Friday, January 11, 2019

Ajarlah anak kita besederhana...

Assalamualaikum..

Jumaat, 11hb January dah.. sekejap je masa berlalu..
hari ni dah minggu ke 2 persekolah dan mat aniq masih menangis tanpa gagal setiap pagi.
hahahaha..
adoihhhh la budak tu.
blk petang tu kemain happy, pagi2 cam apa tah.
takpelah, maybe belum dapat sesuaikan diri.
kita bagi dia masa...
kakaknya dlu pun makan bulan baru nak ok.
so, mak relax chill je yeh..

petang ni sesaja nak sembang2..
cerita mak2..
based on pemerhatian aku yg rabun silau ni. hehe

bab ajar anak utk hidup sederhana..
aku ni dah biasa hidup susah.
bukan asal dari keluarga yg kaya raya.
nak kata miskin sangat pun tak, tapi sederhana.
takda la sampai takda nak makan, awal tahun tak dapat baju skolah baru.
dapat baju baru tapi sepasang je.
pastu pakai yg lama. kadang2, dapat la 2 pasang.
blh dikategorikan, tak susah mana.
sebab abah aku kerja kerajaan walau bergaji kecil.
tapi abah usaha mcm2 nak bagi kami adik beradik makan pakai elok
ikut ke org kg dlu, nmpk mcm family kami ni org senang sbb abah keja kerajaan.
tapi abah sorang je kerja, gaji ciput je pun.
pastu yg bersekolah ni ramai. kami 6 beradik.
ada la abah buat bendang sket, tapi takda la mewah mana.
Alhamdulillah cukup makan pakai, semua besar elok until now.

bila dah biasa dgn keadaan family yg sederhana, yg diajar berjimat cermat, of coz la aku praktikkan utk anak2 aku dan family aku.
dah terbiasa, lagipun gaji aku skang pun takda la beribu riban.
masih dlm kategori miskin bandar.. hahahah
kami laki bini biasa2 saja.
bila dah ada anak, of coz perbelanjaan jadi bertambah.
kena pandai seimbangkan..
ada je kwn2 aku yg dlunya susah.
now senang, then diorg mewah.
so anak2 hidup mewah sbb taknak anak susah mcm dia dulu.
boleh, takda hal. anak korang, pandai2 la korang handle.
cumanya biarlah berpada2..

Alhamdulillah, anak2 aku bukan jenis meminta2.
dan blh digula gulakan..
bukan tipu anak eh.
aku mmg ajar diorg sederhana.
nak apa2, tak semua diorg dapat.
ada sebab dan musabab.
kadang diorg nak barang yg tak perlu, so pandai2 la kita susun ayat.
1 lagi, pada aku yg perlu di praktikkan...
sayang anak semestinya turuti semua kehendaknya..




tadi sebut ajar anak sederhana, tetiba kotak pensil Smiggle eh.
hahaha
mmg tak la aku nak beli.
ni tok auntie dia hadiahkan masa besday dia yg ke 6.
bln 9 dia dapat ni, then dia bgtau nak simpan nak guna masa darjah 1.
tak lama dah pun.
so, darjah 1 baru dia guna ni.
setahun guna, so agak kusam la.
hujung2 tahun tu aku tanya dia keadaan kotak pensil dia.
and dia cakap ok, blh guna lagi and nak guna lagi.
so, aku pun ambik la basuh sket bagi nampak helok. hehe
hasilnya tu boleh laaaa.
takda la nmpk baru, tapi semenggah la sket.
aku tanya, ok ke guna kotak pensil ni utk darjah 2..
dia kata ok, sebab elok lagi, and dia sayang kotak pensil ni.
maybe sebab hadiah besday.
Amni ni jenis sayang and jaga barang2 dia nak2 klau yg dia suka.
aku takda offer dia utk beli yg baru. biar je dia guna yg tu.
aku plan soon, nak belikan yg baru but not now..
biar dlu.

kalau blh, taknak manjakan diorg dgn kemewahan.
bukan tak mampu nak beli smiggle tu, blh la walau rasa mcm mahal mencekik.
tapi aku tak rasa itu 1 keperluan.
kadang kita ni terlalu mengikut trend dan jenama.
eh, ni bukan pasal smiggle je eh..
barang yg lain pun sama.
bukan sebab jenama tapi sebab harga dan kepentingannya.
kalau mahal dan berbaloi  utk beli, itu lain cerita.
tapi utk umur2 sebaya Amni tu, yg belum tahu menilai mahal murah barang, pada aku ajarlah besederhana.
tak perlu mewahkan anak2 kita dgn perkara yg tak perlu.
klau korang mmg mampu, kaya raya, tu lain lah..
aku ni rakyat marhaen saja.
tapi kaya pun tak semestinya tak boleh ajar anak sederhana.
sebab esok2 bila dia besar dia paham dan lebih menghargai.

dan juga turuti segala kehendak.
ada parents yg turut semua kehendak anak sebab sayang dan nak yg terbaik utk anak.
blh tapi berpada2.
turut tu kena tengok kepada keadaan. sesuai ke tak?
kena pikir impak kedepan.
kadang bila kita terlalu ikut semua kehendak anak, soon anak akan jadi dominan.
kena pandai susun ayat utk bgtau anak apa yg perlu..
mak bapak kena main peranan elok2.
tak nak turut dan terus bangkang, marah anak.
no..
kena bgtau why..

Alhamdulillah, anak2 aku blh lagi bertolak ansur.
kadang diorg nak mainan.
ok, mama blh belikan tapi bukan sekarang.
now duit mama ada sikit utk beli makanan je, nnt dapat gaji kita beli mainan.
walau kadang muka masam sket, tapi diorg blh terima.
nnt belikan bila diorg being good ke..
so, diorg lebih hargai.
selalu aku buat mcm tu.
dan diorg faham.
bila minta mainan, aku kata not this time, diorg ok.
takda nak menangis, merempan keriau guling2.
mujurlah. hehe
lepas tu kalau nak yg mahal. uiiii seriyat darah mak tgk harga.
kadang tu takda la mahal mana, toys harga sampai berpuluh ringgit.
dan aku akan timbangkan adakah releven utk beli.
kalau tak pandai2 lah susun ayat minta dia pilih yg lain.
Amni kadang faham, mahal dan murah.
Aniq belum lagi, tapi blh digula gulakan.. bgtau begitu begini, so far dia ok.
kadang nak lori kecik je harga sampai doploh hengget.
tak padan nak beli, balik kang main kejap dah rosak.
hihihi
kang ada yg kata aku kedekut.
tak, ni cara aku dan aku lebih kenal anak2 aku..
ada yg kata, kesian ke anak belikan jelah.
ermm.. kalau aku tak jugak.
anak itu kita yg corakkan dia.


Islam pun suruh kita sederhana dlm hidup.
so, pandai2 lah kita apply dlm hidup ni.
semua ni utk masa depan anak2 kita jugak.
bila diorg dah biasa mewah, andai takdir 1 hari nnt jatuh susah, diorg sukar nak teruskan hidup.
tu yg bnyk kita lihat sekarang..

but, ni pendapat aku..
terserah pada pendapat masing2..
mcm biasa, sama2 kita raikan pendapat..


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...