Wednesday, January 30, 2019

Undang undang dalam ini rumah

Assalamualaikum..

ni entry mak2 eh..
parenting la jugak kiranya.
tapi tapi, ni cara aku la eh.
cara aku utk anak2 aku..
cara korang utk anak2 korang, maybe lain.
but sokay, kita blh bincangkan kalau ada yg tak setuju.
kita meraikan pendapat.

utk anak2 aku sgt tegas.
compare to apaknya, mak lagi garang.
hahaha
tapi garangnya bertempat la.
takda la membuta tuli garang asyik nak jerkah anak ke apa.
cuma apaknya lebih lembut ikut je apa anak nak.
tapi, sesekali dia hepppp ha dgn aku terkejut.
hahaha
pastu mak sentap sebab apak marah anak.
mak marah xpa. hahaha
standard la tu, korang pun sama kannnn?

since Amni masuk darjah 1 thn lepas, aku wujudkan beberapa rules dlm rumah tu.
mandatori, semua ahli rumah kena setuju.
xleh bangkang. hahaha
kuasa mak.
apaknya kadang terlajak, mmg kena sekolah dgn aku.
nak didik anak2, mak pak kena kerjasama.
kang ajar anak, mak pak ntah apa2 kan?
alah, bukanlah rules mcm army school punnnnn.
hehe
saja, nak didik diorg lebih berdisiplin.
sebab aku seorang yg jenis sistematik, tersusun, terancang dan er, OCD. hahaha

mula2 yg aku buat is no TV before 8pm.
mula2 apply mmg susah mcm kau nak give up.
duuuuulu, balik dr kerjas, sampai je rumah, so kau nak buat segala kerja rumah.
masa Amni belum darjah 1, masa dia kat Pasti lagi and Aniq kecik lagi.
nak masak bagai, and semua kerja kena laju.
sampai je rumah dlu, ko on tv, letak anak2 depan tu, biar diorg layan tv supaya ko bule buat keja dgn tenang like memasak, membasuh or anything.
pastu nak solat maghrib, mandikan diorg, makan apa semua dgn tv sentiasa terpasang.
dan begitulah sehari2.
dan anak fokus... pada tv. hehehe

bila Amni dah masuk skolah aku kena disiplinkan dia.
tak blh biar layan tv je nnt 1 keja pun tak jadi.
budak2 ni dan dia duk depan tv, mengadap tu, ko jerit panggil nak keluar anak tekak pun kadang tak dengar sebab fokus sgt ke tv.
dua2 sama je perangai. selagi blh langut depan tv tu, haaa tak berganjak.
kalau boleh nak masuk dlm tv tu skali.
until now, no more TV before 8pm.
sampai rumah, benda mula kena buat lepas buka baju is setelkan beg baju masing2.
dah 2 tahun aku terapkan benda ni kat anak2.
Amni ada beg baju sebab dia tukar baju kat skolah.
sampai rumah, buka beg baju tu dulu, masuk baju skolah kat bekas dia.
simpan beg skolah kat tempat dia, botol air kat tempat dia.
Aniq pun sama.
beg baju dia ke rumah pengasuh, dia sendiri kena buka and masukkan dlm raga baju dia.
then sidai towel dan letak beg tu kat tempat dia.
dah setel, selalunya diorg nak mkn.
Amni blk skolah tau dah lapar. kadang dia mkn dlm kreta, kadang mkn kat rumah.
kadang aku suruh mandi dlu sebelum makan.
depends, kadang mkn dlu kalau dah teruk sangat gaya lapar tu.
dah setel semua, sementara tunggu maghrib, ha aktiviti bebas.
Aniq selalu main toys dia, Amni pun sama kadang2 main je.
kalau ada homework, ha sila setelkan.
lepas tu solat maghrib. Amni now slow2 duk ajak dia solat maghrib sama2.
aad waktu mood elok, ha ok la mau solat.
kalau dia letih moody kadang aku tak paksa.
sokay, baru 7 thn. but now sejak masuk darjah 2, dia makin ok.
sentiasa ingat lepas mandi, ambik sesiap air smayang nnt nak solat sama2 mama.
Alhamdulillah...
Aniq, buat hal dia. kadang solat sama, kadang tak.
takpe, baru 5 thn so dikecualikan. hehe
dah setel solat, pukul 8 baruuuuuuuuuuuuuuuuuu blh buka tv tgk kartun.
diorg pun dah setel solat pakat tanya, dah pukul 8 ke belum nak tgk kartun.
mula2 dulu diorg memberontak jugak.
ikut ke hati mak tak sabar ni nak je buka tv, ha silakan layan jangan bising jgn kacau mama nak buat keja kat dapor.
but nooooo. mama kena kental! hehe
Alhamdulillah, fasa tu tak lama.
and now diorg dah tak heran. balik skolah takda sapa heran ke tv sebab kalau minta pun mama takkan buka.
when mama say NO its means NO whatever pun. 
#makcengei
but, disebalik NO tu kena la nyatakan sebab dan alasan buat gitu.
bagi logik supaya diorg faham kenapa mama buat begitu begini.
dan akan jadi mudah kalau bagitau mcm tu daripada no tapi tanpa alasan.
apaknya je selalu spoilkan, kadang balik keja zappp on tv.
dan2 tu mak keluar bagi jelingan maut. ok off.. hahaha
dulu masa aku kecik2, tgk tv lepas pkul 7 tu kepantangan makpak aku.
nak mandi nak solat smua masa tu, lagi nak layan tv.
mmg mendapat la cubitan berbisa mak aku tu.
so utk anak2 now, aku praktikkan benda sama.
mula2 mcm susah, but now, Alhamdulillah diorg dah ok.
thn ni masuk thn ke 2 dah.

one more aku tak ajar anak2 aku guna remote tv.
hahaha..
biarlah mak pak susah sket asyik kena tekan channel diorg.
but now Amni dah pandai sket dah.
nak tekan channel 611 tu, nak edjas volume and off tv.
lain tak reti.
ada anak org lain, umoq baru 3-4 thn dah pandai tekan remote tv begitu begini.
anak2 aku tak.
tv pun takdanya aku nak biar depa ja tgk kawal ke depa ja.
tak..
selalunya, pkul 10 mak pak dah ambik alih nak tgk cerita kami pulak.
dulu, diorg bebai jugak.
but aku akan cakap, dah lama tgk kartun since 8pm, now turn mama papa pulak.
tv ni kena share bukan nak tgk cerita adik n kakak saja.
kadang2 diorg bebai, but tak berani nak bebai sgt
sebab kuasa mak kannnnnnnnnnnnn. hahahah
so, pepandailah diorg buat hal diorg iaitu main!
punggahlah mainan tu, suka hati koranglah.
and now, diorg ok. dah faham now turn mama papa tgk tv.
merajuk tapi kejap je. selalunya aku tunggu sampai kartun diorg habis, baru aku alihkan channel.
takda la kurang ajar sgt perangai mak pun kan. hahaha

mcm aku kata tadi, kena bgtau sebab dan alasan supaya diorg paham.
ada je kwn2 aku yg sampai tak blh nak layan cerita sendiri sbb anak2 kawal tv. takleh ubah langsung.
ada yg pasang lagi 1 astro, asing makpak ngan anak.

aduduuuu. anak tu baru 5-6 tahun.
kalau ubah kang menangis meraung.
mmg tak la klau aku. 
anak aku berani la buat mcm tu. hahaha
kena tegas. jgn biar anak kawal kita yg mak bapak ni.
sayang anak tak semestinya kena ikut semua kehendak diorg.
Alhamdulillah, anak2 aku ok dah bab tv ni, takda nak meraung guling2 dah.
Aniq ja kadang2 buat drama over lebih.
Amni ok dah sebab dah besar dah faham.




2nd bab handphone.
bab ni, aduhhhhhhhhhhhhhhhhh..
but seminggu 2 ni aku tenang. hehe
utk handphone, the rules is no phone on weekdays.
weekend only.
mula2 mcm aku kata tadi, payah lahai.
but now, dah ok. both dah blh terima.
ada 1 handphone lama pak mentua aku, rosak. tapi blh connect wifi, blh layan youtube.
hp tu lah yg diorg duk rebutkan.
dlu aku biar je main, berebut bagai. lama2 ehhhh tak blh jadi
form now, no more phone on weekdays, tv only tapi after 8pm.
mula2 mmg payah la. petang2 tu depa hingaq gak la, tapi mak kentalkan hati buat muka kering.
lama2 depa mengalah. hehe
mak menang.
balik skolah hari Jumaat tu, haaaaaaaaaa kelam kabut Amni setelkan beg2 dia sbb nak main phone.
pastu asyikla berebut dgn adik. adoihhh bingit
hp aku takda sapa yg teringin sebabbbbbbbbbbbbb takda youtube (takda tenet).
Aniq diap cakap hp mama tak best. hahaha pandai hang no.
hp aku ni kalau aku kasik ke diorg, aku off data.
so hangpa mainlah apa yg ada dlm tu ja. aku dah download video bnyk2 dah dlm tu, so ulang tgk yg tu ja.
Aniq dia ok ja cuma lama2 dia jemu nak layan youtube pulak. sorry, hp mama takda tenet.
hehehe
so depa pulun hp lama tu or hp papa jelah. selamattttttttttt hp mama. takpalah xbest pun kan?
now aku kena setkan masa pulak, mula2 kakak, pastu adik. gilir2 supaya tak berebut and bergaduh.
Aniq la suka carik pasal, takmo share la apa la.
pastu weekend kakak p mengaji quran, so masa kakak takda, Aniq main dlu.
kakak balik, ha pass ke kakak pulak. TAPI, kalau kakak takleh ubah masa mengaji quran tu, takleh main phone. petang kang baru dapat.
mula2 dia bebai, but mak is tegas! so dia kena kemaskan bacaan al quran dia supaya dapat ubah and blh main phone. berkesan la jugak hehehe
sekarang ni aku leeeeeeeega sebab phone tu missplace.
Amni yg buat so dia tak berani la nak tanya bnyk.
and now, weekend tanpa phone la. hahahaha
padan mukeer
tgk tv and main jelah. aman rumah takda dgr gaduh berebut phone dah.
blh je pun takda phone, takda nak gaduh or berebut. sblm ni oiih asyik berebut.
stress aku nak layan.
now main je mainan yg ada tu.
aku ok je diorang nak main sepah penuh rumah. ok.
asalkan lepas tu kemas balik.
tak kemas kalu, aku himbau je keluar or buang dlm tong sampah.
so diorg tak berani.
Aniq tu bnyk kali jugak la ngelat takmo kemas.
tapi lately ni dah ok, pandai kemas dah. dah besar kan?
kalau tak kakak jadi mangsa kena kemas barang dia. kemas la kawan tu sambil menangis sbb bukan mainan dia hahaha.
takpun aku biar je apaknya kemas. mak tak kuasa, tapi kadang2 tu kena jugaklah.
mainlah, sepahlah anak2 mama ok, sebab tu smua akan membuatkan korang jadik lagi kreatif.
daripada korang duk layan hp tu sengap tak berkutik cemuih aku tgk.
dulu aku belikan tab 1 utk Amni. gitu kau mengikuti teknologi.
since dia 2thn sampai 4thn jugak la. pastu tab tu rosak, so tersadai.
takmo dah, no more personal gadget utk anak2.

anak2 ni bila diorg tau mak tegas, diorg tak berani.
apaknya pun kadang2 klau apa2 anak minta dia mcm errr blh ke tak ni, so dia akan cakap tanya mama.
and bila mama kata NO, diorg tak brani dah.
ada la jek pak dia sket2, tapi mak bagi alasan sebab musabab NO tu, then diorg ok.
takda nak keriau guling2.
nak tgk mak jadi naga silakan buat. aku mmg takleh budak jenis keriau guling2 ni.
mujurlah anak2 aku tak begitu. hehehe
mcm hp tu, balik skolah nmpk je hp tu ada kat atas almari, tapi tau dah tak blh main sbb bukan hari sabtu ahad, so duk situ jelah tepon tu takda sapa usik.
kadang ada la jugak nakal tu, p ambik jugak main.
skali mak pusing tgk eh duk main phone??
mak tanya dlu, hari ni hari apa? boleh ke main phone?
so, diam2 je bangun p simpan phone dengan mulut muncung sedepa.
ada mak kesah!!
hahahaha

aku ni garang tapi tapi of coz aku sayang anak2 aku.
gila la sapa tak sayang anak. apa aku buat sekarang ni smua utk diorg.
harta aku dunia akhirat.
apa aku buat tu smua utk kebaikan diorg, utk masa depan.
Alhamdulillah anak2 aku ni kategori mudah diurus.
Amni dlu kecik2 adoi asyik sentap kuat bebai. mujor pak rajin layan, so lantak situ.
but now, dah besar mudah diurus. ada bebai tu tapi tak teruk la.
dia pun dah blh bwk diri.
aku balancekan depa 2 org. Aniq tu manja ya ampun dgn aku, tapi aku taknak Amni rasa tersisih.
kena selalu cakap2 dgn dia, peluk and sayang dia mcm aku buat ke Aniq walau dia dah besar.
yg tu hati tisu blh tahan.

setakat la ni tu 2 peraturan yg ketat dlm rumah ni.
lain2 pun ada. like, nak mkn kat atas tikar saja jgn atas karpet. hahaha
mujorlah depa ok. mak tak larat sapulah hari2 kalau atas karpet tu.
tikar ok lagi, blh ketuk je sebab tak besar mana blh angkat.
ada jugaklah do and donts yg lain.
yg kecik2 utk ajar diorg lebih berdisiplin.
like kalau pegi kedai Eco blh ambik sorang 2 barang je.
and diorg ok! Alhamdulillah again.
kalau pegi kedai runcit or supermarket, nak beli makanan apa2 kena dpt approval mama dlu.
nak beli gula2, aiskrim, keropok tu ada masa. bukan selalu.
jarang sekali nak dapat, tapi sesekali dapat dia punya suka tu uiiii mcm dpt choc harga 100 hengget. hahah
sebab aku tak ajar depa mkn jajan tu smua. pegi kedai dapat beli roti or biskut je.
air kotak ke apa pun kadang2.
mujurlah tak da adegan keriau guling2 kat lantai. hahaha
now Aniq ada la gaya sket nak buat tu. ingat mama heran.
aku jalan je tinggai dia, dan2 mangkit. tau takut..

panjang nau entry ni. haha
nnt kita share lagi pasal parenting ni.
lain org maybe lain caranya.
tapi yg pasti smua mak bapak sayangkan anaknya cuma cara kita berbeza.
sokay.. kita raikan pendapat,
mana yg baik, kita ambik. yg tak berkenan, abaikan..



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...