Assalamualaikum..
Salam 5 Ramadhan..
amacam puasa? ok ke semua? 😊😊
dah masuk 5 hari berpuasa.
puasa kami biasa2 saja. excited aku agak kurang walau belum seminggu puasa.
maybe sebab duk puasa Rejab dan Syaaban, dah masuk Ramadhan rasa biasa2. hehe
bukan tak excited nak bertemu Ramadhan yekk. excited bab makan tu jadi kurang. hahaha
pelik sangat ni..
setakat hari ni, takda hari yg tak mengaji quran lagi. Alhamdulillah..
aku ni jenis yg terancang punya org. tak suka benda unplanned nak2 last minit.
aku akan plan nak buat apa hari tu.
mcm bulan puasa ni, aku plan nak mengaji al-quran dan solat terawikh sebanyak mungkin.
moga Tuhan permudahkan..
weekdays aku mengaji bnyk2, weekend aku nak solat terawikh.
ikut tu hari2 nak pegi solat terawikh, tapi ada kekangan juga.
kesian ke Amni sebab dia sekolah. nak tgk makan dia, keja skolah dia. then klau aku blk solat tu lewat, kesian la kan. tak sempat nak belek semua.
kalau tak puasa tak pe, sebab tak letih sgt.
habis berbuka dah pkul 8 camtu.
pastu solat maghrib then nak kena siap2 ke masjid if nak terawikh.
blk pkul 10 mlm, dia dah letih dah.
kalau weekend xpa sebab esoknya tak sekolah. takda la terkejar2 sgt.
apaknya ada, tapi taulah kan bapak ni. hahaha
dia biar je anak dia nak tgk tv ke main je. kang buku skolah ha entah ke mana..
so, hari kerja tu aku akan mengaji quran dari lepas maghrib sampai isyak.
setel solat isyak, aku akan tgk Amni and Aniq. sesambil lipat kain if ada.
pastu tidor..
utk 4 hari puasa ni, lepas Subuh pun aku mengaji jugak. cover siap2 if lepas maghrib tak sempat mengaji sebab nak pegi solat terawikh. thats y aku kata aku suka plan sebab aku taknak skip baca al-quran. harap2 tu dapat sampai habis Ramadhan Insyallah..
solat terawikh baru 2 mlm dapat pergi. semlm tak pergi sebab balik berbuka rumah mak aku, then lepas isyak hantar adik aku masuk hostel.
hari sabtu lepas aku bawak Amni skali pegi terawikh. separuh ja dia buat, the rest dia rehat je sandar ke dinding.. letih dia kata. sokay kakak..
bab makan, so far masih terkawal.
terpaksa pergi ke bazar ramadhan sebab kesian ke Amni yg puasa tu. hehe
ikut hati aku, tak kuasa la hai.
dgn sesak org meremut, jln jem lagi. nak parking susah.
kat depan rumah aku ja bazar tu, jem hoii.
roundbout tu sesak jadinya sebab tahun ni mcm meriah nau bazarnya.
peniaga bertambah2.. menu tu, hmmmmm..
aku istigfar sesiap masa nak masuk tu kut nnt tak terkawal napsu. hahaha
so far berjaya lagi lah.
setakat ni, sehari 1 lauk saja. kami ni bila puasa, makan jadi tak berapa selera.
laki bini sama.
dulu tak kisah sgt makan apa. now Amni puasa kena pikir dialah.
budak baru belajar puasa kan? mak pak kena appreciate sket lah. hehe
ada hari masak, ada hari beli. dan masih terkawal tak berlebih2.
beli yg betul2 rasa nak makan sampai habis dan tau rasa cemana.
tgk ke fizikal tu, semua rasa sedap nak beli itu ini.
balik kang, dah kenyang air, hmmm terdampar kesepian la makanan tu.
takmo2.. mohon insaf ye.
jangan membazir. masak pun sama, ala kadar sudah.
banyak2 kang tak habis, sudahnya ke tong sampah je semua..
terpaling excited, budak ni lah.
hehe
puasa kali ni memang tumpuan lebih ke dia.
mak ni pompom girl duk bg sokongan utk dia puasa penuh.
ni gambar 1st day puasa. semangat kemain dia.
untill today, gerak bangun sahur mudah je.
takda nak merengek ke apa. bangun, makan pun ok.
tapi kena tanya la nak makan apa. so far, mudah je selera dia. cuma tak bnyk la dia makan.
1st and 2nd day puasa, tak penuh pun.
1st day cikgu bagi air masak masa pkul 3 sebab masing2 dah melepet. hahaha
cuaca panas cikgu kata, kesian tgk muka masing2.
takpelah baru 7 tahun kan.
cikgu bagi minum air je, tapi pastu sambung puasa balik.
balik rumah pun aku tak kasik dia makan, bagi air je segelas.
so masa berbuka tu dia excited la nak makan. hehe
pegi bazar nak air bandung, dah berbuka duk minum tu je.
2nd day, adik aku jemput dia dari skolah bawak balik rumah dia sebab hari Jumaat tu balik awal pkul 12tghr.
dah pkul 5 ptg, adik aku kata teruk dah muka, letih semacam so bagilah minum.
dia bwk pegi bazar, dia beli air soya. dah minum, muntah la..
perut kosong minum soya kan?
hari sabtu ahad aku suruh dia puasa penuh.
letih, tidor.. then tak da buat apa2 pun.
pergi mengaji je, pastu lepak rumah.
bagi main phone and tgk tv je seharian..
tapi jenuh jugak la sementara nak tunggu berbuka tu.
hahaha..
mcm2 hal nak2 si Aniq tu duk mengacau.
sabaq jelah bujang sorang tu. ada saja akai dia nak kacau kakak.
dia tau kakak puasa tak bule mkn, lagi dia nak pegi mkn depan kakak.
siap tuang air bagi kakak lagi.. adoii
azam aku tahun ni selain nak banyakkan ibadat, kalau boleh takmo post gambar makanan. hahaha
setakat la ni, takda napsu nak ambik gambar makanan lagi.
baik beli, baik masak sendiri.
lagipun mcm kelam kabut je petang2 tu.
dah setel masak, ha nak rilex kejap. pastu dah azan so jomlah makan.
setakat hari ni berjaya lah. esok2 taktau cemana hihi..
so, apa cerita puaas korang?
sama2 kita bnykkan ibadat di bulan mulia ni dan banyakkan bersedekah.
semoga puasa dan amalan kita diterima oelh Nya..
No comments:
Post a Comment