Monday, February 25, 2019

Doula : peneman atau pengganti doktor?

Assalamualaikum..

aku rasa 2-3 hari ni, penuh lah kat semua social media kes doula ni.
selepas rancangan Analisis kat  TV Al-Hijrah.
2-3 hari sebelum rancangan tu ke udara, dah ramai yg share supaya takda yg terlepas utk tgk.
dannnn, naiklah rating tv tersebut. hahaha
but, gud effort sebab dari yg tak tahu, jadi tahu..

Image result for analisis tv alhijrah 
 pic from Google.

rancangan Analisis ni setiap Jumaat pukul 10 mlm.
aku siap record okeh. hehehe

Prof Emelda tu lama dah aku follow dia kat FB.
sebab bnyk info yg dia share.
Doula Yatt tu tak kenal pun, lepas tgk baru kenal tapi takmo follow.

korang tgk tak rancangan tu?
panas wei. hahaha
geram pun ye. but thumbs up tu hos sebab pandai handle situasi.
walau nmpk tegang, tapi dia blh control.
pada aku, doula tu tak menjawab soalan dari hos dengan tepat.
dan aku tak faham apa yg dia cuba sampaikan.
nak cerita pasal gentle birth, rasanya semua org tau.
tapi dah nama pun GH ada lah rules dia yg ko kena follow.
ada la sebab musabab diorg letakkan begitu.
nak lebih privacy, nak ikut apa kita nak pegi beranak kat private spital sana.
tapi tetaplah ada rulesnya.
beranak kat GH sekarang pun dah tak mcm dulu aku rasa.
pengalaman aku 3 kali bersalin di GH, so far ok.
takda pun kena jerkah dari nurse or doc.
cumanya doc akan cakap terus dan lantang supaya ko faham.
takyah nak mengeluh menangis mengongoi sangat sbb beranak tu mmg lah sakit.
tapi kena follow apa diorg cakap jgn nak melembik sangat. ha gittewww
apa yg Prof Emelda sampaikan mlm tu aku suka.
sebab dia cakap base on fact.
so kita pun yakin and faham.

kat FB, kat post dr Prof Emelda, beratus komen,ke beribu dah.
mostly sokong lah apa yg dia share n katakan.
and of coz aku pun sokong.
aku tak faham sgt apa yg doula ni perjuangkan.
aku sokong apa Prof Emelda kata.
if betul, doula ni kena melalui KKM, dapatkan pengiktirafan supaya org yakin.
lalui saluran yg betul.
ada aku baca, diorg buat kelas utk para ibu mengandung. ajarkan teknik bersalin yg betul
what do n don'ts.
itu bagus.
tapi masa kelas, ko ajar yg pelik2 like suruh beranak kat rumah sebab nak bersalin secara alami, tu tak sepatutnya.
ada je yg share kat FB, dia pergi kelas doula, then doula bgtau suruh beranak di rumah.
wtf!
janganlah korang perjudikan nasib korang sebab ni.
kat oversea, ya ada yg bersalin di rumah.
TAPI, atas nasihat doktor.
ko dah pegi check up bagai, doc dah check ko takda sebarang masalah then blh bersalin di rumah.
TAPI, masih ada doc dan bidan bertauliah yg akan pantau.
masa ni ada doula, but as peneman sahaja.
doula ni tak blh bagi nasihat kesihatan, tak blh buat birth plan suka2 hati.
so, doula ni duk kat sebelah, bantu bagi moral support push push pushhhhhhhhh
agitchu.
aku pernah tgk youtube diorg share video branak di rumah ni.
tapi rumah tu pun lengkap semua equipment dah ( yg sesuai la  ). pastu siap ada kawan2 pegi tunggu tgk nak bersalin bagai.
kat msia ni mmg takda lah mcm tu. kita tak sampai tahap tu lagi.
kalau bersalin kat hospital private pun (kat msia) yg blh masuk cuma suami or mak. but now kat GH pun suami dah boleh masuk teman. takda lagi yg blh bagi kawan2 masuk teman tolong sorak bagai.
taktau lah kut ada tapi aku tak tau. hehe

kalau akulah, eh rimaih aihhh ramai2 dlm labour room tu.
yg aku  tau nak kuarkan budak dlm perut ni cepat2 je. hahahaha
ramai2 nak sorak mendanya. nurse dok gosok2 suruh sabar sabar pun aku cemuih inikan nak doula doli bagai. tak kuasa.
sepatutnya, sebelum ko branak persiapkan diri dengan ilmu.
tak kisah anak sulung ke anak ke berapa pun, ilmu kena ada.
banyakkan membaca, bertanya pada yg lebih berpengalaman.
supaya takda la ko terbangang2 sangat dlm labour room tak tau nak buat apa bila nak beranak.
aku ni kalau boleh, bila dah cukup bulan tu nak je duk bertapa kat hospital.
nak je suruh doc check perut hari, scan tgk anak hari2.
to make sure everything goes well.
tak kisahh lah kena duk lama pun asalkan aku tau anak dlm perut tu ok and aku pun ok.
tapi kalau jadi apa2 tu, semua tu kuasa Allah. kita cuma merancang but semestinya kita nak yg terbaik kan ?
usaha utk nak yg terbaik.
nak beranak kat rumah?
oh my, mmg tak la.
tapi diiorg ni langsung tak pegi check up hospital.
ko tau ke apa jadi kat dlm perut tu?
bukan lah bermaksud kena percaya sepenuhnya kat teknologi, tapi faham tak konsep usaha tu mcm mana?
then beranak dgn doula yg ko taktau apa expertise dia.
apa kelayakan dia.. bukan bidan bertauliah pun.
kalau jadi apa2 kecemasan, nak buat apa?
nak gegas ke hospital, kalau dekat tak pelah
kalau jauh?
nyawa tu..
mcm Prof Emelda cakap la mlm tu, pertumpahan darah, nak suntik ngan apa?
kalau kat hospital of coz la semua nurse n doc akan usaha utk selamatkan mcm mana pun.
dah duk kat spital, Insyallah at least kita ada usaha tu.
kalau kat rumah? nauzubillah..
bila baca ada yg share kes pernah branak kat rumah, branak dgn doula, yg doula tak layan sebab bercuti lah apa lah, yg tak kerat uri, Allahu..
kut ye pun nak gentle birth, ilmu kena ada.
jgn ikut membuta tuli.
jgn disamakan dengan zaman tok nenek kita dlu.
jgn nak disamakan dgn zaman nabi, Maryam beranak sorang2 tu.
mudah betul si doula tu gunakan ayat tu.
eh sakit hati pulak kita baca.. nak beranak secara alami katanya.
takmau ada koyakan, takmau ada suntikan bukan2..
oih, berasap membacanya..

tolonglah korang.
tak salah nak guna khidmat doula.
tapi, pergilah beranak di hospital.
jgn perjudikan nyawa korang.
ingat anak dlm perut tu sama. jgn sampai dia tak sempat tgk muka maknya.
nauzubillahiminzalik.
and para doula sekelian, go to saluran yg betul.
jgn bagi ajaran bukan2. korang  bermain dgn nyawa manusia,
jgn perjudikan benda yg kita tak tau nasibnya.
please la.






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...