja diamalkan oleh umat Islam, tetapi semua agama di
dunia ini juga menganggap sedekah adalah satu amalan yang mulia.
Dan yang paling penting, anda tidak akan jadi miskin dengan bersedekah.
Penambahan Rezeki:
Rezeki
yang dimaksudkan bukan sahaja dari segi duit tetapi semua perkara yang
member manfaat kepada manusia seperti mendapat cahayamata, mendapat
hadiah dari kawan, badan yang sihat, bahagia dengan keluarga dan banyak
lagi.
Cuma, masih ramai yang menganggap bahawa rezeki hanya dalam
bentuk duit lalu mereka juga tidak menadah kesyukuran atas nikmat yang
diberikan.
“Sesungguhnya orang-orang yang bersedekah baik laki-laki
mahu pun perempuan dan meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik,
nescaya akan dilipat-gandakan (ganjarannya) kepada mereka; dan bagi
mereka pahala yang banyak.” (Qs. Al Hadid: 18)
Selain itu, badan
yang sihat juga adalah satu bentuk rezeki yang patut kita syukuri kerana
kita sendiri tahu bagaimana seksanya berada dalam keadaan yang lemah
semasa demam atau terlibat dalam kecelakaan seperti kemalangan.
Sedekah untuk orang kaya?
Sedekah sebenarnya bukan sahaja untuk orang kaya tetapi juga untuk orang yang ingin menjadi kaya.
Satu
perkara yang perlu kita ingat bahawa, orang kaya lebih mudah untuk beri
sedekah.Olehitu, jadikanlah cita-cita atau impian kita untuk menjadi
kaya supaya kita lebih banyak bersedekah.
Semoga artikel kali ini member manfaat kepada kita semua dan dapat membuka minda kita supaya kita akan lebih banyak bersedekah.
-------------------------------------------------------------------------
aku share bicara dakwah dr opis aku yg latest.
ada lagi yg sebelum ni, tapi lupa nak share.
yg ni mujur tak clear email lagi, so sempat lah copy.
bab sedekah ni, kita semua tahu betapa besarnya fadilat tu.
aku pun cuba utk lebih memberi tahun ni.
and jangan berkira utk memberi.
bukan apa, selalu bila tgk org minta sedekah, haa mula la rasa nak beri ke tak?
sebab kadang tgk sihat tubuh badan elok je, tapi kenapa minta sedekah?
kenapa tak kerja kan?
kenapa nak cari jalan mudah, minta sedekah, menagih simpati org..
haishhh..
ada aku bertanya kat sorang ustad ni, kawan2 aku jugak.
dia kata was2 dlm sedekah tu syaiton lah punya kerja.
takpalah dia nak minta sedekah, malas kerja ke apa tu.
tu semua urusan dia dgn tuhan.
kalau dia menipu sakit ke apa ke, then menagih simpati org minta sedekah bagai, tu urusan dia dgn tuhan.
kita yg memberi tu, sebab kita tgk dia susah.
dia tipu lantok sana...
dia tipu dia dosa, dapat sedekah org bagi, berkat ke tidak utk diam tu urusan dia dgn tuhan.
yg penting kita ni ha.. dah bersedekah..
tu urusan kita.. tunggu je ganjaran dr Allah..
nak ikhlaskan hati mmg susah..
takpa, slow2 lah, nnt ok..
then, bila bersedekah, tak payah nak khabar ke semua org.
bak kata org tangan kanan memberi, tangan kiri tak tau pun.
faham kan?
sedekah, selalu beri org mkn, besar rahmatnya.
marilah kita sama2 usahakan..
ada sikit, bagi sikit..
ada bnyk bagi bnyk.
dlm rezki kita ada rezki org lain juga.
jangan berkira utk memberi..
sama2 kita cuba and jadikan amalan.
seringgit pun tak da hal, asal ikhlas..
No comments:
Post a Comment