Thursday, March 21, 2019

PENJAGAAN KESIHATAN KETIKA CUACA PANAS DAN KERING

Assalamualaikum..

PENJAGAAN KESIHATAN KETIKA CUACA PANAS DAN KERING

Status gelombang haba di sembilan negeri Semenanjung pada ahad, 17 Mac 2019 @ 8:19 PM dilaporkan berada pada Tahap 1, yakni paras berjaga-jaga, manakala hanya kawasan Pendang di Kedah pada Tahap 2 (Heatwave) iaitu suhu antara 37 dan 40 darjah Celcius. Berdasarkan kemaskini Jabatan Metrologi Malaysia (MET) sehingga 5.20 petang pada 17 Mac 2019, 21 kawasan berada di pada Tahap 1 iaitu dengan suhu mencecah antara 35 dan 37 darjah Celcius. Kawasan disenaraikan ialah, Chuping di Perlis; Kota Setar, Sik, Baling dan Kulim (Kedah); Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta dan Batang Padang (Perak); Jerantut, Raub, Temerloh, Maran dan Bentong (Pahang); Hulu Selangor, Sepang dan Petaling (Selangor). Turut tersenarai, Port Dickson (Negeri Sembilan), Melaka Tengah (Melaka), Tangkak di Johor dan Kuala Lumpur. Gelombang haba berkenaan dijangka berlarutan selama tiga hari berturut-turut. Sementara itu, Sabah dan Sarawak pula mencatatkan suhu maksimum harian kurang daripada 35 darjah Celcius.
(Artikel ini disiarkan oleh Bernama)  

Cuaca panas yang terlampau boleh menyebabkan seseorang kerap berpeluh dan kesannya, cecair dalam tubuh akan berkurangan seterusnya menyebabkan individu terbabit akan mudah berasa letih dan kurang bertenaga serta lebih berisiko mengalami dehidrasi dan strok haba yang boleh membawa maut. Mereka yang mengalami penyakit-penyakit seperti batuk, selsema, asma, sakit mata, jangkitan paru-paru yang kronik hendaklah datang ke Pusat Kesihatan dengan seberapa segera jikalau keadaan penyakit bertambah teruk. Perokok, pengguna rokok elektronik dan vapers juga dinasihatkan supaya berhenti merokok dan berhenti menggunakan rokok elektronik dan vape.


Artikel dari : PUSAT KESIHATAN UniMAP
 
----------------------------------------------------------------------------------------------

panas lain macam skang ni
Perlis ni lagilah..
terik woo
kalau takda sebab memang duduk rumah jelah.
duk rumah pun panas berbahang sama je, kat luar lagilah..
rasa nak on je aircond 24 jam bila kat rumah.
nak je pasang aircond dari porch sampai dapur nu haa.. amboi diaaa.
pastu sampai bil eletrik, terkeluar bijik mata ko tgk amount. hahaha

aku ni kalau blh malas nak keluar mkn tghr bila pegi keja tu.
selalu bwk bekal, kalau tak bawak bekal tu no choice la kena keluar carik mkn jugak.
dari opis nak jalan ke kereta pun, terkedip2 mata tahan silau panas tu.
bahang panas tu aduduu..
dah sejam kat luar pegi makan, masuk opis balik kena sejuk aircond legaaaaaaaa lahai rasa.
tapi silap2, blh sakit kepala.
sebab, sejuk, panas, sejuk balik. huhu
pastu teringat ke Amni, mcm mana lah dia kat skolah.
hari2 pesan habiskan bekal air masak  tu and jgn main panas. duduk je dlm kelas.
blk petang tu tgk oi makin berkilat muka sunburn. ehehe.
kat rumah mlm2 pun kemain panas berbahang.
nak mandi pun air panas, tak payah pakai water heater dah skang ni..
hujan tu ada, tapi jaranglah sangat.
jagalah kesihatan kita sekeluarga di musim panas ni.

sama2 lah kita doa, moga fenomena panas ni tak berpanjangan.
moga kita semua dilindungi dari bencana..
mudah mudahan..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...