Wednesday, October 09, 2019

OUM Convocation 23 : Hantar jubah, ambil transkrip dan gambar

Assalamualaikum..

dah selesai konvo hari Ahad tu, aku tak terus hantar jubah.
kalau nak hantar terus selepas konvo pun blh, ada disediakan guide utk penyerahan jubah dan slip gambar konvo.
pihak OUM bag tempoh sampai 30hb Sept utk hantar jubah di OUM induk.
lepas tarikh tu kena denda sehari RM10 dan tak blh hantar secara pos.
turun saja dari pentas konvo, ada staf akan bagi ko slip utk gambar.
ada nombor kita sendiri dan jgn hilangkan. slip tu nnt kena drop kat box di luar dewan nearby photobooth utk proses pengeposan gambar konvo.
utk graduan luar KL, yg balik terus lepas konvo, slip tu kena serahkan.
kalau tak, kang tak dapat gambar konvo. rugi oih
kat luar dewan tu, photog yg dilantik ada buka booth utk yg nak ambil gambar studio.
yg berminat, silakan.
aku malas hahaha.

kami gerak balik ke Perlis hari Isnin.
lepas checkout dari apartment, kami gerak ke OUM utk hantar jubah and ambik gambar.
dari apartment tu rupanya sekentut ja. hahaha
tak jauh pun. jauh tu sebab kena pusing2.
mmg plan nak hantar sendiri hari Isnin tu sebab nak jugaklah merasa masuk OUM induk kan hehe..
kalau hantar terus jubah lepas konvo, blh dapat terus transkrip.
tapi gambar mmg kena pos jugak la.
tapi kalau next day, blh collect both.
so dah alang2 mmg nak balik Isnin, kita sekalikan.

-- utk pengambilan jubah,ceritanya di sini.



here we are.
actually OUM ni bangunannya ada kat dlm International University of Malaya.
kami guna google maps. memula tu confius jugak. yelah mana nak tau kan hehe
besar jugak kawasan tu.
salah tgk signboard. kami baca sekali lalu, tgk kat Building A.
pastu pak incik park kat nearby then aku pun menapak la peginya.
skali bukan Building A but Zone A.
nun di seberang.
tak la jauh tapi peluh gak la jalan tu sebab tghr dah hahaha.

aku datang dari other side so mula2 tak nampak bangunannya.
then nampak few people jalan bawak paper bag OUM, so terjah tanya.
then they show me the way.
dont worry katanya sebab ada ja signage yg OUM letakkan so you never lost hehe.



dah masuk
ada guard dan friendly.
bagus eh smua staf OUM ni..

so, mula2 kita g hantar jubah dulu.


walau ruangannya tak besar mana, tapi semuanya smooth saja.
masuk bilik tu ada kaunter sebelah kiri.
show up ur IC then pass the jubah.
they will check if anything happen to jubah.
please make sure the jubah is complete set.

then, just wait at the sitting area. 
rasanya tak sempat buat apa dah naik nama utk collect transkrip dan skrol.
numbering system diorg bagus.
yelah, dah konvo ke 23 ye dok?
mestilah improve year by year.
check kat scroll and transcript if everything ok, then you are done.
laju dan efisien.

next is kutipan gambar konvo.



ramai kan?
tapi laju, percayalah. hehe
staf diorg ramai. aku tak ingat pulak nama kedai gambar ni.
laju betul diorg buat keja.
ada yg beli frame so diorg siapkan kat situ and wrap siap.
segala jenis alatan semua depa bawak so kerja jadi laju dan mudah to both side.

utk collect gambar ni kena bawak slip yg diorg bagi masa turun dari pentas.
sebab yg tu nombornya lain pulak, so jgn hilangkan.
nnt staff akan tanya of kita nak tambah frame gambar, nak letak filter tambahan kat gambar tu, nak itu nak ini. semua setel kat situ ja.
if not, setel ambik blh balik.
yuran konvo yg bayar masa bulan Ogos lepas dah include dgn pakej gambar ni.
ada tambahan gambar yg ada nama and course, so aku ambik yg tu ja, RM30.
utk pakej, ada 2 keping gambar (2 saiz) masa terima skrol + 1 cd.
then ada 1 gambar size 5r free candid selepas terima skrol.
part tu aku perasan mmg ada cameraman kat hujung pentas, so masa lepas terima skrol, nak jalan turun pentas tu aku mmg stop and pose kat depa.
hahahaha. so gambar yg tu cun la.
ada ja yg laju berjalan tak tgk mana2 dah. rugi la kan ehehe.
soon aku share, lupa pulak bawak cdnya.

then kat sebelah sana, ada few candid pictures masa konvo.
if ada gambar kita so blh beli.
but, so sad takda pun gambar aku hahaha
aku perasan takda pun cameraman naik atas.
dia snap kat area bawah je.
sokay.. no worries

dah setel semua, dah jom balik.
but before that...


selfie first
hahahah.
gigih weh.
sebab pegi sorang, sapa nak ambikkan ye dok?
rugi pulak tak ajak Aniq, klau tak dia blh ambikkan hahaha.
ada la 2-3 org duk lalu lalang situ, dont care, selfie jelah.
bukan selalu pun nak datang sini kan?




gigih uolls
kehkehkeh...

anyway, tq OUM for the journey.
sepanjang pengajian aku yg panjang ni hahahah eh, semuanya smooth saja.
berurusan dgn para staf OUM pun mudah dan sangat membantu.
walaupun semuanya di sini secara online, semuanya adalah mudah dan jelas unless ko tak paham dan agak buta IT.
utk org yg tak berapa nak menghadap komputer, ko agak tak sesuai utk belajar di sini.
diorg semuanya online takdanya nak hantar2 surat bagai.
terlepas info di online portal, habis.
so kena sentiasa alert dgn portal depa.
hebahan semua melalui portal. send assigment pun online saja takda offline dah.
segala borang semua online and ada systemnya.
ada je dlu classmate aku yg  tak berapa faham penggunaan portal OUM. jenuh jugak nak mengajarnya  dan pernyataan dia buat ko rasa nak hantuk kepala. haha
katanya susah la sebab dia jarang tgk komputer.
now zaman serba canggih semua di hujung jari. so you have to change ur style.
gittuhhhhh



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...