now musim buah buahan tempatan kan..
org kg kata, musim buah kayu.. apa yg kayu entahla..
sekarang pulak, tak macam dulu.
tak payah ada dusun, tak payah pergi kampung2 nak makan buah.
ko duk ceruk mana pun, kalau dah nama musim buah ni, berlambak2 buahnya.
u name it, semua ada.
tinggal ada duit dengan tak je nak membelinya. hahah
kat Perlis ni, ui meriah bule tahan.
merata org jual.
pasar malam takyah cakap la kan.. tepi2 jalan pun banyak.
kena pandai cari ja, ada yg murah ada yg mahal.
setakat hari ni, Alhamdulillah murah rezki kami anak beranak.
ada ja org bagi buah itu ini. dah banyak kan, ramai yg sedekahkan.
beli pun ada sikit2 mana yg nak makan.
adik aku, sedara sebelah suami dia ramai yg ada dusun la kebun bagai.
ada kebun mangga harum manis, ada dusun durian, rambutan.
masa musim harum manis, aku ni sampai sahur pun makan mangga sebab tak putus2 buah.
proses penghadaman pun lancar je sepanjang musim tu. hahahah
pak sedara suami dia ada kebun harum manis, jualan boleh tahan hebat. pastu dia pulak jenis tak berkira. buah yg herot2, kulit tak lawa dia tak jual, then sedekah je sesapa yg datang. kulit luar je yg tak elok, isi tetap manissssssssssssssss melecas.
so, merasa la kami makan harum manis dengan mewahnya. hahaha
pastu, pak sedara lain,ada dusun durian pulak. merasa lagi.
yg beli, yg jual, yg sedekah..
bulan lepas, abah aku beli durian 50kg, buat kenduri pulut durian. panggil jiran2 and org masjid dtg makan.
makan lah kau sampai sendawa pun bau droyan.
can u say No for this????? |
tu haaa pulut droyan by Tok Umi @ mak aku.
lazat weiii.
tu tak masuk santan lagi. menjilat jari makan kau..
aku makan pulut droyan sket je sebab kang kenyang, tak leh makan droyan banyak. hahaha
kulit droyan..
50 kg abah aku beli..
alah, droyan 50 kg bnyk mana je pun.
berat kulit je, isi tak banyak mana. hahaha
ni pak sedara adik ipar aku tu jual sekg rm5 je.
droyan kg. isi putih ada kuning ada. manissssssssssssssssssssss..
meriah la diorg makan mlm tu.
pulut mak aku masak 5 kg camtu. setel semua.
Alhamdulillah...
nahhhh.
elok benar kejadiannya.
stress aku pikir berapa kalori nak masuk dalam badan ni.
lantak situ..
makan dulu, kalori ke gemok ke, pejam mata.
janji perut kenyang makan sedap. hahaha..
ni droyan Tupah.
last 2 weeks, pegi Sungai Petani ada kenduri. pegi kenduri, nak balik mak sedara aku bagi rambutan 1 plastik besar. haahaha
rejekii...
lepas kenduri tu singgah rumah kawan abah dekat Yan.
mak sedara aku beli droyan. makan lagi.
sedap wei.. takleh nak tolak.
kau tengok isi montek, elok gitu boleh ke nak tolak..
memang tak aaaa..
belasah je.
aku ni kalau droyan lg, sekali hadap 3 bijik @ 20 ulas, takdak hal.
hahahaha..
so far, ok je takda nak panas ke apa.
kalau droyan kawen, haa tak tentu.
droyan kg ulas dia kecik, isi pun nipis2, makan bnyk pun tak muak.
kalau droyan kawen, isi tebal, blh makan takat 3-4 ulas je pastu muak and cepat kenyang.
aku lagi suka droyan kg.
sebelum balik dari Yan tu, husband keluar cari manggis.
aku dah bgtau dia awal2, nak beli manggis bwk balik.
droyan takmo. makan kat sana je, tak payah bwk balik.
kang kreta busuk. hahah
manggis sana murah wei.. blh dapat sekilo rm2 jeeee.
10kg laki aku beli. hahahah
esok tu,balik rumah belasah manggis pulak laki bini.
tu buah dokong pokok tok abah @ abah aku..
meriah jugak la buah dia tahun ni..
lepas 2 hari, demam!
hahahaha
tak pernah lagi seumur hidup aku, mkn buah kayu ni pastu demam.
2 -3 hari gak la duk melentang saja. adoii.
demam tak la tinggi mana, 2 hari je.
batuk selsema la sampai hari ada lagi.
droyan, rambutan, manggis, dokong bersatu dalam perut.
bersatu, bergabung, meletoppp. hahaha
mak aku kata sebab mkn droyan, pastu makan manggis.
droyan tu selang sehari aku makan. banyak dan kerap.
pastu sambung manggis pulak dan banyak.
so, terima jelah kan.
tapi takda la sakit2 badan ke apa.
demam biasa je. plus, now cuaca kejap panas terik, kejap hujan.
biasalah tu.
beringus, bersin non stop 2 hari masa weekend lepas.
mak aku pun kena. hahah
dia pun 2 hari tak bangun, melepek je badan.
now dah recover.
aku pun now dah ok, cuma hidung ada lagi sket2
batuk tak teruk sgt.
buah ada lagi ni.
semlm makan droyan lagi. hahahah
rambutan ada lagi sebekas dlm esbox. kopek siap2 pastu masuk peti ais. makan sejuk2, uii heaven.
selagi tak habis musim buah kan?
buah pulak adaaaaaaaaaaaaa je.
tak beli pun ada je org sedekahkan.
so, rezeki. makan jelah.
sakit makan makan ubat. kekeke...
No comments:
Post a Comment