Tuesday, July 23, 2019

Picnic @ Bukit Ayer

Assalamualaikum..

Rabu minggu lepas, 17hb Julai Perlis cuti.
sempena hari keputeraan Raja Perlis.
tapi cuti je, segala aktiviti yg dirancang dibatalkan dan ditunda. khabarnya Raja kurang sihat.

bila dah cuti tgh2 minggu mcm ni, terasa mcm nak do something.
yg mampu milik sebab gaji lambat lagi huahuahua.
then terpikir, lama tak bawak anak2 pegi piknik.
nak pegi dekat2 jelah, daripada duk saja kat rumah.
apaknya pun cuti, makanya jomlah kita.
bawak anak2 beriadah

plan skali adik2 aku, nak pegi pikinik kat bukit ayer.
kat area Batu Pahat sana, dekat dgn Taman Ular tu.
dgn rumah aku tak sampai 30mnt pun.

pagi tu lepas subuh, pkul 7 aku dah mula menanak.
masak nasik lemak je.
pastu bawak la biskut2 utk kudap2 anak2 nnt.
roger adik aku minta dia tambah apa2.
anak2 pun bg kerjasama bila bgtau nak pegi mandi manda.



simple je pun, nasik lemak + telur rebus + ikan bilis + kacang goreng + sambal.
nasik seperiuk dah masuk dlm bekas nasi dah.



pakai baju mandi dari rumah.
malas dah nak salin2 nnt.
menggedik je masing2 tak sabar nak masuk air.
budak kalau dgn air kan?



kat ruang legar air terjun Bukit Ayer.
kami sampai dalam pukul 11 pagi.
org pun dah ramai masa ni.
cuti kut.
cuaca nyaman sejukkk sebab semlm hujan.
but no worries. sini air terjunnya kecik je.
more to sungai actually.
walau ada bukit tapi airnya landai saja.



adik2 aku sampai dulu, minta diorg carikan tempat.
tak dapat yg gazebo tu. kalau tak syok la, makan bersila.
apa2 pun mkn dulu.
jenuh paksa budak2 ni makan dulu.
masing2 tak sabar nak masuk air dah.


kawasan sekitar.
kecik je pun kawasan ni.
tapi kemudahan lengkap la. ada toilet, bilik mandi, surau.
then ada juga org meniaga makanan ringan. tak bnyk pun la.
blh la sekadar nak beriadah.



ada yg buat bbq.
kawasan luas n lapang, selesa ja.
gazebo ada 2-3 biji.
sebelah sana, sebelah sini ada ja tempat duduk.
kalau tak dapat, bentang tikar bawah pokok pun takda hal sebab tak panas sgt kawasan ni pokok bnyk.
cuma standard la kawasan air terjun kan, takda la bersih sgt.


 
ada kolam mandi.
tak dalam sgt. tp utk kanak2 mcm anak2 aku takleh la.
tu nmpk apaknya duk cekak pinggang tgk anak main air. hehe
2 gambar bawah tu, ada gelungsur.
terus masuk kolam lagi 1. budak2 suka la, tapi anak aku takleh la.
sebab kolam tu dalam, tak sesuai utk diorg.
utk makpak ni ha ok.hahah
dulu masa datang 2 thn lepas, aku try la jugak.
sekali tu jelah hahaha


ada air terjun, tapi kena mendaki sket.
kat ikon tu. tapi takda la kuat sgt airnya.
situ jernih la, dah turun ke kolam ni air keroh sket.
sungai kan?
malas aa nak pegi. kami kat bawah2 je.
lgpun aku malas nak basah2, setakat rendam kaki je.
bawak baju salin tapi malas.
dah umor2 gini segan lah nak mandi kat tempat mcm ni.
tak elok. mmg tak blh pun. huhu




anak2 sis.
hahaha. kemain sronok diorg berkepak. sini jelah pun yg ok utk diorg.
tu pun kena hati2 sbb licin, berlumut bawah tu.
gilir2 jaga diorg. kejap apaknya, kejap aku, kejap adik2 aku.
diorg duduk ja berendam sampai kecut.
pastu pegi kat sebelah sana, tapi tak lama sbb air lagi sejuk compare sini.
kat kawasan ni mmg budak2 baya diorg ja yg main.
yg lain mcm kena tunggu and dalam sket.
sejam lebih jugak la berendam tu.
pastu naik makan lagi then pegi mandi tukar baju.
pukul 1 mcm tu dah gerak balik.
happy kemain diorg. ok lah kan?
ada aktiviti sekeluarga.

Bukit Ayer now dah kenakan bayaran utk pengunjung.
kira per head.
tak mahal pun, dewasa RM2 kanak2 RM1.
blh bayar takda hal.
bila dah berbayar ni pengunjung and rakyat Perlis also berharap ada la penambahbaikan kat situ.
setakat la ni yg aku pegi, sama je
takda nmpk apa 2 lagi yg baru pun.
maybe kedepan ada. harapnya begitulah.
maybe lebih bersih, tandas pun lebih elok, facilities utk pengunjung jadi lebih elok and baik.
kalau setakat kutip duit utk pengunjung tapi takda apa2, no pointlah.
yg aku hairannya, kutipan sampai pkul 12tgh camtu ja, pastu dah takda.
pegi mana tah pakcik yg kutip duit tu.
org masuk petang, free huahuahua.
ini tidak adillllllll..






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...