Assalamualaikum..
Selamat Hari Raya Aidiladha utk semua.
walau hari ni dah masuk raya ke 5 hehe..
hari ni baru masuk kerja.
Perlis cuti raya sampai selasa, then rabu aku ambik cuti.
sebab rabu baru makpak aku buat kenduri.
so hari ni lemau la sket masuk keja hehe
raya haji ni selalu relax chill je takda meriah sgt.
yg meriahnya cuma daging jelah.
persiapan raya apa pun takdak.
utk anak2 aku ada la beli baju sorang selai.
baju yg beli raya puasa lepas pun elok baru lagi, sekali 2 je pakai.
tak payah nak membazir sangat lah kan?
lagipun raya haji ni tak kemana sangat pun.
utk Amni aku beli jubah selai, murah2 je pun.
utk 1st raya dia pakai baju kurung yg tok umi buat masa raya puasa lepas.
tak sempat pakai pun raya hari tu, so aku simpan jelah pakai raya haji.
utk Aniq, 1st raya pakai baju melayu raya puasa lepas sama ngan apaknya.
pastu ada la aku belikan tshirt baru 2 helai sama dgn kakaknya.
saja beli sebab ada sale pastu ada design sama, leh pakai gegirl ngan boboy.
apaknya tak beli apa.
aku beli jubah selai ramai2 ngan geng opis. murah je, rm68 je sepasang.
pastu jalan2 ehhh terbeli blouse selai.
eh bnyk pulak maknya beli hahaha.
takpe sebab kang blh pakai g keja, takda la rugi sgt kan ehek ehek ehek.
start Khamis aku puasa.
tak dapat nak puasa dari awal sebab abg aku anak beranak ada sini.
pastu aku pulak cuti 2 hari duk ulang p tengok anak buah aku main sofbol. nak puasa pun tak sempat la duk ulang pegi padang tgk diorg main.
panas oih. hehe
so, Khamis sampai Sabtu baru aku puasa. dapat lah 3 hari. oklah kan hehe
Sabtu balik berbuka ngan mak aku. dia buat ketupat + gulai daging as usual lah.
raya pertama, plannya nak g solat sunat hari raya.
tapi tak dapat sebab adik aku yg kat UPSI sampai pagi raya.
nak siap2 g masjid nak menjemput dia, so tak sempat.
so, apaknya pegi dgn adik aku jelah.
kami siap2 kat rumah.
lepas solat pegi umah mentua, makan and lepak sana kejap.
tghr blk rumah mak aku. ambik dia pegi rumah mak sedara, dia ada buat korban.
mkn nasi situ.
pastu petang blk rumah.
letih sebab cuaca panas, berkuap..
mlm tu takleh nak tidor sgt sebab sakit gg hahaha.
mkn tak bnyk mana, tapi maybe daging tu liat sket kut.
entahlah.
raya ke 2, ada 2 jemputan.
tghr gerak ke rumah jiran mak aku.
kenduri kawen. lepas mkn situ, blk rumah mak aku, solat zuhur.
pastu ke rumah ke 2, sedara pak incik.
mostly makan daging jelah. tak berani nak mkn bnyk sangat kut sakit gg lagi.
mujurlah ok. sampai hari ni tak sakit dah.
raya ke 3, lepak rumah mak aku ja tolong apa patut.
abah ambik sebahagian utk korban tapi kenduri raya ke 4.
ptg tu pegi jemput sedara mara datang dari Thailand.
diorg nak datang makan daging kat sini pulak.
plan asal nak raya sana, tapi ada kekangan tak jadi ke sana.
so, diorg yg turun sini. meriah rumah mak aku.
best!
raya ke 4, makan2 kat rumah sendiri.
menu sangatlah best. tukang masak ramai, mcm2 menu ada.
ada nasi kuning @ nasi kombok, kazen aku masakkan. aku pun tak reti buat hahaha.
nasi putih pun mak aku masak jugak.
lauk pauk ada ayam kg masak merah, yg ni maklang aku masakkan.
pastu ada sambal petai ikan bilis. petai makcik aku bawak seguni dari sana. puas lah makan.
pastu of coz la ada bihun sup.
makcik aku buatkan sup ala Thai la.
mlm baru aku sempat makan. sedap weiiiiii
mlm tu bakar daging pulok. sepupu aku buat sos dia, sedap wei.
pkul 11 duk makan daging lagi.
matilanakkkkkk. kena check kolestrol pasni hahaha.
oh, gambar makan, nan hadooooo.
mak bizi hehehe
bizi makan, bizi menyembang, bizi kejar anak.
anak2 aku ada kawan, takda nak hairan ke mak ni ha.
nak panggil makan pun jenuh berperang, seronok main je masing2.
pastu malam, nak tidor masing2 bebai.
Aniq dah 2 malam tidor mengigau teruk. dengan aku skali tak lena.
sabaq jelah budak tu.
so, selesai raya haji.
simple saja namun tetap meriah cara kami.
makan daging hari2. pasni makan ikan rebus jelah ye.
apa pun TQ Allah utk rezeki ini.
tempat lain ada yg tak merasa pun nak makan daging fresh mcm ni.
ada lebih mcm ni, jgn membazir yeh.
the only gambar raya yg ada, tu pun raya ke 2 nih.
tema adalah merah makngah pakngah hehehe
aku pakai baju raya puasa lepas je, sama dgn apaknya.
anak2 je baju baru.
Aniq tak puas hati sebab katanya mama tak pakai merah pun. sebab baju aku maroon.
otw nak ke kenduri jiran mak aku.
jalan kaki saja sebab sekentut je pun dari rumah mak aku.
kesayangan.
tengoklah kelaku mat aniq tu. ada sajalah gaya dia.
pastu kena marah dgn kakak dia sebab tak pernah nak serius.
relax kakak, hidup jgn nak serius sgt eh. hehehe
No comments:
Post a Comment