Thursday, April 12, 2018

Kerja

Assalamualaikum.

aku tak pernah share pasal kerja aku kat blog ni rasanya.
sebab rasa mcm tak perlulah nak cerita.
hehehe.. aku bukannya eksekutif hebat pun nak share pasal kerja.
pekerja biasa je pun, heheh

aku mula kerja lepas habis buat diploma dlu.
memula keja kat pejabat kontraktor as a clerk.
gaji rm350 je, tahun 2003.
pegi balik keja naik bas. kat taiping nuu.
adalah dlm 3-4 bulan kut aku keja.
sementara nak tunggu konvo kan?
kat situ aku belajar kerja2 admin. how to manage file company. staf lama mcm hampeh susun file. aku kena buat balik semua sebab dia tak susun elok2 pun invoice, bil, quo semua tu.
semua tu ada, tapi tak tersusun. aku rimas, then aku buat balik semua file2 tu. then bos suka la sebab dia kata aku buat kerja bagusssssssssssssssss..
dalam pada tu aku apply sambung degree tapi tak dapat. kena pulak tahun aku apply tu, budak2 stpm ramai dan katanya didahulukan diorg so berhuhu lah aku tak dapat futher study.
masa tu semangat nih nak sambung terus taknak gap dah. tapi takda rezki lagi.
tapi, aku brenti keja jugak walau tak dapat futher study and balik kg.
memula mcm taknak brenti lagi, tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii sebab bini bos asyik la duk kacau aku, ingat aku ada skandal dgn laki dia. euwwwwwwwwwww.. tak kuasa!
aku ada bopren dah weh masa tu. hahaha. lagipun bos aku tu bukan muda pun and tak ensem sgt ponnn. kakaka. aku masa tu umor 22 kut, dia umor 45 klau tak silap. tak mo laaaa.
okes, sebab aku brenti kerja?
bos aku tu bini 2 dah kut. anak2 dia duk main2 je ngan aku, kecik2 lagi. pastu aku ni baik je ngan bini tua dia. tetiba ja dia duk kata aku ada skandal ngan laki dia. padahal dia duk stress ngan bini muda, aku jadi mangsa. so, sebelum benda jadik lebih huru hara, baiklah aku cabut. lagipun aku tak happy sgt keja situ. takda kawan. kat opis sorang2, kadang2 bos masuk, kadang2 staf kat site masuk. mostly aku sorang. boring weh... makan pun sorang2. dah la kawasan opis tu pun tak berapa best.

balik kg, sebulan 2 sebelum konvo, aku kerja kat kedai stationary kat Kangar. lama gak keja situ dlm 5-6 bulan kalau tak silap.
keja agak letih, sebab ada 3 cawangan. lepas tu kena susun2 buku, majalah, newspaper smua tu. banyak guna tenaga masa keja situ. letih la hari2. pagi2 setup kedai, mlm nak tutup kedai kena kemas pulak barang2 semua.
tapi enjoy.. sebab kawan2 semua ok, tokey pun ok. laki bini chinesse, tapi baik. gaji dalam rm450 sebulan. pegi keja naik motor. ulang alik dari rumah mak aku. kalau hari kerja malam, aku tidor umah mak sedara kat kangar. dekat sket. lagipun tak berani sgt nak balik jauh2 kalau keja mlm.
walau keja letih, tapi best!
hari2 jumpa org mcm2. yg datang beli buku, beli alat tulis, nak photocopy, nak binding.
so, aku belajar cara handle photocopy, perihal buku2 sekolah, dapat beli novel dengan diskaun staff price. yay! hahaha
aku suka sebab hari2 jumpa org yg berbeza. walau mcm2 kerenah pelanggan, tapi aku suka ja. hehe. takda la melampau nau kerenah tu smua. pastu kami smua jenis huha huha, so letih kerja tak terasa.
cumanya dapat la rasa pengalaman, kalau pelanggan yg datang tu kalau golongan kerja hebat sket, diorg treat kita ni mcm kuli je. tak la semua, ada la certain2 kelompok. hehehe...
seronok tgk kerenah pelanggan. lepas tu yg syok bila cikgu2 praktikal datang photocopy kat kedai. uiii menggeletis masing2. hahahah.. seronok menyakat masing2.

lepas tu, mak sedara aku bgtau ada kekosongan kat opis dia. jawatan pembantu tadbir and kontrak.
sokay la, cuba je minta mana tau dapat kan? tak pelah jawatan apa pun, janji keja ye dok?
apply sekali ngan 2 pupu belah sana, then dapat keja. yay!
gaji  masa tu, post N17, basic rm600++. campur elaun dapat lah rm900++ kalau  tak silap. tahun 2004 nu laaa. hehe...
jawatan pembantu tadbir unit khas task force di jabatan tanah dan galian negeri perlis. wow.. hahahha
ramai yg masuk utk unit khas ni. 1 malaysia ada. projek dari kerajaan pusat ni utk setelkan geran2 lama yg tertunggak.
kat sini lama jugak aku kerja, dlm setahun. kat sinilah belajar erti kerja yg sebenar. hehe.. kerja pejabat org tua2 kata. hahahah..
seronok kerja sini. sebab mcm2 hal kau hadap. dan sampai sekarang masih ingat memori kerja di sana. dgn kawan2 lama di sana pun still contact untill now.
kat sini aku belajar handle hal2 geran tanah. check geran, check sempadan, tau syarat2 utk mohon geran, pendek kata hal2 berkaitan tanah. hal tanah pusaka pun belajar jugak. sebab unit kami sebelah2 dgn unit pusaka. kadang2 bila staf yg jaga tu takda, aku gantikan dia kat kaunter. sebelum tu dah belajar apa yg perlu ada (dokumen) bila ada pelanggan datang ke kaunter.
banyak ilmu yg aku dapat bila keja kat situ. kawan2 pun semua best. mostly adalah sebaya. kat situ pulak, yg kerja bnyk org lama. then bnyk lah kita belajar dari diorg. cumanya cara kerja la agak berbeza. org lama kan, yg lagi 5-6 tahun nak pencen. tau lah cemana. hehehe
sokay la. yg muda ada cara dia. yg lama pun ada cara dia. kita kena respek and pandai seimbangkan.

oleh kerna status kami adalah kontrak yg tak di jamin ke post tetap, makanya pakat2 lah carik keja lain sesambil tu. aku pun sama. then aku antara yg awal meninggalkan team tu. memula bani kut, dpt offer kat uum. post dia sama mcm aku sekarang ni, bidang IT.
lepas bani, klau tak silap aku lah kut yg keluar. ada memo masuk opis pasal kerja kosong di opis aku sekarang. post pun kena dgn kelulusan yg aku ada. so, moh le mohon mana tau ada rezki.
then dapatlah panggilan interview. debar2 nak pergi okehhhh..
tak ingat berapa lama, dapat surat tawaran kerja. yayyyyyyyyyyyyyyyy..
tapi, tetaplah sedih nak keluar dari pejabat tanah tu. dekat setahun kerja wei.. dah seluruh opis yg 2 tingkat tu aku kenai. siap ada crush lagi kau. eh bukan crush, sesaja makcik2 tu duk kenenkan kami sebab both bujang kan. tapi takleh blah sebab dia slow aaaa. jenis lambat bertindak, senyum kut jauh je, malas ah aku. hahaha.
kita kawan2 jelah. setakat keluar mkn sesama je. pastu rasa takleh nak get along sbb lain character.
oh, masa ni dah single mingle dah. hehe. tu yg masing2 asyik mengenenkan je klau ada staf yg bujang. kerja ngan makcik2 kan, tu jelah yg diorg tau. sabau jelah..

November 2005, aku masuk kerja kat opis aku sekarang. memula post kontrak, lepas 2 tahun, renew kontrak. lepas 2 bulan kut, dapat post tetap. Alhamdulillah.
aku suka kerja aku sekarang ni. kerja dlm bidang yg kita belajar dan of coz kita suka lah kan.
walau post aku bukanlah pegawai besar, tapi sekurangnya kita menyumbang kepada organisasi kita kan?
mujurlah aku ditempatkan di jabatan utama universiti, so penglibatan tu bnyk juga. selalu terlibat dgn event besar walau cuma jk kecil. sokay la kan?
dapat kenal org, dan dapat belajar perkara lain selain kerja hakiki kita.
opis aku ni, kalau ikut jumlah staf, mau seribu lebih. kena pulak kami ni distributed campus.
kau boleh bayang tak cemana nak travel ke opis lain.
tapi Perlis ni, takda la besar mana kan. hehe. satu Perlis ada UniMAP.
eh, terbagitau dah kerja mana. hahahaha.
okes, itulah majikan aku, Universiti Malaysia Perlis.
kat Perlis ni, kalau sebut kerja kat UniMAP, haa nnt org tanya, kat kawasan mana.
pusing Perlis, merata ada opis UniMAP. hehe

memula kerja situ, oii stress. apa yg kita belajar dulu tu, tak sama pun dgn apa yg kita kerja. totally different. ada jugak rasa nak quit and balik ke pejabat tanah.
tapi, nnt gaji sikit la. hahaha.
maka bertabahlah. kerja kat mana2 pun ada ja cabarannya. kena pulak hati muda kan?
kena pandai edjas, pandai handle semua situasi.
emosi pun kena pandai handle okes.. jgn over sgt emosinya tu..
kena bnyk belajar. mula2 mmg la stress rasa nak maki org je. jiwa muda kennnnnnnnnn.. hehe
lama2 ha ok dah. learn from mistake and make it positive.
kerenah kawan2, bos, kerja, tu semua atas kita.
dah bertahun kerja, lama2 dah faham kerenah masing2, now aku rasa ok je.
janji aku buat kerja aku, bos puas hati, hati kita rilex tak stress, so ok lah.
tapi, kena pandai main peranan. kena jaga diri, jaga perangai kita. jangan buat org menyampah ke kita pulak. jangan ada perangai mengampu bos, kaki kipas, talam 2 muka semua tu.
big NO!


inilah 2nd family aku.
dlm sehari, separuh hari aku dgn mereka2 ni.. masuk kerja pkul 8, balik pkul 5.
seminggu 5 hari kerja.
masa di pejabat lebih dari masa kat rumah. heheh
suka duka bnyk bersama mereka2 ni semua. so far, Alhamdulillah opismate aku ni blh dikatakan semuanya okey!
ada hal sket2 tu biasalah. dah ramai kan, bnyklah kerenahnya. kita sendiri pun belum tentu semua org suka kan? cumanya buatlah perangai elok2, jaga hubungan baik sesama kawan2, Insyallah semuanya akan ok.. terasa hati sket2 tu, alah simpan dlm hati jelah.
bab kerja, so far semua ok. kami blh bekerjasama dgn baik. ada jugak kawan2 aku dr jabatan lain yg puji jabatan kami. sebab nmpk semua get  together, kerja sama2. Alhamdulillah.

datang silih berganti, ada yg kekal sampai sekarang ada yg dah berhenti.
kerja kerajaan ni tak sama mcm kerja swasta. nak brenti bila2 masa unless kau post kontrak.
once dah dpt tetap, nak brenti sesaja tu rugilah kan. rasanya semua org tau kelebihan kerja dgn kerajaan ni. kalau org tua dulu2, mmg suruh sangatlah anak2 minta kerja kerajaan sebab nnt ada pencen. hehehe
aku dulu pernah terpikir nak minta tukar ke organisasi lain. nak cari pengalaman lain lah kononnya.
tapi, bila kita dah stabil like dah ada family sendiri, dah ada rumah. selesa kerja, rumah mak bapak pun dekat, nak travel pergi kerja pun selesa, nak blk rumah mak bapak pun mudah, dah kenapa nak pindah pulak kan?
kang kena tranfer pergi negeri lain, haaaa acaner..
kalau kena transfer dlm perlis pun, rumah hujung sini, opis hujung sana, nak ulang alik tu ehhh malas jugak kalau jauh kan? hehehe
kiranya, selesa la sekarang ni.
ada rumah, ada kereta, ada family.
dari rumah ke opis, 25km mcm tu. jln clear tak jem pun. hantar ambik anak pun mudah je, sejln.
rezki Allah bagi, syukur.



range umor kami2 ni tak lari jauh. mostly dlm 30 an.
dlu masuk kerja, umor 20 an. aku sendiri dah masuk tahun ke 12 di sini. UniMAP ni dah 15 tahun penubuhan. seronok juga jadi org awal di sini. bnyk yg kita tahu dan kita tgk perubahan dari tahun ke tahun..

kerja kat mana2 pun ada cabarannya.
pada aku, kerja bnyk aku ok je. dari kau duduk saja tak buat kerja dah cemana ngan gaji kau pulak kan?
cumanya jgn tekanan dari hal lain. kita buat kerja kita, then ada yg mcm2 pulak. tu aku tak suka.
kerja bnyk, pandai2 lah kita handle cemana nak buat kerja kan?
so far, aku ok lagilah. da la hal sket2 tapi blh di kawal. takda la sampai tahap meroyan nak brenti ke apa. hehehe.
berbalik kepada niat kita. kerja tu ibadah, then tu punca rezeki kita. kalau kita kerja elok, tak buat hal, Insyallah semuanya akan jadi baik.
eceewah...
so far aku enjoy je dgn kerja aku ni. walau aku bukanlah penyumbang besar kepada pembangunan universiti ni. tapi kita tetap menyumbang kepada jabatan kita. so, kerja elok2, niat elok, semuanya jadi elok. kan?


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...