Friday, August 16, 2019

Solatlah walau bagaimanapun kita....

Assalamualaikum..



ini aku ss dari IGs Fynn Jamal.

terkesan sangat.

sebab, aku ada kat semua kategori tu.
pernah jugak terlepas solat.
tertidor lah antara sebabnya. selalunya Isyak lah.
sebab tu aku suka praktikkan, pas Maghrib tu duduk je atas sejadah dgn telekung tunggu Isyak terus walau tak buat apa2 hahaha
kadang2 aku mengaji quran lepas maghrib tu.
selalunya maghrib tu tak la on time sangat. waktu puncak kan?
aku tgh cuba jaga makan balik sebab berat nau rasa badan ni huhu.
so, petang balik keja tu bizi bersilat kat dapor nak kena siap masak before 7.
sebab aku nak makan before 8. alah masak simple2 je pun.
so, by 8 pm tu aku dah nak mandi and ready utk solat.
anak2 pun kena make sure dah setel mandi and solat by 8.
apaknya selalu antara pkul 7-8 la nak sampai rumah.
waktu tu mmg  huru hara la rumah.
pkul 8++ tu semua dah setel solat baru blh on tv. kadang2 anak2 tak makan lagi, maknya nak duk atas sejadah je, so kena keluar jap bagi diorg makanan.
diorg slalu makan sendiri sambil tgk tv. dan masa tu, me time maknya atas sejadah.
sementara tunggu Isyak.
dapatlah 3-4 muka surat. jadiklah kan
kadang aku baca surah al-waqiah je pastu layan youtube.
masya Allah sangat perangai huhuhu..
aku pun manusia biasa, tak lepas buat dosa..
pastu dah azan blh terus Isyak, so tak terlepas.
kadang2 kalau tak solat siap2 mcm tu aku tidor terus pastu jaga dah subuh dah uhuk uhuk
kadang terjaga pkul 5 tu,ha dapatlah isyak pakej dgn tahujud skali.
kalau tak jaga, pakai sadaqallahhhh..

then now cuba utk solat on time.
aku ada sembang2 dgn kwn ustaz aku tu, dia kata kalau blh paling lewat setengah jam selepas masuk waktu solat. jangan lebih.
so, kita cuba awalkan.
solat awal waktu ni banyak kelebihannya.
kita dahulukan solat dalam segala hal, Insyallah besar manfaat yg kita dapat nnt.
Allah dah kata kan, dahulukan Dia dalam segala hal.
kadang kita bizi buat keja, alasan tu lah sebab lambat solat. hujung2 waktu baru nak solat.
kalau kita solat awal waktu, percayalah, banyak je masa kita nnt utk selesaikan kerja.
paling jangan buat, solat hujung waktu pastu, pastu tunggu kejap eh dah masuk waktu lain.
jangan. tak elok.
cariklah hadis ke penerangan bab tu. jgn diamalkan.
lepas tu nnt kita persoal kenapa Allah lambat bagi apa yg kita minta dari Dia.
dah solat pun hujung2, cemana Allah nak tunaikan apa kita minta kan?

selalu yg nak lewat tu masa Zuhur.
kat opis la selalunya. eh kat rumah pun kadang2 jadik huhu..
kluar lunch pkul 1-2. masuk tu rest kejap sebab panas kan baru masuk opis.
pastu start buat keja, sedar2 dah pkul 3 lebih. ha menggelupur la nak p solat.
kadang pkul 4 baru sedar. Allahuuu...
aku cuba now paling lewat solat Zuhur pukul 3. cuba nak awalkan lagi Insyallah.
moga Allah bantu.
kalau tak keluar lunch tu, kadang dapat la solat pkul 2.30 camtu.
then, betul. bila kita solat awal waktu kita akan ada banyak lagi masa lepas tu utk buat keja.
sebab kita dah mengadap Tuhan dulu, bos paling besar.

dah cukup solat 5 waktu, dah solat on time now kita up dengan solat2 sunat.
dah banyak bulan aku tambah now is solat sunat Subuh.
Alhamdulillah, dapatlah.
banyak kelebihan solat sunat Subuh ni. blh Google cari. cubalah tambah.
utk tahajud tu kadang2 ada tak terjaga. masa bulan puasa selalu dapat la sebab bgn sahur kan?
now mcm selang seli.
berat sangat mata tu nak celik awal huhu.
then solat Dhuha. dulu buat masa weekend je.
sejak Ramadhan lepas aku berjaya buat hari sebab tak perlu break1st bila sampai opis.
Alhamdulillah tu berkat Ramadhan yg aku dapat kali ni.
dulu sampai opis terus menuju nak pegi makan. bila puasa tak makan, so sampai2 opis terus pegi solat dulu then start keja as usual. tak ambik masa lebih pun.
lepas Ramadhan pun aku cuba teruskan. sebab now aku tak break1st, aku sedang cuba utk amal IF. sampai sekarang Alhamdulillah dapat kekal momentum tu.
bangga dengan diri sendiri uhuk uhuk.
eh, aku cerita ni bukan utk riak ke apa. tak. share je mana tau dapat bantu korang semua.
tak susah sebenarnya benda ni. niat biar betul, minta dgn Allah supaya dia bantu kita.
bila dah terbiasa buat, bila terlepas ko akan rasa tak cukup. percayalah.
begitu jugak dgn solat2 sunat lain. kita cuba tambah dari masa ke semasa.

utk qiam waktu malam tu, yg mcm berat now.
mudah terpedaya betul dgn tilam bantal ni.
nak mula sesuatu yg baik ni mmg banyak halangan. hati tak kuat, gini lah jadinya.
bangun tahajud dan tambah dgn solat sunat yg lain dan amalan2 lain like qiamullail.
aku pernah buat dulu.
bgn pkul 5.
mula dgn solat taubat, solat tahajud then solat hajat.
pastu mengaji sampai Subuh.
Allahu, nikmatnya rasa masa tu.
dengan suasana yg sunyi, cuaca pun sejuk je rasa dekatnya dgn Tuhan.
rasa berat nak buat tapi bila dah buat ringan je.
tapi tulah, jarang2 nak jadi.
kena selalu doa minta dgn Allah utk kuatkan Iman, tetapkan Iman padaNya.

kita ni manusia mudah lalai dgn nikmat dunia.
akulah ni.
bila hati seronok mula la lupa padaNya.
bila sedih, ada masalah baru nak sujud lama2.
takut jugak nnt jadi kufur nikmat.
Dhuha tu tak semestinya kita buat nak minta rezeki berpanjangan dari Dia.
Dhuha jugak utk kita syukur dgn rezeki berpanjangan yg Allah dah bagi pada kita. tak semestinya kaya raya duit bnyk tu saja rezeki.
hidup sihat walafiat sampai hari ni, tu rezeki terbesar. percayalah.
duit bnyk tapi tak tenang, tak sihat apa maknanya.

betullah apa Fynn Jamal kata tu.
kena sentiasa cari apa kurang kita dlm ibadah kita seharian. tgk org buat, kita kena usaha buat.
bukan bangga dgn apa kita buat  then perlekehkan org yg tak buat.
no, salah tu. ajak org buat sama2 is better.
but kena kemaskan kita dulu.
kadang kita rasa amal kita dah cukup. mana mungkin.
banding diri kita dgn org lain, then usaha utk buat lebih dari dia tapi jgn sampai riak dan takbur.
kena selalu buat utk sentiasa dekat dgn Dia.
usaha jgn berhenti.
Insyallah.. Dia tak pernah lupa kita..

so, mulai hari ni sama2 kita jaga solat dan perkemaskan solat kita.
kita jaga solat maka terjagalah semuanya.
tu tiang hidup kita.
walau berat kena buat lama2 jadik ringan.
solat tu amalan pertama yg akan dihisab nnt.
berat mcm mana pun, susah mcm mana pun, solat.
Tuhan terima ke tak, tu perkara ke dua, yg penting kita buat.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...