masa pergi majlis konvokesyen aku last month, aku booking service apartment via Booking.com
plan asalnya nak stay rumah abang aku, tapi rumah dia nun di Subang, majlis konvo kat PWTC.
then aku pulak kena sidang pagi pukul 8.
risau jugak if anything, jauh nak gerak so decide utk tinggal near by PWTC jelah.
2-3 weeks before tu aku usha2 la carik hotel.
kalau hotel kena 2 rooms sebab bawak mak & adik aku.
nak duk sebilik kang pack pulak.
usha sana sini, then decide booking service apartment.
last terdampar kat Booking.com tu, so settle kat situ jelah.
pening jugak bila ko bukak bnyk sangat website, agoda lah, trivagolah..
tgk mana deal yg ko rasa ok, then proceed.
utk service apartment ni, ko kena bgtau betul2 berapa org yg nak stay, berapa bilik ko nak.
sebab nnt tilam bantal dia bagi cukup2 je.
jgn sebab nak jimat ko tak bagitau betul2.
kalau booking homestay, lain yeh.
my reservation is 4 adult with 2 kids.
utk kids, below 6 kalau ko tak include tu ok lagi la..
aku dapat apartment jenis studio.
takda bilik tapi besar.
masa view tu, ada option pay when check in.
no need deposit. so, onz.
dah setel booking masukkan date to check in, nnt akan dapat email confirmation.
dlm tu ada contact number person in charge.
so, aku wasap direct to the owner.
mudah.
on that day aku just inform what time to arrive.
Regalia Suite ni kat Jln Sultan Ismail.
dari PWTC dlm 2.6 km je.
jalan kaki pun sekentut je tapi basah tiak gak la.
setel ambik jubah kat PWTC terus gerak ke apartment.
walau cuma sekentut, lama jugak nak sampai hahaha
sebab asyik terlepas jln masuk.
guna google maps dah betul dah cumanya tu 1st time kan, so tak perasan jalan mana nak masuk ke apartment.
rupanya apartment tu betul2 tepi jalan dekat selekoh.
kalau tak silap aku 3 round jugak baru dapat masuk. sabaq jelah..
sebab simpang masuk tu mmg mengelirukan.
dah masuk nak naik lobi pun 1 hal sebab sesak.
kereta punyalah meriah.
Regalia suite ni mostly service apartment, sebab tulah sesak.
dan aku perasan ramai graduan yg sewa sini, patutlah meriah hehe.
then pak incik drop aku kat lobi dia pusing cari parking.
aku call the owner dia suruh tunggu kat lobi.
luas tau Regalia Suite ni.
ada 3 building, A, B & C.
utk apartment yg aku booking, block B : Melrose.
yg aku deal rupanya bukan owner, maybe pembantu rumah, org Vietnam ke apa ntah la tak reti cakap melayu pun but dia ok and mudah berurusan.
payment is Cash.
for 2 days the charge is RM400 include cleaning fees.
dah bagi kunci and complete form, aku tanya pasal parking.
dia cakap parking kena beli asing, kalau tak pepandai la cari parking which is hazabedah!
so nak tak nak kena beli lot parking jugak which is RM20 per day.
tambah bayar parking RM40 for 2 days, then dapat access card.
deposit is RM100.
dah setel, kami turun ke parking, dapat lot parking ikut unit apartment masing2. lengang je kat bawah sebab tak ramai guest yg beli parking.
park kat area luar, park at ur own risk dan kena berebut.
pak incik takmo, tak kuasa nak rebut2 dia kata sebab tempat tu sesak.
lagipun bawak budak2 and mak aku. nak selesa kan?
tak mahal pun nak bayarnya..
our apartment is at level 22. kahhhh..
ada lobby tapi mmg tak la aku nak keluar.
gayat!
the lobby at GF.
setiap block ada lobby masing2.
access card is needed utk lalu pintu keluar dari lobby.
same goes to the lift.
tak la excatly mcm ni but lebih kurang.
deco dlm our studio is awesome!
our studio cuma ada 1 queen bed.
then tambahan 2 tilam.
ada 1 sofa bed.
ada smart tv with wifi.
toilet luas dan bersih.
the pantry.
ada dapur, microwave, peti ais, jug kettle, and pinggan mangkuk.
ada counter bar.
bersih, aku suka.
gambar ni dari page Booking.com.
aku tak sempat ambik gambar pun dlm tu.
overall, puas hati.
luas dan bersih tu yg penting.
selimut, towel, iron, ironboard semua ada.
dlm booking details pun list apa kemudahan yg ada.
anak2 suka sebab dah lama tak tidor hotel hehe..
oh, yg kurang is takda jam dinding and cermin. hahaha
cermin 1 je kat toilet. berebut gak la..
2 mlm kami kat sini.
selesa lah kiranya.
last day, Isnin tu berfore checkout, pagi tu sajalah turun tgk apa ada kat bawah.
bawak mak and anak2 turun bawah.
pak incik tidor lagi.
kat lobby ada cafe.
ada buffet tapi utk yg booking saja, kalau walk in RM18 kalau tak silap per person.
no needlah.
ada mini market nearby cafe. so kami beli air kotak and roti je kat situ.
then jalan2 kat lobby. lawa jugak interior situ.
ada gym kat sini tapi tak masuklah.
then naik ke atas sbb ada playground.
sikit je pun mainanya.
anak2 tak minat nak main pun.
jalan depan sikit ada pool.
hahahaha..
aku saja tak bawak turun baju mandi budak2 ni.
sebab dari atas nmpk pool dewasa ja, tak nampak pool for kids.
sekali ada kat sebelah tu.
dah nampak pool, menonong je budak2 ni laju terus terjun.
haiyooooo.
mandilah dgn baju tidor tu.
sabaq jelah.
sejuk tau air tapi takda heran pun asalkan dapat berkepak.
so, tunggulah kejap aku ngan mak aku kat tepi tu bagi diorg mandi.
setengah jam je kut, dah jom naik.
nak siap2 check out dah.
check out time is 12pm.
dah siap kemas, aku turun ke lobby utk jumpa person in charge.
apaknya turun terus ke bawah utk ambik kereta and uruskan beg2.
sementara menunggu, aku dgn Aniq pose dulu kat lobby.
bnyk gambar mama Aniq snapkan.
boleh harap rupanya sebab gambar semua elok tak gegar.
bagussssss.
siap bagitau dah ambik bnyk gambar mama, semua lawa. hahaha
ada kolam ikan. ikan pun meriah.
ramai je duk pose kat situ.
hari konvo tu ramai jugak duk pose situ dgn jubah2 nya.
aku je malas hahaha
dia pun kemain gedik posenya
mood tgh elok.
kan besday dia hari tu heheh
overall, puas hati stay sini.
person in charge tu siap bgtau, after this if U want to stay here, just contact me directly hahaha
Insyallah..
ada rezeki, panjang umor kita datang lagi.
tq for the hospitality..
No comments:
Post a Comment