Thursday, January 17, 2019

Aniq masuk Pasti

Assalamualaikum..


anak bujang dah besaq..
thn ni dah masuk 5 tahun. sooooo, kena daftar masuk skolah jugak la kan?
cadang nak hantar thn lepas masa dia 4 tahun, sama mcm kakak..
tapi tak jadi sbb rasa mcm dia kecik lagi hahaha
padahal kakak dlu masuk 4 thn. propa mak pun.
eh lain ok anak perempuan n anak lelaki..
Aniq pulak manja ya ampun, then aku duk rasa dia mcm kecik lagi.
Amni dia cepat matang..
masuk Pasti masa 4 tahun tu ok je. awal2 tu ada la drama, keriau pagi2..
tapi so far ok.

mula2 plan nak hantar Aniq ke pasti kakak dia dulu. sebab dah biasa kan?
tapi pikirkan tak sejalan tu, rasa renyah.
pagi ok la, mak hantar sorang, pak hantar sorang.
petang la haru sket. aku yg nak kena ambik dua2 tu.
Amni aku ambik otw balik keja, sebab sejalan je.
pastu kena lajak ambik Aniq pulak, pastu pusing balik nak balik rumah.
malas, renyah and buang masa n minyak kreta.
hahaha
so, aku daftarkan Aniq ke pasti yg berdekatan sekolah Amni.
so, sejln ja pagi2 blh hantar dua2 sekali harung.
pasti Aniq ngan skolah Amni 1 kawasan ja, sekentut je pun.
dlm 1 kawasan, blh je nak jln kaki tapi peluk keti gak ar..


1st day, kemain excited.
sebab nak bawak beg skolah baru gambaq otromen.
selipar pun baru,otromen.
dan cuma 1st day ja kau blh tgk muka kreyeh mcm ni. hahahah
hari lain, ermmmmmmmmmmmmmm..

sampai hari ni, masih keriau nak p skolah.
hahahah
bgn pagi, ada hari yg ok, ada hari yg tak.
mostly tak. hahahaha
kadang dia jaga sendiri sebab dgr bising2 aku ngan kakak dia pagi2 tu.
kadang kena kejutkan.
kadang mood dia ok, mandi siap semua senang.
kadang mood xok, mandi xnak sabun, xnak gosok gg.
layan jelah malas nak bising kang lagi melarat.
dia punya keriau mengada mmg rasa nak tunjal.
blh hilang mood mak pagi2.
Amni dlu mkn saman jugak.
klau duk mengamuk tu, kita hepppppp, kadang dia diam gak.
yg ni, tak mkn saman sgt. hahah
lagi mak marah, lagi kuat dia menjerit.
mak kena pujuk peluk, haaaa baru ok.
manjaaaaaaaaaaaaaaa
sabaq jelah.
walau mood kat rumah elok, sampai je pagaq skolah, haaaaaaaaaa mula la drama dia.
hahahaha
adoihhh
2nd day, dia tidor dlm kreta, sampai skolah meronta2 la takmo lepas mama.
aku hantar ke cikgu, pastu blah laju2.
kekekek..
haari2 lepas tu, dia nangis ja, tapi jalan je pegi cikgu.
tapi muka tu tak maneh laaaaa
mcm2 dia repekkan sepanjang jln tu..
nak mama tunggu Aniq, nak mama teman..
nak tgk mama kut tingkap, nak balik awai, takmau p skolah lama2.
adoihh
tapi tapi..
bila petang, mak sampai skolah, kemain kau happy lari sana sini.
puiii
drama.
cikgu kata ok ja dia, nangis tak lama pun.
dah start blajar tu, ok dah dia.
sajaaaaaaaaaaa..
cumanya, tak nak tidor kat skolah.
tghr patut lepas mkn tu tidor.
dia tak tidor.
duk main sorang2.. tapi tak kacau org la.
tahan mata tu.. hehe
alasan, nak tunggu mama, nnt mama mai ambik Aniq tak nmpk.
sabar jelah.
cikgu pujuk pun takmau lena.
sokay la, janji tak kacau org.
rasanya dia tak reti nak join org lain tidor.
ramai2 kan, dia tak biasa.
soon ok la kut



pagi2.
hahahha
marah nau mak ambik gambar dia.
nak sangat nangis kan..
mak up kat socmed. padan mukeeeeeeeeeeeeeeeee
esok2 awak besar, ha tgk niii
akai jenuhh sgt

aku lajak hantar kakak dia dulu, pastu pusing hantar dia pulak.
sebab kakak takleh lewat.
dia sokay la masuk lewat sket
plus nak tgk drama lagi kan. hahaha
sabaq jalah mak hang ni dik..
takpa la, baru2 kan..
kita kasik peluang la ke dia..
sementara nak biasa dgn senario baru kan.
dlu bgn lewat, p rumah pengasuh kemain bahagia hidup dia.
hahaha..
tapi, dia enjoy ja pegi skolah.
balik tu cerita mcm2.
dah nyanyi lagu, baca doa bagai dah.
pagi je drama sket
alah, budak...
lex lex aaaa. hehe



ni day 2.
tidor. pastu sakan keriau peluk mak takmo lepas.
hahaha
lepas tu ok dah..
tak meronta sgt. nangis tapi jln masuk kelas ok ja.



hari tu dia minta hadiah sempena p skolah
amboi sgt perangai
aku kata, kalau keriau pagi2, takda hadiah.
so dia diam. hahaha
weekend lepas, ada pegi padang besar.
saja pegi mkn kat sana..
masuk kedai, aku beli mainan polis tu.
tapi tak tunjuk ke dia pun.
balik rumah baru tunjuk.
kemain melompat seronok.
100 baht je pun.
nak main, ehhhhhhhhhhh tak semudah tu yee
mak bagi syarat.
kalau pagi2 tak nangis p skolah, baru blh main.
sekarang ni dia duk kat atas para ni dulu.
dan dia pun ok.
now dah masuk minggu ke 2, masih di atas rak.
hahahahhah
maknanya apaaa..
mlm tu kemain janji manis, begitu begini.
esok pagi, hancur semua.
drama king sangat hang dik.
mak2 sedara hari2 tanya bila mainan polis nak turun bawah.
dia jawab, mainan tu duk atas selamanya.
kahkahkahkah.
tau pulak ehh.
dan dia, tak berani pun nak minta main sbb tau dia tak penuhi syarat lagi.
gud boy sgt awak.
mak ni mcm nak bagi dah, tapi biar dlu.
bagi dia ada rasa tanggungjawab.
gittewwww..

minggu ni nak pegi papa pulak.
so kita layankan saja.
tapi dramanya masih sama bila sampai skolah.
cuma pagi2 kat rumah je ok.
mandi siap smua ok.
sampai pagar skolah haaaaa mula la.
balik rumah kemain baca hadis bagai.
pui sgt.

apa pun, mama enjoy je memori ni.
sebab setiap anak berbeza2.
Aniq ni manja, mulut pulak murai ya ampun.
so, seronok la layan dia bercakap.
cerita pasal sekolah tu mcmkan dia ketua kelas.
padahal pagi2 keriau. hahahah
sokay, asal awak nak pegi sekolah.
kenal dlu persekitaran baru, and take your time ye.
mama tunggu. hahahah

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...