Monday, June 10, 2019

1 Syawal | Aidilfitri 2019

Assalamualaikum..

Selamat Hari Raya utk semua.
ada yg masih cuti ke? hehe
aku dah masuk keja dah.
last Friday pun dah keja. pecah rekod thn ni keja di hari raya ke 3 haha
thn ni aku cuti sebelum raya, Isnin dan Selasa.
opismate aku dah booking awal cuti, sokay la mengalah bagi depa cuti.
makanya aku cuti sebelum, diorg cuti selepas.
tapi awas ya, thn depan aku pulak cuti hahahaha
tak pernah aku cuti sebelum raya sebab takda menda nak buat sgt pun.
selalunya kalau keja lagi a day before raya, opis aku akan bg pelepasan balik awal, keja setengah hari je.
lagipun aku tak beraya kat rumah sendiri pun. lepak umah mentua and rumah makpak aku.
rumah sendiri tutup heheh
thn ni abang aku anak beranak turn sini. adik aku pun sama. dia lama dah tak balik raya sini.
keja, susah nak cuti. thn ni haaa cukup 6 beradik ada.
Alhamdulillah..

pagi raya, mcm biasa kat rumah mentua dulu.
gitulah sejak 10 thn kawen.
tghr baru gerak ke rumah mak pak aku.
kalau abg aku blk biasanya, diorg keluar beraya lepas solat. tak tunggu rumah.
diorg akan datang rumah mentua aku then aku akan follow diorg beraya ke rumah sedara mara sebelah aku.
selalu pun mcm tulah.
sebelah suami tak ramai sgt kat sini. mlm raya pertama akan berkumpul kat rumah tok sedara dia.



tema kami thn ni kelabu.
plan asalnya lain, tapi kita hanya merancang huahuahua.
tailor aku takdok, entah balik Siam ke pindah taktau lah.
call takdapat, pegi rumah 2-3 kali berkunci ja.
tailor lain bulan 3 dah takmo ambik tempahan.
so, carik baju readymade jelah utk aku dan Amni.
selalunya tempah 2 pasang sedondon, tahun ni takdok.
usha IG, tgk baju cotton.
pun ok sebab dah biasa pakai, rembat kebaya utk kami anak beranak from Dhia Cotton.
beli awal sebelum puasa. kut takda saiz. hehe
utk jejantans 2 beranak tu, beli kat bazar raya.
thn lepas pun beli situ ja. senang sebab diorg dah letak baju pak and anak sekali.
so, kaler memang sama lah kan?
murah, kualiti tu boleh la takat nak pakai kejap2.
laki aku celah mananya nak pakai bau melayu pun.
hari Jumaat pun keja, g solat pakai baju keja jelah.
baju melayu mmg utk raya semata.
so beli ala kadar ikut kemampuan jelah.


fokus ke butang baju melayu Aniq.
spiderman kau hahahah
kemain suka dia. sebab dia ni sepaideman jelmaan
kasut selipar pun nak spiderman.
apa2 superhero ko bagi je ke dia, semua suka.
kang dgn dia2 skali duk meragaih rata jadi spiderman la, ultraman la.
layan jelah anak jantan.


plannya nak solat sunat hari raya, tapi tak sempat.
nak siap anak2 haishhh tak sempat.
so, apaknya jelah p bawak ayah dia.
aku kat rumah siap2 apa yg patut.
sempat la kukus kek coklat sebijik.

pastu siap2, pegi rumah mentua.
thn ni, beraya tanpa mama.
so, takda la menu special dari mama dah.
kalau tak, mama suka buat nasi and lauk2 like nasi tomato, nasi minyak ke sama2 dgn ayam ros, or daging kurma mcm tu..
Al-fatihah utk mama.


4 ketoi cucu wan.
anak kak ipar aku dah besar2. Hana dah darjah 5, Haziq form 4.
yg kenit2 anak aku jelah.


family photo.
kemain susah nak setuo sebab takda tripod.
mujur Haziq ada monopod, aku pacak kat pasu bunga kak ipar. hahaha
sebelum2 ni tak pernahnya sempat nak bergambar.
thn ni kita usahakan sebelum tetamu datang.
wan tu dah bukak jubah dah, pakai baju kemeja biasa.
kita paksa dia tukar hehe
so, inilah keluarga kecil sebelah suami aku.



tema kak ipar and family thn ni biru.
nice gambar diorg sebab anak2 dah besar.



nilah gambar raya family kami.
takda 1 pun yg elok.
sabaq jelah ngan mat Aniq sorang. haiyoooooooh
mcm2 kelaku dia, pusing merata.
senget benget gambar.
pasrah jelah mak ko nak..



penghibur seisi rumah
penghuru harakan rumah pun ye jugak dia ni.
manja ya ampun. cheeky pun ya.
handbeg mama ni.



2 buah hati pengarang jantung mama.

dah tghr sket, family aku semua sampai.
2 kereta datang, so penuh la rumah.
dan kami pun beraya kat situ jugak la ehehe
adik aku Azwan tu sampai pkul 3 pagi.
last puasa aku berbuka kat rumah mak aku. dia duk atas highway lagi. hehe

mkn2 kat rumah mentua, pastu gerak keluar sama2.
pegi ambik gambar kat studio.
dah alang2 semua ada kan?
mak aku memula takmo, ambik jelah gambar sendiri dia kata.
tak sama, ambik kat studio gambar lawa, dia print buh frame siap.
kita ambik sendiri guna handphone ni pas sudah duk dlm handphone jelah.
nak g print, duk krik2 situ jelah.
lagipun raya kan, kasik lain sket la.




complete!
adik ipar aku bawak adik dia skali. so minta dia snapkan gambar kami lepas photog setel ambik.
harap gambar tu nnt elok la.
sebab Amierul dah moody tunggu lama.
photog tu snap bnyk kali jugak la nak dapat yg the best. kita tunggu gambar siap nnt cemana.
takda la lama dlm 30minit camtu sebab ramai.
ikut turn la. now dah jadik trend, semua akan g ambik gambar raya kat studio dulu pagi2.

setel situ, konvoi ke rumah Wa, abang abah aku.
semua sedara mara sebelah abah ada sana dah. so pegi raya sana dlu.
wa anak beranak masak nasi tomato.
mkn, lepak2, bergambar, beraya, edar duit raya.
pastu ke rumah maklang pulak, adik abah.
rumah abah, raya ke 2 nnt.



kat rumah Wa.
tak semua masuk frame, ada yg dah keluar.
tak ramai yg balik thn ni.
kalau semua sepupu sepapat ada, hmmm riuh.
tu yg best raya ni. bila semua berkumpul bising huru hara.
bukan selalu. so kena enjoy moment tu.
mana best raya sunyi2 kan? heheh


kat laman rumah Wa.
sebelah tu dia tanam pokok buluh.
photoshoot lawa ni wei.
tapi panas lit lit so tak kuasa la sangat nak bergambarnya.


next ke rumah maklang, menu bihun tomyam.
adudu.. sengak perut. mujurlah aku ada kesedaran, mkn sikit2 je setiap rumah.
kat rumah maklang tu last, so blh mkn bnyk hahaha.
kena pulak ada harumanis, hmmm mmg sengkak perut la.

mlm tu ke rumah tok sedara sebelah husband.
menu steamboat. haishhhh..
mkn, lepak sembang2. nak bergambar tapi lupa. aiyoo..
pastu balik tidor kekenyangan. kena pulak hujan mlm tu, semua terdampar. haha
selesai 1 Syawal.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...