Assalamualaikum..
tak bnyk cerita pasal anak teruna aku kat blog ni.
dlu, asyik2 cerita pasal kakak dia je keluar.
almaklumlah, anak baru sorang masa tu.
dah anak 2 ni, ehhh jarang pulak cerita kan?
takdan wehhh..
anak lelaki sangat lah berbeza dr anak perempuan.
kau mula dgn anak perempuan, pastu dpt anak lelaki..
haaa masak!!
hahahaha
so far, pada aku , Aniq tu oklah. takda lah aktif nau sampai sukar nak kawal ke apa.
mak pak aku pun kata, biasalah budak laki buas gitu.
takda lah sampai tak reti dgr arahan, menjerit meloncat tak tentu hala tu.
no no..
cumanya kita rasa berbezalah sebab yg atas tu girl kan?
kakak dia dlu lemah lembut sket la walau tak la soft sangat kekdahnya.
cumanya bukan jenis memanjat ke melompat ke apa.
aktif tu tetaplah walau namanya anak perempuan. budak nak besar kan?
meh anak lelaki ni, hmmm...
nak keluar dr kereta, tetiba zapppp terjun keluar. kalau kakak dia, turun elok2 lah kan dari kereta.
dia ni, terjun terus.
kakak main masak2, dia main bola sepak merata.
kakak jln pegi dapur, dia lari lompat bagai takdanya nak jalan. lambat. haha
bila layan tv, kakak duduk diam je kat sofa.
dia, kejap berdiri, kejap sandar, kejap tungging pusing merata.
tak reti duk diam. hujung kena jerkah dgn kakak sebab asyik pusing merata.
tu tak kira kadang dia berdiri depan tv terus. terpacak situ tak bergerak kalau gambar yg dia suka.
gambar lama ni.. nak pergi checkup kat klinik kesihatan.
rajin betul nurse klinik call suruh bawak anak pergi check up walau dah 2 thn lebih. dah habis vaksin pun, suruh pegi jugak. nak tgk perkembangan anak. tanya anak dah bercakap ke, mkn cemana, apa dia buat semua tu.
anak2 aku tak risau. bercakap dulu, baru jalan. hahaha.
budak ni, talkative sangat.
mulut mcm murai kadang2 tu. kalau kakak dlu murai, yg ni murai tercabut ekoq.
mulut bnyk sangat. so many question here and there. kadang2 seronok layan. tapi bila ko letih, sakit kepala, tgh drive pulak, dia duk cakap mcm2 rasa nak tunjal jugak la. hahahah
kalau dia takda, memang rasa sunyi sangat compare to kakak.
sebab now kakak dah besar, kadang2 dia buat hal dia, main sorang2 diam je. budak ni mana reti diam.
kadang2 adik aku ambik budak2 ni g rumah dia. Amni sukalah kalau dapat pegi tidor umah maknjang dia tu sbb ada yg rajin melayan dia. kalau pegi sana, kadang tak nak balik nak tidor sana. tapi, adik dia suruh ambik. dia nak main dgn aman. hahahha.
aku pun takleh kalau takda dia, sunyi.
adik dia ni mmg takleh tengok kakak dia duk diam. kang dia ajak main. memula main elok, hujung2 gaduh la. sebab dia suka mencetuskan kekecohan.
sabaq jalah kakak pun. kadang dia mengalah, kadang dia tunjal jugak adik dia tu. kekekeke.
mak ni la yg kena jadi ref. dua2 kena kalau tak kena gaya.
september ni dia 4 tahun dah.
klau ikut mcm kak dia, 4 tahun dah pegi taska. tapi dia belum lagi.
sebab kesian ke pengasuh dia tu, kang kalau dia pegi, takda budak dia nak mengasuh. so, postpone ke tahun depan baru masuk taska.
Aniq ni close sgt dgn maklong da dia tu. kesayanganlah kiranya ni.
jiran situ pun semua suka ja melayan kerenah dia. kalau ada hari tak pegi tu nnt pakat kata sunyi la Aniq takda. tak dak gang nak sembang.
sebab tulah dia ni mulut ramai sebab ramai yg rajin melayan dia sembang. mulut dah mcm org tua.
dia pun mudah je masuk dgn org baru. tapi takes time sket la. biasalah budak2 kan sementara nak panas. memula malu sket, dah lama, hmmmmmmm... tak terkawal.
Aniq more close dgn aku.
kalau kakak close dgn apak dia. so, balance lah.
sebulan 2 ni, pagi2 dia suka buat perangai sket. nak mama nak mamaaaaaaaaaa.
pagi2 aku hantar kakak dia pergi skolah then trus pegi kerja. dia jaga mama takda, keriauuuuuuuuuuuuu. stress apak dia nak layan. sehari 2 ok lagi la, ni hari2 mcm tu.
dia bukan morning person, tapi bule pulak dia jaga awal masa kakak duk siap2 nak pergi skolah. bangun awal, keriau nak mama nak mama.
last week apak dia malas layan, suruh aku hantar Aniq pergi rumah pengasuh. kemain seronok la dia krenyeh ja. kakak pulak takmo pergi ngan apak dia sbb kang apak dia lambat. dia nak pergi awal.
so apak pun pas solat subuh takleh tidor dah. padan mukerrrr
Aniq pada aku senang jaga.
cumanya adalah beza dgn kakak dia. tapi so far, semua ok ja. makan minum, semua mudah.
setakat la ni, sihat tubuh badan. demam2 tu biasalah tapi tak kerap.
cumanya dia ni mudah sembelit. kalau minum milo, hmm siaplah nak2 milo kotak. menangis2 nak berak. hari apak dia kasik milo kotak, esok tu siaplah. aku tak larat pesan dah. hari tu dia tgk sendiri mcm mana anak dia keriau, terus tak beli dah. kalau minum milo yg bancuh sendiri ni takpa sebab selalu aku bancuh cair2 je. kalau kat kedai biasa minta milo o je, then aku campur air kosong pulak.
lain2 dia ok..
budak nak besar ni, baya2 dia jenis mudah mengikut.
apa diorg dgr apa diorg tengok, haaaa kang cepatlah mengikutnya. jgn lah ko duk cakap bukan2 buat pelik2 depan dia. kang kejap je, dia ulang dah.
ayat feveret skang ni " nampak mami hepy? " sabaq jalah aku..
ni kes tgk ceria megastar la ni..
peminat super hero ni. ultraman, batman spiderman smua lah. jantan kan...
suka bola sepak, suka main kereta, lori, bulldozer semua.
standard budak lelaki. kadang2 join jugak kakak main masak2, main mak2. hahahaha
waktu baik, main elok la.dah lama, hmmm berceramok habis.
semoga Aniq terus membesar jadi budak bijak yaa...
No comments:
Post a Comment