Monday, February 27, 2017

Sayang anak tinggal tinggalkan...

saja nak cerita kisah mak2..
bebel pagi2..

minggu lepas aku pegi KL.
unplanned sebab nak menzirah mak sedara aku sakit.
kanser, stage 4.
dah lama dia struggle, dah kimo segala bagai, tapi kami sedara mara kat sini tak tahu.
sebab diorg mmg tak bgtau.
last week dia tiba2 kena sawan then kena admit kat Institut Kanser Negara sebab hospital tak boleh handle.
rupanya dah naik ke kepala kanser tu.
Allahuakbar...
agak serius, so paksu aku tu call bgtau abang2 and kakak2 dia.
paksu is adik bongsu abah aku.
tak berapa rapat sebab dia kat Semenyih sana.
tapi diorg sefamily baik sgt.
walau jauh setahun tu ada la jumpa 2-3 kali camtu.
so bila tau keadaan maksu, semua di sini nak ke sana nak menziarah.
aku pun laju2 apply cuti on Friday.

mak sedara yg sorang pegi awal sket, hari Rabu.
kami pergi hari Jumaat.
kami berenam, aku, adik aku, Amni, mak aku and 2 lagi mak sedara.
Aniq aku tak bawa, tinggal dengan papa dia.
topik hari ni, pasal tinggal anak ni ha..
saja nak share pendapat aku la.
yg tak setuju, sokay..
masing2 ada pendapat dan cara masing2 kan?

bila tau maksu kena admit kat IKN, then plan nak pegi pun last minit, so aku decide tak nak bawa Aniq.
Amni ok, aku bawa.
takkan dua2 nak tinggal ke papa, mau ada yg terbalik rumah nnt.
hahaha.
pegi tu 3 hari 2 malam, Jumaat sampai Ahad.
diskus dgn papa, dia pun tak bagi bawa Aniq, tinggal dgn dia jelah.
ralat jugak, rasa nak bawa dia sama.
tapi kalau bawa dia papa kena ikut.
masa pegi tu belum gaji, nak naik ETS, so kena pikir modal jugak la kan?
papa pun kata makan modai jugak ni kalau ramai. hihi..
mak aku kata ok ja sebab ramai yg pegi ni, blh tenggok2 kan Aniq.
aku mcm ermmmmmmmmmmmmmmmm....
kena papa ada sebab papa sado leh ligan Aniq.
hahaha.
papa dia jenis dukung Aniq kalau pegi mana2, biar lenguh tak pa dari nak kena kejar Aniq sana sini.
sebab budak tu mana la nak duk diam.
diam dia dlm 15 minit awal ja sebab nak buat kajian dulu.
dah setel usha2, ha siap laaaaa.
dah nak pegi naik ETS, aku rasa kang dia dk tawaf dalam tu, mampoih nak ligan.
papa takda, aku la jadi mangsa nnt.
lagipun nak pegi bukan nak seronok2, nak  menziarah org sakit.
bukan kat hospital biasa, tapi kat Institut Kanser Negara nu.
yg dah sah2 tau budak kecik takleh masuk.
then, how about Amni?
sokay la dia dah besar sket, dah senang nak handle, dah dengar cakap kan?
blh gilir2 tengok dia dgn adik or mak aku.

ada la yg tanya kenapa tak bawa Aniq sama hari tu.
kesian dia kena tinggal..
rasanya kalau bawak pun kesian jugak.
sebab bukan pegi seronok2, tapi nak pegi tgk org sakit kat hospital.
lagipun pegi kejap ja, kang dia pun sama letih duk ulang alik.
aku pun dah pikir begitu begini dah sebelum buat keputusan tu.
kalau anak yg dah biasa travel lain lah kan?
kang pegi sekejap mcm tu, pastu duk ulang alik bagai, sudahnya demam ke apa, susah jugak.
balik tu nnt aku masuk keja dah.
Aniq mcm mudah demam jugak compare to Amni.
sudahnya yg terbaik is tinggal dia dgn papa.
lagipun duk dgn apak dia kan, bukan dgn org lain.




2 ketoi kesayangan mama papa.
harta dunia akhirat ni..

nak buat apa2 kena pikir panjang kesan ke anak2.
aku ni sejak dapat Amni agak paranoid bab nak bawa anak ke mana2.
Amni dlu beranak tak cukup bulan, so bertambah2 la paranaoid kan?
hahaha. doc pun pesan kena jaga lebih sebab takut antibodi dia tak kuat.
percaya tak, aku tak pernah bawa dia pergi pasar mlm dari dia baby sampai umor setahun?
kalau pegi pun, sorang turun beli barang sorang pegang anak dlm kereta.
nak bawa masuk pasar mlm, mmg tak.
serius!
sebab kat situ, mcm2 org ada, mcm2 asap ada, then macam2 lah..
tak bagus utk baby, so tak payah la.
sometimes aku tgk ada ja parents yg bawak baby duk merah lagi p pasar mlm.
adoii sedih wei.
tiba2 ada org hembus asap rokok suka2 hati, pastu asap masakan mcm2 tu.
kena ke anak, aku tak bule laaaa.
tapi kalau korang ok, sokay, but not me.
sampai sekarang, sangat jarang aku bawak anak2 pegi pasar malam.
kalau ada pun Amni jelah sebab balik keja terus singgah pasar malam beli barang.
kalau bawak dua2 pun, pegi beli laju2, then balik.
sesaja nak pegi pasar mlm bawak anak jalan2, memang tak sesekali.
tempat lain blh lagi la, kalau pasar malam, hmmmm.
sebab aku pun tak suka nak jalan2 kat pasar malam tu.
kalau pegi, beli barang laju2, pastu dah.
aku paling tak suka part org yg pegi pasar mlm, sambil jln kat dalam tu sambil isap rokok.
rasa nak lempang sekor2.
org punya ramai duk bersesak, depa rilex ja hembus rokok kiri kanan.
stupid!!

mak pak aku pun ulang2 pesan tak bagi dedahkan anak ke luar sgt masa dia baby.
dulu nak pegi mana2 Amni aku tinggal ke mak aku.
nak pegi beli barang ke apa camtu la, tinggalkan sekejap.
abah aku pun marah kalau bawak anak pegi jalan2 kat mana2, panas ke apa.
tinggal sini anak tu, hampa p la jalan.
gittewwww..
tapi aku takda la selalu tinggalkan anak nak pegi jalan2 tu.
aku bukan jenis suka berjalan sgt pun, duk rumah ja.
kalau ada hal je baru pegi, kalau tak lepak rumah ja pun.
sebulan sekali nak keluar jalan2 pun jarang aku ni.
serius aku malas.
sekali sekala tu ok la, kalau every weekend mmg  tak la.
malas nak dedahkan anak kecik keluar sgt.
kang panas, pastu nak kalut2 handle anak, oi tak rajin..
hahaha.
kalau pegi shopping mall ok la tak panas kan?
tempat lain pun blh ja, cuma kalau baby kecik lagi tu kalau boleh tak payah la.
kesian ok.
ada mak pak yg mcm rilex ja bawak baby pegi pasar malam, pegi pantai la, zoo la..
panas weiii kesian anak.
baby kecik mana tau nak bgtau panas ke tak selesa ke hapa.
mak pak beriya syok jalan, pastu nnt balik anak demam la menangis ke apa..
kesian.

kadang lepas pantang, ha dah bawak baby pegi jalan jauh2.
travel sana sini.
org lain maybe ok, but aku tak.
dah 2 anak, mmg tak bawak kemana2 sampai diorg besar, setahun camtu.
bila diorg dah reti main la kiranya.
sebab nak diorg selesa.
sementara diorg nak biasakan diri kat dunia ni, then kita pulak bawak diorg travel jauh2.
nak biasakan diri dengan cuaca, suasana semua tu.
bila diorg tak selesa, menangis la.
pastu mak pak pulak stress anak menangis.
anak2 aku travel pun pegi umah baby sitter, pegi umah mak pak aku or sedara ja.
sangat jarang aku nak bawak pegi mana2 masa diorg baby.
dah hampir setahun tu ha ok la, dah besar sket.

dulu masa Amni umor 4 bulan kut ada jemputan kenduri kat Sungai Petani.
aku dah ehh macam mana ni nak pegi ke tak..
sebab kenangkan dia kecik lagi. risau gak la nak bawak pegi travel jauh kan?
takda la jauh sgt, dlm 2jam ++ camtu, the pegi balik hari ja.
mmg la duduk dlm kreta ja, then sampai rumah kenduri.
sudahnya sehari sebelum kenduri aku demam, so tak dapat pergi.
huhu..
kalau jemputan kenduri, sesuai dgn keadaan dan baby tu sendiri, ok la nak pegi kan?
lagipun nak jumpa sedara mara, blh jugak diorg tgk anak kita.
kalau sesaja nak g jenjalan tu, tak kut..



cik kembong yg selalu buat mama urut dada.
dengan Aniq lagilah jarang bawak dia keluar kalau tak cukup korum iaitu papa.
masa Amni around 2-3 tahun tu, kadang2 ada jugak kami keluar jalan2 berdua.
walau dia kecik lagi, tapi dia senang nak handle.
kadang g mkn kepsi berdua, g jalan2 kat kedai ngan dia bila boring2 masa papa takda.
tu pun tak selalu sebab aku tak nak biasakan sgt keluar jln2 ni.
kang asyik ajak keluar haa menjawab kau.
dengan Aniq tak boleh buat camtu.
nak dating berdua or bertiga dengan kakak dia, mmg mak surrender.
kalau ada papa ok.. kalau tak duduk rumah sudah.
dia ni aktif sket.. well, baby boy kan?

tak salah bawak anak keluar, sebab nak kenal kan diaorg dgn dunia luar.
nak bergaul.
tak salah.
salahnya kalau salah tempat and masa ja.. heheh.
aku pun selalu jugak bawak diorg pegi playground petang2.
tapi takda la selalu.
cumanya biar kena masa dan tempat.
anak ni kalau kita kurung dlm rumah pun tak bagus jugak.
kena biar diorg main, explore dunia luar.
kalau balik rumah mak bapak aku, ha memang duk berlari kat luar ja.
kadang main batu la tanah la.
tapi pastu, basuh la, mandi bersih2.
janganlah sampai anak duk berjemur tengah panas pulak kan?

ni pendapat dan cara aku lah.
org lain mungkin lain caranya..
budak2 ni kalau dapat keluar sekali sekala wahhhhh seronotttt.
tapi main kat rumah pun diorg enjoy ja.
banyak ja mainan and ada ja aktiviti yg blh buat.
Amni pun tak da nak ajak keluar hari2 pegi jalan2 ke apa.
sebab aku tak biasakan.
ada ja anak kawan aku yg anak dia tak suka duduk rumah.
asyik ajak keluar, sebab dah biasa keluar tiap minggu.
sudahnya, mak takleh lepak rumah lama2.
hahaha..




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...