minggu last raya, hujung bulan lepas 30hb kazen aku kat Penang jemput ke open house beliau.
kena pegi sebab dia kalau buat open house makan semua sedap2 hahaha
sejenis yg pandai masak anak beranak mentua ipar duai semua.
tak paham aku. duk apartment je, besar mana je pun dapornya kan?
tapi blh masak banyak jenis dan sedap.
tahun lepas dah pegi, tahun ni dia jemput lagi so jom kita pegi
hehehe
pegi balik hari jelah.
bgtau pak incik dia on je.
siap plan nak bawak anak2 mandi pantai.
keluar awal, g mandi manda dulu pastu baru g open house.
eh malas aku nak merenyah.
sudahnya he come out with idea utk pegi bukit bendera.
yay!
so, pagi2 tu bangun subuh2.
aku siapkan bekal break1st.
tau dah perut anak2 mcm mana so kita prepared apa yg patut.
aku buatkan sandwich telor and goreng nugget.
mak aku tak ikut kali ni sebab dia tak larat katanya.
so, just kami anak beranak jelah.
anak2 semua excited mudah nau bangun pagi.
cuba kalau gerak bangun nak g sekolah. kemain liat mat aniq tu. huhu
before 7 am kami dah gerak. dasyat betul laki aku ni. jarang nak tgk dia on time hahaha
apaknya bgtau nnt atas bukit sejuk, beriya la dia pakai sweater dari rumah tak bukak2 haha
ni kat hentian Jitra. apak g top up TnG.
pakat turun melepak sama.
pastu terus tak brenti memana dah.
mak pun nak join sama posing sini.
hentian ni yg 1st jumpa kalau keluar ikut highway Changloon.
dah jadi wajib brenti sebab pak incik suka beli kopi @ milo kat sini.
anak2 pun dah tau sgt dah. dia rajin layan, so keja dia lah ni.
maknya goyang bontot je.
atas highway lancar je kreta tak banyak.
gerak awal pagi ni best.
anak2 smua mentido.
dah masuk Penang dekat nak sampai baru aku gerak.
by 9am dah sampai Bukit Bendera.
yay!
tgk masih lengang sebab awal pagi.
kat kaunter pun takda org sgt.
bagussss.
eh ni our 1st time tau mai sini.
hahahah. konon mak mentua org Penang, tiap2 tahun pegi Penang, tapi Bukit Bendera pun tak pernah naik. sabaq jelah.
eh dulu masa Amni 2y++ mcm tu pernah dah meh sini nak naik la kononnya.
skali kat parking un que mcm ngan apa, sudahnya kami patah balik.
tak kuasa aih. time tu cuti skolah, so masaklaaaa.
apaknya drop aku kat depan, dia g pusing parking.
luckly dapat parking nearby ja. Alhamdulillah.
aku turun nak beli tiket tapi tak dapat sebab kena provide IC ye anak2.
ada sorang petugas yg tunggu kat depan kaunter akan check if dah cukup semua IC, baru blh masuk beratur.
mujurlah park pun nearby, so sekejap jelah tunggu diorg sampai then aku masuk beratur beli tiket.
eh takyah beratur pun sebab tak da org.
huhu best.
tu untungnya datang awal pagi walau Sundayyyy.
harga tiket.
dewasa with IC, utk pergi balik RM12.
kids with IC, utk pergi balik RM6.
ok la kan?
a day before pergi aku tgk kat website dia, blh booking online.
tapi aku tak beli pun la. not sure mcm mana if beli online.
korang refer website sana.
dah beli tiket nnt ada electronic board kat pintu masuk utk show up our turn. refer to ticket.
mudah je.
follow je walau 1st time datang.
ada laluan nak ke train. then kena beratur la.
kat dlm ramai jugak so tak sempat nak ambik gambar.
nak pegang anak2 lagi kan?
risau gak nak lepas pun.
sekali jln 1 train. 1 gerabak je.
ramai jugak blh masuk dlm tu.
tempat duduk tak bnyk so kena berdiri.
masa naik kami kena berdiri. takpe sebab tak lama pun nak sampai atas.
dlm 10-15 mnt camtu kalau tak silap.
dulu, train tu open air. now dah bertutup and aircond.
lebih selesa.
sampai atas, so jomlah jalan2 tgk Bukit Bendera.
pit stop pertama.
ramai jugak ni. blh tgk Penang dari sini.
pagi kan, so berkabus. sejuk ja cuaca.
aku tak ambik gambar bnyk sgt. gambar anak2 jelah.
pak incik bnyk jugak dia snap dan aku lupa suruh dia share. hahaha
ni tak ingat area mana.
pokok bunga lelawa la haiiiii. mcm cameron highland la lebih kurang.
aku minta pak incik snapkan, laju je mat aniq meh menempel.
dia mana blh tgk mama pose sensorang.
sudahnya dlm 10 snap 1 pun tak elok sebab dia pose mcm2 style.
sabaq jalah budak ni.
depan Owl Museum.
tak masuk pun. museum tu kat bawah, tapi kami naik ke atas.
aku tgk tak ramai pun masuk.
mostly org yg datang nak bergambar je hehe
ni kat bahagian atas tu.
ada kunci2 cinta kat sini.
apaknya tanya apa ke benda nih? old skol la awak bang..
ni kau kunci cintaku didlm hatimu laa hahaha
ada org jual padlock mcm2 pesen kat situ. tak kuasa aih nak beli
anak dah 2 nak kunci menda lagi tahhh hahaha
pastu ada 1 arca love besar kat situ. berpagar.
nak masuk bergambar sila bayar.
aku perasan bnyk arca or kawasan yg lawa2 diorg pagarkan
nak masuk kena bayar.
eh2. pandai buat duit ehhh
kami tak masuk pun. pusing2 tgk kat tempat lain jelah. luas jugak kawasan atas tu.
ada buggy, blh naik utk pusing2 kat atas.
2km pegi 2km balik, RM35. uhuk2.
takpelah...
pastu ada Haunted House and Costume House. anak2 gedik nak masuk.
apaknya ngikut. dewasa dia ambik sorang RM10 anak2 tak payah.
sekali masuk, hampehhhhhhhhhhhhhhhhhhh.
haram tak best.
costume pun buruk and lama. dah rosak. pastu ada patung2 superhero.
pastu miniture je bnyk. bilik pun kecik je. tak best.
rumah hantu aku tak masuk. malas.
aku rasa 1 round tu 3 minit je kut hahaha
Aniq tak takut pun. sabaq jelah.
pusing2 ada playground. so bg anak2 main kejap.
pastu turun lah.
matahari dah mula memunculkan diri. org pun dah makin meramai.
dlm pkul 10.30 tu kami turun.
actually Amni tu buat perangai. duk lapar lapar.
haishhh. padahal aku dah bawak bekal, dah setel mkn pun dlm kreta.
saja nak buat perangai. so kena la leter ngan mama. dah lama sket jln baru ok.
tak sabar2. aku cakap mana ada makanan kat atas ni. kafe pun tak buka lagi sebab awal.
turun tu tgk ada AnW, so apaknya tapawlah food kat anak2 dia.
kan ada kafe kat atas nun yg ramai duk share ais kacang viral la menda tah.
tak sempat try. aku pun tak perasan ahaha.
lagipun nak pegi mkn tempat lain.
tercapai lah jugak hasrat nak naik Bukit Bendera.
kut nak repeat dlm masa terdekat ni, tak kut.
tunggulah 3-4 tahun lagi hahaha
keluar dari situ kami pegi mkn nasi kandar Kg Melayu.
weehoooo..
No comments:
Post a Comment