April lepas, aku check, Alhamdulillah nama naik utk kelayakan konvo.
Thank you Allah...
ada kisahnya kat entry nih
so, bila nama dah naik, of coz la suka and nak pegi majlis tu.
mak aku kata tak semangat dah sebab lama sgt aku belajarnya hahha
hampehhh kut la nak bagi support dikutuknya aku lagi. hihi
so, end of August kena setelkan yuran konvo which is RM350.
so, bila dah bayar takkan tak mau p ye dok?
ehh susah payah wei aku belajaq, nak la merasa terima scroll.
lepas ni tak tau ada ka dak lagi peluang tu..
bila masuk early September, kita buatlah persediaan apa yg patut.
segala info berkaitan konvo, ada kat page ni.
OUM ni semuanya online. takdanya nak hantar2 surat ke apa.
ko check je semua kat portal dia, lengkap.
diorg punya portal mmg terbaik. sesuai sgtlah dgn status universiti utk pengajian jarak jauh.
majlis on 21-22 hb 9 di PWCT.
aku kena sidang 3, sesi pagi on 22hb.
utk 21hb, sidang 1 & 2 utk penerima PHD dan masters.
sidang 3, ijazah dan ada juga masters. sidang 4, diploma and ada juga ijazah tapi tak ramai.
kami bertolak ke KL on 20hb. dah petang baru gerak dari Perlis sebab pak incik bz nau.
sabaq jelah. keja opis tak habis2 walau cuti.
anak2 pegi sekolah dulu pagi tu. plan asal lepas Jumaat, tapi Allah yg tentukan semua.
papa pegi nak buat balancing kereta, skali keadaan tayar tak mengizinkan utk jln jauh.
tayar tu pun dah almost 2y, so nak taknak kena tukar.
sadisssss.. tukar 2 bijik.
seminggu sebelum tu dah tukar bateri and servis minyak bagai.
so, sedap la dia drive nak jln jauh ni.
dah semua setel, baru gerak.
sampai rumah abg aku kat Subang dlm pukul 2 pagi.
berenti RnR adalah 2-3 kali, kasik papa rest sapkok dlu.
anak2 tidor so mudah keja mak ni..
aku ada la terlelap kejap, most of the time teman papa drive.
dia mlm takda hal, tapi risau la jugak kan..
memandangkan lokasi agak jauh, then aku kena sesi pagi so abg aku nasihatkan kami ambik je hotel yg nearby PWTC.
then aku booking service apartment kat Jln Sultan Ismail.
so, next day tu gerak utk check.
sebelum tu singgah PWTC utk ambik jubah.
yg tu later aku share.
hari kejadian, 22hb, pagi2 dah bgn siap.
pkul 730 pagi booking grab.
anak2 stay dgn apaknya dulu kang baru depa gerak ke dewan.
dari penginapan kami, 2.7km je. caj grab pun RM6 saja.
blh je jln kaki tapi peluk keti sket la hehe
I'm here..
merasa masuk PWTC hahaha
ni kat entrance kat lobby. masa ni tak ramai lagi manusia, dlm pkul 8 camtu.
tghr tu segenap ceruk ada manusia. huhu
mak aku ja yg datang, abah taknak datang.
sokay tak kecik hati pun sebab tau dah abah aku tak minat sgt nak travel jauh2 ni.
so aku ajak adik aku, Afizah join skali utk temankan umi kat dlm dewan.
takda la dia keseorangan nnt..
then kami naik ke aras 4.
majlis kat dewan besar tu, dewan persidangan UMNO.
aku kata ke mak aku, merasalah masuk dewan ni hahaha
sebelum masuk ke dewan.
lengang lagi masa ni kat aras 4.
silap pulak tak pose2 dulu kat feature wall convo sebelum masuk dewan sementara takda org lagi.
ada few spot jugak diorg buat.
then ada panggilan utk para graduan berkumpul.
tak dibenarkan bawak apa2 kecuali handphone dan smartcard yg diberi masa ambik jubah.
so berpisahlah aku dgn umi and Afizah.
diorg pun gerak utk ke laluan jemputan.
sorang graduan dapat 2 pas masuk then kena show up masa nak masuk dewan nnt.
graduan berkumpul kat luar sebelum perarakan masuk ke dewan.
ada numbering, so follow je ikut number pada smart card.
aku punya number is 334. aku usha dari jauh, rasanya numbering tu almost 800++.
1 barisan dlm 20 org. depan belakang aku lelaki.
sebelah is girl so blh la buat ramah mulut sembang2 betulkan jubah.
yg ni semua graduan ijazah.
kalau selendang kuning, masters. ungu utk diploma.
diploma sidang 4, petang pkul 2
my smart card.
Bachelor of Information Technology.
ambik gambar if lupa number hahah
perarakan masuk ke dewan. petugas @ staff OUM sedia ada everywhere utk bantu mana yg lost.
gud job!
almost entering the hall.
dah start debar hahaha..
the hall.
merasalah duduk dlm dewan PWTC.
luckly aku dapat seat hujung sekali, so jelaslah pemandangan tu.
kiri dan kanan dewan is para graduan. tgh2 utk jemputan @ ibu bapa.
utk graduan masters, kat barisan hadapan.
malu uolls.
umi and adik aku duduk kat bahagian atas.
pusing2 mujurlah nampak.lambai2 baru diorg perasan.
nmpk sama je smua umi kata
speech from the VC.
panjang berjela jugak ucapannya.
dah setel terus start dgn penyampaian kepada graduan masters dulu.
then baru ijazah.
sorang je yg lulus dgn cemerlang.
apa ke susah sgt subjek ni hahahaha
here we go.
seram sejuk jugak oi nak naik atas tu. hahaha
turun utk ke pentas, staf OUM akan tunggu dan bantu.
diorg tolong pegangkan handphone kita so no worries.
tapi ada je yg bwk hp naik. nmpk sgt la dlm skrin tu ko duk pegang hp masa terima skroll.
dah tak lawa gambar nnt. yappadaaaa..
sebelum naik pentas, masa berbaris tu, kena serahkan balik smart card pada staf bertugas.
nnt diorg touch card tu pada reader then nama korang akan naik sekali dgn sebutannya.
done!
I made it!
Alhamdulillah...
after all the struggle here and there.. Tq Allah.
ada 2 graduan buta, perempuan.
1 dewan bertepuk kuat. kuat sgt semangat depa kan?
kali ni ada sorang graduan umor 88 and 87.
hebat kan?
dlm pukul 11.30 camtu dah habis.
blh keluar dewan.
dia punya sesak tak leh bincang.
mujurlah ada handphone kalau tak, tah cemana nak carik mak aku.
proses graduasi yg ringkas dan mudah.
smooth sgt prosesnya
Tahniah OUM dapat aturkan sebaik mungkin.
no rehearsel but everything run well.
sistematik betul pengendalian diorg.
staf pun baik2 manis je muka semua.
bayangkan students yg almost 1k datang dari segenap ceruk, yg berusia, yg 1st time datang ke sini, taktau mana nak tuju tapi semuanya dikendalikan dgn baik.
konvo cuma 2 hari tapi utk sampai ke hari tersebut, berbulan persiapan kena buat.
aku tau sebab aku pun pernah be a part of graduation day kat uni aku walau cuma ajk kecil.
segenap ceruk ada manusia.
nak jln pun terkepit2 .
yg anak duk menangis, yg berkerusi roda, kesian tgk.
tapi ni pemandangan biasa masa konvo kan?
kat uni aku keja ni pun samalah, bezanya kawasan lebih luas so tak nampak crowded tu.
kat pintu yg terbuka tu ada meja dan kerusi, so blh duduk lepak situ.
every level sesak.
graduan ijazah dah almost 800++, then kalikanlah dengan parent sedara mara lagi.
a day before utk sidang 1 & 2 tak ramai mcm ni aku rasa.
sbb masa ambik jubah tu aku tgk mcm ok je suasananya, tak la sesak sgt.
then dah jumpa, carik la 1 spot utk ambik gambar kenangan.
tu pun jenuh menyelit.
dpt la 1, jadiklah
tu pun kat depan aku rebut2 org duk tunggu nak take turn.
so kita pun buat selaju mungkin hehe
tak lama pak incik sampai dgn anak2.
aku suruh dia park nearby je tak payah naik dah.
kesian ke anak2 bila sesak mcm ni.
kami turun ke lobby the ambik gambar kat situ jelah.
tak la sesak sgt.
1 with my small family + tok umi tersayang.
1 with my family.
1 with harta dunia akhirat.
1 with partner in crime hahahaha
laki aku bukanlah pembakar semangat aku pun dlm masa aku pjj ni.
jahat ke ayat aku ni? hahaha
dia tak halang dan dia tak suruh.
bila aku give up, dia kata terserah aku utk go on or nak off.
tgk pada kemampuan sendiri katanya.
kalau dia paksa, dia kata yg nak hadap tu semua aku.
dia takda la nak pompom kan aku suruh belajar lagi dan lagi.
kalau taklarat dia kata stop jelah. awak nak kejar apanya, tak cukup ke apa ada ni?
laki aku ni spesis bersyukur apa adanya hahaha.
pjj ni tak mudah ye. taktaulah pada org lain.
pada aku agak berat. kerja, keluarga dan belajar.
kena kuat dan pandai manage time.
tapi, laki aku ni bnyk tolong aku la sepanjang aku belajar.
bila mlm aku nak setelkan assignment, dia la akan tgk anak2.
aku pegi kelas, kalau dia ada, dia jagakan. tapi selalunya aku tinggalkan dgn mak @ adik aku sebab kelas hari Sabtu dan dia keja. cuma kalau kelas petang ha dia jagakan.
pernah dulu masa pregnant, ada la dia tolong2 aku carik bahan utk assignment.
lepas tu ada jugak dia bantu bila ada yg aku taktau. sebab keja dia pun dlm bidang IT tapi more to teknikal.
pernah jugak dia drivekan utk aku masa pegi exam sebab tgh pregnant dan tak kuasa nak drive.
exam tak lama, so dia tunggulah aku kat bawah.
lain2 aku pegi sendiri ja sebab lepas exam blh merendek hahaha..
lagipun tulah masa utk aku me time.
lepas kelas, p layan movie sorang2. apa ada hal..
dan inilah hasil selepas kawen dan hasil sepanjang mama belajar.
so, blh agak tak berapa lama masa aku ambik tu.
hahahaha..
bila kira sepanjang aku study ni lama jugak aku extend.
ada sampai setahun lebih. masuk 1 semester, extend lagi 2 semester.
kekangan masa dan kekangan duit. dan cerita kita takkan pernah sama.
mungkin ada yg laluannya lurus saja, mungkin ada yg berliku.
tapi Alhamdulillah semua dah setel.
walau cuma segulung ijazah, besar maknanya pada aku.
bnyk jugak cabaran yg aku hadap.
bab duit tu, meratalah koreknya nak bayar yuran.
takkan semua nak cerita ke org kan?
aku tak mampu nak bayar sekali gus. nak ambik bnyk paper pun tak mampu sebab nnt yuran lagi naik.
kadang2 bila takda duit aku ambik 1 paper je utk 1sem.
sebab tu aku lambat habis.
mostly aku ambik 2 paper. selain dari hal yuran, aku boleh fokus.
ambik bnyk paper kang aku yg teruk nak study.
2 kali pregnant, 2 kalilah aku extend lama.
masa Amni aku teruk sgt alah.
waktu tu aku ambik 3 paper, skali pregnant.
habuanlah. alah teruk nak drive jauh tak larat walau cuma Kangar - Jitra.
pak mentua aku kesian sgt dia tak bagi aku pegi kelas. risau.
so, aku kandas teruk sem tu.
yuran dah bayar utk 3 paper, sedih woo.
exam 1 paper ja aku ambik, assignment pun sama.
lagi 2 aku tuang so dpt la gred F for the 1st time in my life hahahah
lepas Amni umor setahun kut baru aku sambung balik. almost 2y aku extend.
rugi masa dah tapi apakan daya. masa tu pulak pak incik keja Sabtu Ahad, so apa pilihan yg aku ada.
masa pregnantkan Aniq pun sama cuma tak la lama sgt aku extend.
setahun je.
pastu masuk balik, then extend balik. hahaha
TQ Allah
buat masa ini mungkin tak bnyk membantu ijazah ini dlm kerjaya aku.
but siapa tahu satu hari nnt ada rezeki yg Allah janjikan utk aku.
pengalaman sepanjang belajar ni bnyk sgt.
kenal dgn tutor yg baik2, dan kawan2 baru.
belajar bnyk benda baru. tu lagi berharga dari semua.
TQ OUM for this opportunity and the great journey..
perjalanan yg panjang namun besar maknanya.
Assalamualaikum akak. Saya nak tanya kalau daya dah habis belajar bulan april tahun ni, layak ke saya nak konvo tahun ini?
ReplyDeletewslm. tak sure. kena tgk la nnt kat portal tu naik tak nama. or blh refer terus dgn ofis utk sahkan..
DeleteSalam. Nk tny, ambik jubah sehari sebelum ya? Pulangkan jubah pulak bila? N then bleh dpt terus real degree after that or kena tunggu?
ReplyDeleteambil jubah sehari sebelum, pulangkan blh terus hantar on convo day atau next day. ada due date, tapi kena hantar by hand je. trasnkrip kena collect kat OUM.
DeleteHi. Transkrip kena ambil d oum mana? Utk perempuan boleh ke guna seluar slack? Tq
ReplyDeletetranskrip ambil di OUM KL. Pakai seluar hari konvo ke? blh je, sbb ada ja yg pakai, but mostly yg non muslim la. klau yg melayu mostly pakai baju kurung
DeleteTq
DeleteSalam cik... Congratulations! Berapa orang ahli keluarga dibenarkan masuk dewan ya?
ReplyDelete2 org saja
DeleteTujuan asal nak tgok gambar jubah je, skali sampai kat sini.. Terbaca pla sampai habis hehe... Tq puan sharing ni, mcm² liku jugak ye... Sama mcm aku walau berbeza keadaan. Aku excited bulan depan konvo so sedikit sebanyak dpt info kat sini sebagai persiapan mental & fizikal utk konvo 4/10/22 ni semoga berjalan lancar semua bakal graduan nti. Aminnn.... Semoga success selalu puan admin blog. Aminn
ReplyDelete.
tahniah!! dan tq singgah
DeleteHi akak..terbaca pulak saya kisah akk..lebih kurang sama jln cerita kita..bnyak liku2nya kn kak..demi ilmu kn..btw tahniah kak...sy konvo 2/4/2022..
ReplyDeletekita tak tau sekuat mana kita, sampailah kita hadap semua ujian tu. tahniah dah berkonvo..
DeleteKasut coklat boleh pakai?
ReplyDelete