Wednesday, March 20, 2019

Kakak Amni yg makin mudah di urus

Assalamualaikum..



nak cerita pasal anak dara nan seorang.
beliau adalah anugerah yg dinanti selepas abang beliau dipinjamkan sementara kepada kami.
lepas 6 bulan lepas melahirkan si sulung, aku pregnant again.
ikutkan aku berharap dapat anak lelaki juga sebagai ganti.
tapi Allah berikan aku anak dara.
rupanya ada hikmahnya.
Alhamdulillah..

bila lihat dia kali pertama, Allahuakbar, sebak dada.
lahir pulak tak cukup bulan, ditempatkan di NICU almost 10 days termasuk treatment for jaundis.
retak hati mama tgk dia.
bila dah balik rumah, aku sehabis daya jaga dia sebaiknya.
sepanjang mengandung sebaiknya aku jaga dia dlm perut.
segala lelah masa mengandung hilang bila dia lahir.
doa tak putus utk kesejahteraan anak dlm perut.
aku dapat habiskan hampir separuh bacaan al-quran sepanjang mengandung.
dengan harapan, semua tu utk jadikan dia insan yg terbaik.

dia ni campuran aku dan apaknya
eh of coz la kan? hahaha
I means, perangai.
kuat merajuk : ikut mama
suka membaca : ikut mama
sayangkan barang2 : ikut mama
kuat mama : ikut mama
suka berangan : ikut mama
ehh celah mana yg ikut apaknya ni?
hahaha

Amni ni dlu dia punya cengeng, uiiii penat aku.
kuat sentap, pastu asyik la menangis.
sejak dapat adik. hehe
sindrom dapat adik la tu.
dgn apaknya kemain manja. dari kecik
selalu org cakap gitulah kan?
anak pompuan manja dgn apak..
anak lelaki dgn amaknya..

masa dia baru start skolah kat Pasti dulu, ya ampunnnnnnnnnnnnnnn
menguji kesabaran btoi.
pagi2 tu ko jgn la spoil mood dia, mendapat la
dgn maknya moody p keja
mana kalut dgn adik dia, dgn dia yg duk sentap pagi2 itu tak kena ini tak kena.
aku ni istigfar jelah bnyk2 takmau nak marah2 dia pagi2 kan..
tak elok utk dia..

Alhamdulillah... sejak masuk darjah 2, dia mudah sangat di urus.
bnyk sangat perubahan.
masa darjah 1 pun dah makin ok cumanya ada la jugak bebai tu.
tapi tahun ni bertambah mudah
sujud syukur mak ko ni..



tgk suasana ni pagi2, sejukkkkkkkkkkkkkkkkkk perut mak hang ni.
sejak bulan ni dia dah mula solat subuh.
sendiri ok.
adoihh ai is tacing

maghrib selalu dia jemaah dgn aku or apaknya.
tapi seminggu 2 ni dia nak solat sendiri.
so aku pantau jelah.
bab bacaan dlm solat ada la part yg dia tak lancar but sokay, kadang2 aku akan suruh dia baca. waktu mood dia ok la.
tu la niat aku mula2 hantar dia ke Pasti and seterusnya masa sekolah rendah ke sekolah agama.
nak harap mak pak ajar bab solat ni, kang kelaut dalam.
bila dia ada asasnya, mudah bagi kita.
bukan tak blh ajar sendiri, tapi aku ni kurang sabar, hehe

pagi2 pun sekarang ni dah tak moody dah.
sejak skolah rendah, dia tidor awal.
paling lewat pkul 10. selalunya around 9++ dah gone.
kadang2 lepas maghrib pun dah selamat belayar. letih oi sekolah sampai petang.
jadi balik petang tu aku kena sediakan makanan siap2 dah.
kalau dia tertidor pun takda la dgn perut kosong.
dia ni jenis perut kena penuh sentiasa baru mood dia ok. hehehe
makan pun ok takda la memilih sgt.
bgn pagi, sekali 2 gerak dah ok. kadang tu ada la moody sket.
kadang ada jugak menangis, tapi mak buat donno je
bila dah start break1st, dah ok.
kadang2 dr awal ceria je.
siap2 apa semua sendiri dah sekarang ni. mak cuma kena ikat rambut je. lain smua by herself.
buku2 apa smua pun dia dah blh urus sendiri.
blk skolah, buka beg baju, mandi petang and siap2 semua sendiri dah.
mak bagi arahan je.
lega sangat.
pastu dah blh bantu mak buat keja sket2 dah.
pinggan makan pun dah pandai basuh sendiri dah.
dia pun now dah kurang sentap, menangis tak tentu pasal tu.
tapi sesekali dia moody, sentap aku hangin jugak la.
sebab jenis sentap tak tentu hala. hahaha
kadang aku biar je, kang dia elok sendiri.

oh, Amni ni garang yeh.
ikut mak jugak yg tu. hahaha
tapi garang dia kadang tak bertempat. adik selalu ja kena marah dgn dia
jenuh pesan jgn marah2 sgt, cakap elok2.
kat skolah xtaulah mcm mana dia dgn kawan2
harap ok lah

dia ni jenis sangat sayang brg dia.
kalau benda yg dia suka, mmg dia jaga.
jgn adik nak sentuh. dah lama sket, dia jemu baru dia bagi adik dia.
kalau tak jgn harap la.
aku mmg ajar gitu, hargai barang2 sendiri apatah lagi yg org bagi.
dan semua tu melekat dlm diri dia.
bagi barang beli kat kedai RM2 pun dah seronok tak ingat.
ulang2 say thank q kat mama sebab beli hadiah utk dia.
aku selalu reward dia kalau dia being good.
kadang reward aiskrim pun dah seronok.

aku selalu doa minta Allah lindungi anak2 aku.
minta diorg dimurahkan rezeki, dipermudahkan urusan, diberi kecerdasan minda dan sihat tubuh badan.
dan, kita jugak kena tunjuk contoh yg baik kat anak2.
sebab diorg tgk apa kita buat dan ikut.
bab tudung, pakaian, takda hal dah.
lagipun dia dari Pasti, so mudah utk aku aturkan.
harap tu, sampai besar kekal mcm tulah.
moga Allah jaga anak2 aku..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...