Wednesday, July 31, 2019

Resipi : Bubur nasi senang dimasak sedap dimakan

Assalamualaikum.

nak share resipi mudah nak mati.
tajuk pun kemain konfiden.
hahah
tapi serius sedapppp.
sila lah cuba.

ahli rumah aku semua suka bubur nasi.
sini ada yg panggil moi.
2-3 bulan skali haaa aku buat la utk ahli rumah ni.
licin seperiuk okeh.
semua suka.

meh aku share cara aku yg dijamin sedap.
korang kena try tauuuuuuuuuu.

over nauuuu hang ni. padahal bubur nasi je pun.
eh, cara org lain2 kan?

okeh, 1st utk nasi tu.
nak jimat masa menanak, kita masak dulu nasi guna rice cooker.
bubur nasi ni kena masak lama sebab nak bagi lembik.
unless korang ada slow cooker or periuk noxxa bagai tu.
or, guna beras utk bubur.
tapi rasanya takda sesaja kita nak beli beras tu simpan kan?
selalunya kita guna beras biasa, so kena masak lama.
kalau korang blend beras tu, nnt tak best sgt.
dah jadi mcm moi baby, halusssss.
so, kita masak dulu nasi guna rice cooker.
kalau biasa korang masak nasi utk semua ahli keluarga tu 2 cawan, utk moi ni, secawan dah cukup sebab nnt dia kembang dah masak lama.
sukatan air is 3 kali ganda dari sukatan biasa.
pastu on suis periuk nasi, ha biar dia tanak nasi tu dulu.

next, korang blh la prepare bahan2 lain.

1. isi ayam yg dipotong kecil
2. halia yg dimayang halus
3. bawang putih hiris
4. daun sup
5. ubi kentang potong 4
6. carrot (optional)

halia n bawang putih kena banyak.
tu rahsia sedap bubur nasi korang.
kalau ada yg tak suka halia tu, jgn lah mayang halus sgt. kasar2 pun takpe.
nak potong besar then ketuk2 pun blh.
aku suka halus2, makan nnt tak rasa sgt pun.
sama mcm bawang putih.
anggaran aku masak ni, bawang putih dlm 4-5 ulas.
halia besar ibu jari X 2 ketul.
nnt bau tu sedapppppppppppppppppp je.

bahan2 ni semua korang masuk dlm periuk and rebus. kecuali daun sup jgn masuk lagi.
air kena bnyk. pastu perasakan.
mcm buat sup lah, taruk la garam.
aku taruk 1 kiub ayam and biar secukup rasa yeh.
agak isi ayam dah separuh masak, masukkan nasi yg korang masak tadi (lepas nasi dah masak).
pastu didihkan lagi sampai air sup tadi kering.
selalunya tak lama sbb nasi dah lembik kan?
jg sampai air kering sgt dan jgn bnyk sgt.
sedang2 je.
sebelum tu masukkan daun sup kat bahagian akar tu. basuh bersih ye.
then utk daun n batangnya, potong panjang2 campak masuk dlm tu.
kalau guna daun sup siam lagi best baunya
aku sukaaa hihi




bahan2 sampingan penyedap rasa :

kacang tanah goreng. goreng dgn minyak sedikit yeh.
telur masin
bawang merah + bawang putih goreng. yg ni goreng sendiri, lagi best.
daun sup + daun bawang dirincik halus.
cili kicap. cili padi+bawang putih tumbuk halus then gaulkan dengan kicap+cuka.

ni kalau ada ikan bilis kecik tu, lagi best.
saja aku tak goreng kali ni sebab isi ayam dah bnyk dlm bubur tu.
bnyk sgt rencah tambahan kang tak best jugak.
ini pun dah menambah2 makan.

pastu ko makan dari lunch bawak ke dinner.
semua ahli rumah aku suka nih termasuklah aku hahaha
anak2 pun suka sgt.
cubalah.
senang je pun nak buat.
makan pun sedap.
sesekali buat, mmg licin makannya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...