Thursday, March 02, 2017

Bekam Sunnah

dah lama teringin nak berbekam.
sebab bnyk kebaikan bekam ni.
tapi takuit..
hahahaha..

bulan 1 hari tu, rasa mcm eh jomlah nak bekam jugak.
kena try jugak ni.
kawan aku, 1st time try bekam and crita tak sakit pun.
best, badan ringan ja lepas bekam.
so, jomlah kita cuba.

kebetulan tu sebab tempat bekam tu kat area Changloon, tak  jauh dari opis aku.
buka pada hari Jumaat, tu salah 1 faktornya yg aku suka.
hehe.
jumaat kan rehat lunch lama, so jom kita buat appointment.
ambik no phone kat kawan aku tu, then whatapps utk buat appointment.
opismate aku, Siti pun nak join.
so moh le kita..



kebaikan berbekam.
sekarang ni dah banyak pusat bekam yg ada kan?
sebelum pergi tu tanya org dulu mcm mana.
utk keselamatan dan kebersihan kita juga.
so far tempat yg aku pergi ni, ok.
islamic lagi...
tengok tempat pun bersih, alatan pun bersih.
ada tempat bekam, tak cuci yeh cawan tu..
hati2 okeh..
oh, nama akak yg buat ni Kak Gee.
kalau patient lelaki, suami dia yg buat.
dia buat kat rumah,ada bilik khas and selesa.
1 bilik, boleh buat 2 org.
hari tu, dia dan anaknya yg serve kami.
sebelum start siap baca doa dulu..
masa buat tu pun pasang ayat2 al-quran, tenang ja rasa.
aku takut gak kut2 sakit. huhu..
so far ok, tak sakit pun.
geli ja masa cucuk2 jarum kecik tu.
serius tak sakit.



aku buat bekam badan.
16 cup kat belakang.
belakang badan, pinggang, kaki semua.
pastu buat jugak bekam muka.

Bekam badan 16 cup = RM60
Bekam muka 6 cup = RM40.
so total hari tu RM100.
proses dlm 1 jam.

Kak Gee pesan, makan siap2 sejam sebelum berbekam.
waktu yg elok berbekam ialah tghr sebab darah kita panas.
sebelum cucuk jarum, dia akan sapu minyak dlu kat belakang utk lembutkan kulit kut.
wangi je bau minyak tu.
pastu mula proses bekam.
ada 3 round.
1st round, dlm 10 minit camtu.
pastu buka cup, cuci darah then sapu minyak lagi.
pastu cucuk, then pasang cup balik.
ulang2 step tu.
utk bekam muka, sama juga.
aku pesan jgn depan sgt kat nmpk pulak kesan bekam tu.
so, dia buat kat depan telinga, atas dahi dan dagu.
bila pakai tudung tak nampak la kan?
hehehe..

darah yg kluar bnyk wohh.
terkejut gak la aku.
darah merah pekat dan berlendir sket.
ada org keluar darah hitam tau..
kalau bnyk penyakit, ha lagi lahh.
aku ni takda penyakit apa pun, saja berbekam utk kesihatan.
duk letih2, lenguh2 badan kan, so cubalah.
kat bahagian pinggang and kaki, tak bnyk darah yg keluar tapi angin.
kalau angin, cup tu nnt berwap putih.
kawan aku tu, bnyk angin yg keluar dr darah.
aku bnyk darah dr angin.
paling bnyk kat sebelah telinga and leher.
dekat telinga katanya urat stress.
stress sangat ke kau kak yah..
hahahahah.

lepas bekam, badan rasa ringan.
best..
kesan bekam tu, 2-3 hari hilang la
depends on jenis kulit la jugak.
ada org kejap ja dah hilang.
aku makan 3-4 hari jugak baru hilang betul.
but sokay, bukan nampak pun kan?
Amni punyalah takut tengok kesan tu.
aku cakap hantu gigit mama, menangis2 dia.. hahaha.
kawan aku tu asyik kentut2 lepas bekam.
bagus la kan, buang angin..

Kak Gee kata kalau yg ada penyakit (kena tgk jenis penyakit) blh buat sebulan sekali.
kalau yg takda apa, buleh buat 3 bulan sekali or 6 bulan sekali.
org yg ada penyakit gout, artritis, lenguh2 badan bagus buat bekam katanya.
ada sorang pompuan tu dtg, katanya dah beberapa kali gugur.
muka pun pucat, badan tak kuat.
so dia buat bekam beberapa kali, and lebih sihat.
bagi yg ada resdung pun disaran buat bekam.

apa pun, kita usaha, selebihnya serah kepadaNya..
dengan izinNya apa jua penyakit boleh sembuh kan?
lagipun ini salah 1 sunnah Nabi kita..

bgtau ke mak aku, kemain dia risau.
kang pitam camna?
darah tu buang mana?
hahahah.
takdanya nak pitam tok umi oii..
bukan mcm derma darah tu, sampai 1 beg keluar.
ni kluar sket2 ja, lap pakai tisu ja pun.
takda la sampai meleleh2 darah tu..
sebab tu buat 3 round, 1 round dlm 10 minit ja.
kalau terus setengah jam sekali buat, silap2 penuh cup tu dgn darah..



selepas sehari..
tak terang sgt dah, tapi kat belakang tu terang la kesannya.
utk muka, cup kecik saja.
kat badan cup besar sket..
husband tgk, dia pun teringin.
dia pun jenis angin bnyk dlm badan.
nnt boleh pergi sekali.

korang pernah berbekam?
jom sama2 buat amalan sunnah..
utk kesihatan kita..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...