Thursday, February 28, 2019

Balik kampung : Thailand

Assalamualaikum..

cuti raya cina lepas, berjaya jugak balik kg iaitu balik siam!
yay!
hehehe..
2 thn dah tak balik.
ada je kekangannya.. Alhamdulillah, kali ni berjaya
kali ni balik kami anak beranak skali dgn mak aku and Azrie, adik lelaki aku.
sementara dia tgh cuti semester.
kang dah masuk kampus balik haa susah dah nak pegi.
cuti cny selasa & rabu, so kami tambah sehari cuti iaitu hari isnin.
bertolak ke sana hari sabtu lepas laki balik keja pkul 1 tu.
tapi, pungpangpungpang, sudahnya pukul 5 baru lintas sempadan.
hahahah
mcm2 keja dia nak buat, sudahnya lambat lah.
nak basuh kreta pun masa tu jugaklah walau kreta takda la kotor mana pun.
dah tabiat laki aku...

pagi tu, lepas Amni balik mengaji quran, aku balik ambik mak and adik aku.
datang lepak rumah sementara nak tunggu laki aku balik.
patutnya blh gerak awal, tapi dia pegi check kreta dlu.
sebab a day before aku bgtau dia, bila drive rasa tak best.
mcm berat sebelah, so dia pegi check dlu seblm balik keja tu.
nak jalan jauh katanya, better check lah kan?
mak aku now dah mudah dah nak balik siam sebab dah ada passport.
bln 12 thn lepas dia balik dah dgn abah and adik2 perempuan aku.
1st balik guna passort la kiranya. ni kali ke 2 dgn aku pulak.
tapi prosedur tu tak sama mcm kita sbb dia guna passport antarabangsa Thai.

kali ni balik dgn kreta aku. Alhamdulillah sebab dipermudahkan.
niat beli kreta tahun lepas nak mudahkan mak bapak aku..
selalu kami balik siam naik public transport diorg.
mudah and murah cumanya ada la renyah sikit sebab turun naik kan..
but dah biasa, so far ok je.
now dah ada kreta yg selesa, so jomlah kita.
guna kreta actually costly sebab sana minyak mahal!
and duit kita pun rendah so mmg terasa la masa nak tuang minyak tu.
hahahaha
sebelum tu laki aku dah isi minyak full tank.
then kami bawak bekal minyak 1 tong dlm 28 liter mcm tu. harap tu xda apa la.
kang diorg tahan ingat nak seludup minyak pulak. hahaha
nak guna sendiri je pun.

kalau bawak kereta sendiri, korang kena apply insurans utk ke Thailand.
dokumen yg diperlukan is geran kereta sahaja.
and tuan empunya kereta lah.
kami ambik insurans yg premium yg mana blh cover kalau berlaku excident di sana.
tu semua laki aku uruskan, aku tak tau. hehehe
kami masuk melalui Padang Besar.
bila dah apply insurans, ada form yg korang kena isi utk submit ke imigresen diorg.
yg ada details all passenggers.
yg tu submit ke imigresen, masa nak cop border pass@passport.
then ada caj yg diorg kenakan ikut berapa jumlah penumpang.
tak mahal pun, sekepala dlm rm2 je kut. tak ingat.
borang tu ko blh minta agen insuran isikan siap2 pun takda hal.
tapi dia caj la. utk 1st timer, better lah korang minta agen buatkan.
senang tak payah nak pening kepala.
caj pun berapa rengget je.
then, lepas submitkan kepada imigresen, dah cop borderpass@passport semua, proceed ke kaunter utk declare kereta.
ada tanda di kaunter tu nanti. pegi situ, serahkan insuran and borang berkaitan.
dia akan assist korang nnt, no worries.
nnt pegawai diorg akan bagi 1 borang. yg tu korang kena simpan elok2 sebab nanti bila nak masuk balik ke Malaysia nnt borangtu kena kembalikan.
Thai bagi sebulan, so sepanjang masa tu takda hal. lepas sebulan kalau tak declare kenderaan korang keluar dari Thailand, kena denda. so, hati2 yeh..
pastu blh start kreta, jalannnnnnnnn.. heheh



kami lintas sempadan pukul 430 mcm tu.
masa ni tgh tunggu papa beli simcard Thai.
penting sebab nak guna internet la. hehehe
nak guna Google Maps nak tgk  jalan.
mana la nak tau jalan kan sebab dulu balik naik public transport.
now, diorg dah ada traveller simcard. so, mudah la.
internet unlimited utk sebulan, lepas tu simcard tu mati ah.
harga dlm THB150 = RM20.
kedai tu caj terus harga tu kalau bayar guna duit ringgit.
actually kalau convert betul2, maybe tak sampai but almost.
dah setel simcard, Bismillah, jom jalan.

lepas dlm 10km dari sempadan, Aniq muntah!!
pagi tu badan dia dah dedar. tetiba ja
aku dah paksa mkn ubat,dapat la sekali mkn walau susah la hai.
pastu nmpk dia ok dah.
tapi2 bila tiba2 muntah ni, hati mak ni tak senang dah.
brenti tepi, ada kedai makan tumpang toilet diorg jap.
Aniq semua kena tukar sebab habis kena muntah.
aku tukar seluar je.
kena jugak la kusyen kreta sikit. mujur mak aku sempat hulur towel kecik, sempat la tadah.
lepas tu dia tidor je. badan dah mula panas balik.
kami gerak terus takda singgah mana2 dah.
semua pun dah mkn, so takda hal.


lalu pekan Chana.
panggilan org sini is Chenok. hahaha
kawasan sini tempat org main burung.
lawan2 burung tu lah. sampai sini almost 30% perjalanan dah.
pekan Chana ni ramai Islam dah.
kami tak lalu Hatyai, ambik jalan shortcut tak  masuk semua pekan2 besar.
cepat sampai sket.
sepanjang perjalanan tu, adik mak aku yg bongsu asyik call tanya kat mana. lepas tu sepupu aku pun.
call selalu sebab ni 1st time kami pegi sana drive sendiri. 
call guna FB je senang, clear je pun.
diorg takda wasap, so guna FB jelah.
nak video call pun blh je.
dah mlm, pak sedara aku risau gak la. sana kan bnyk sekatan jalan raya yg dijaga oleh tentera.
so, dia send location, tunggu kat situ.
pukul 8 mlm camtu sampai kat situ, mcm RnR la.
meriah wei.. kami brenti pegi tandas, pegi 7E.
Aniq dah jaga lama dah, Amni pun mentido so kena gerak.
kat situ dah 70% perjalanan. so dari situ, kami follow je kereta pak sedara aku tu.
jalan situ tak bnyk lampu jalan and bnyk sekatan, tu yg dia datang tunggu.
risau jugak la if kena tahan ke apa sebab kreta dari Msia. Alhamdulillah semua ok.
dlm sejam setengah dari situ, sampailah umah mek aku.
pukul 930 mlm mcm tu selamat sampai. dari situ, hujan sepanjang jalan.
sampai sana, semua dah lapar. Aniq meragam, tak sihat kan.
dan muntah lagi sekali, badan pun panas.
ajak mkn ubat, tak mau. sedih betul tgk muka dia sebab nmpk tak larat.



aku pun tidor tak lena sangat mlm tu.
duk jelom badan dia, tgkkan dia.
Aniq ni kalau demam mmg aku susah hati sebab dia akan melepek je.
tak aktif langsung, susah hati weii.
biasakan aktif ya ampun.

esok pagi pun sama.
mkn pun sikit je, pastu muntah.
masa ni kalau dia nak bapak coklat pun aku kasik je asal dia makan. huhu
dah beralih hari, dia asyik berak pulak.
tak muntah dah, tapi berak cirit. ajak makan ubat langsung taknak.
duk berkepit je dgn aku ni ha mana pun tak nak pegi, pastu asyik tidor.

tok2 sedara semua nak main nak sembang, takda nya dia heran.



meriah makanan wei.
ni yg seronoknya balik sini, makanan happening woh.
keluar pegi pasar nak beli barang basah.
bawak Aniq nak bg dia jalan2, tapi takdanya.
semua tak heran, merengek je pun. huhu.
tak kesudahan, aku pegi farmasi kat sana.
tanya ada ke tak ubat demam yg masuk bontot tu.
tu jelah ubat Aniq kalau panas tak nak turun ni.
luckily ada! lega. huhu
dah sumbat masuk petang tu, mlm tu segar dah.
blh main, sembang and mkn.
Alhamdulillah!!

rugi la dik awak tak sihat.
ramai ni kat rumah tok mek.
makngah aku anak beranak pun balik.
diorg dari Pahang, masuk ikut Kelantan.
ikut sempadan Rantau Panjang. kami sampai sabtu, diorg sampai ahad next day.
so meriah la rumah tok mek. anak2 makngah aku 4 org ikut skali, sorang je tak datang sebab baby kecik lagi.
diorg lama dah tak balik sana. kami pun lama tak jumpa. duk di Pahang nun..
tokmek pun muka happy je sebab anak cucu ramai.
sepupu2 aku tu bujang2 lagi, bising dgn diorg lah.
Aniq ngan Amni je budak yg ada kat situ, seronok la diorg melayan.



hari ke 3.
dah tak demam, dah cergas dah. mujurlah. tapi esok nak balik dah. hehe.
makan pun dah lalu balik cuma susu dia tak nak sangat, takut muntah.
masa ni semua org pegi mandi air terjun.
kami 3 beranak mereput dirumah. aku tak berani nak ikut bawak diorg.
kang mlm demam balik ke apa. Amni ok cuma duk batuk2.
so kita jalan2 depan rumah sajalah ye.

rumah meriah, asyik la masak dan makan, tapi takda gambar sangat.

sebab aku busy tgk budak ni lah.
pastu asyik duk lepak sembang, tak tgk phone sangat. so tak da lah gambarnya. huhu.



menu break1st last day.
aku request makcik buatkan sebab dah lama tak makan.
pulut pagi namanya. aku suka!
pulut tu kukus dulu pastu gaul dgn air gula gerek@gula melaka.
pastu kukus lagi. so pulut tu manis la
nak makan gaul dgn kelapa muda yg diparut yg dah digaul dgn garam. makan panas2 layan wei..

kami balik hari selasa. cuti sampai rabu kan? dapat la rehat sehari nnt.
makngah anak beranak balik mlm Jumaat.
anak2 dia ambik cuti seminggu terus, puas hati.



1 pic before balik utk kenangan.
tok mek, tok umi, mama and Amni.
4 generasi. sama tak muka kami? heheh
Alhamdulillah tokmek masih sihat lagi. lepas la utk dia sendiri.
dia takda penyakit apa, and sangat jaga makan.
now almost 70 mcm tu.
mak aku anak sulung dari 1st marriage dia. adik2 selepas tu dari 2nd husband.
tapi dah dari kecik, jadinya semua close sebab tinggal sekali.

** Aniq duk sembunyi belakang aku tu. dia mana blh biar mama and kakak je ambik gambar walau dah bgtau girls only. sudahnya sembunyi belakang mama. pendengki btoi.


Amni with tokmek.
nak sama tinggi dah hehe
actually tokmek takda la rendah mana, tapi sebab now dia makin membongkok tu nmpk dia rendah.
sayu je muka bila kami nak balik.
dun worry mek, nanti kita jumpa lagi.
Insyallah kalau Allah permudahkan, nnt kami balik lagi.
papa kata no worries sebab dekat je pun. hahaha
bila ikut jln shortcut, dlm 3jam setengah dah blh sampai.
kalau naik public transport, 5 jam jugak la peginya.


ni dah sampai Padang Besar.
singgah opis papa kejap sebab nak masuk toilet.
tgk la Aniq. tu tanda dah sihat la tu, cergas kemain.
takda singgah mana2 pun on the way balik.
keluar pun dah tghr, perut semua dah kenyang, so jalan terus.
singgah 7E je beli kopi Arabus and isi minyak.



cuti hari Rabu, nilah dia
unpack is serius bisnes woooo
walau cuma 4 hari 3 mlm, tapi bab kain baju ni, aduduuuu..

now, tgh plan nak balik bulan mac pulak.
Insyallah kalau takda aral kami join skali.
paksu (adik abah) nak pegi sebab dah lama sgt tak pegi.
nak ziarah tokmek nak bwk anak2 dia.
kenal2 dgn sedara.
actually, tokmek aku tu also mak sedara abah aku dan adik2 beliau.
kiranya abah ngan umi aku ni kawen sepupu.
suami tok mek, arwah tok kiyai abang kepada mak abah aku.

ha gittewww..
so, tali persaudaraan tu tak putus.
org dulu2 kan jenis kawen sedara sebab taknak putus sedara.
harap tu kami nnt tak putus la sedara.
kita yg muda2 ni jgn lupa tok sedara semua ni..
takda diorg, kita pun takda.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...