Thursday, December 05, 2019

Frozen II

Assalamualaikum..

pembuka cuti skolah, bawak anak2 pegi layan Frozen.
aku ambik cuti hari Isnin 25hb tu.
apaknya kerja, so kita tinggal hahaha
aku bawak adik2 perempuan aku and mak aku skali.
plannya, aku anak beranak + adik yg bongsu pegi tgk wayang.
mak aku and adik lg sorang, Afizah pegi buat rawatan resdung.
ada 1 spa kat Alor Star ni mak aku suka kalau buat rawatan resdung kat situ.
dah lama dia tak pegi buat.
aku pun pernah buat 2-3 kali.
mak aku dah berkali2 dan serasi dgn dia.
so kita sekali harung peginya.

pagi tu dlm pkul 11 kami gerak dr rumah mak aku.
anak2 tak tau nak pegi mana, asyik la tanya nak p mana nak p mana.
dah sampai Alor Star, drop umi and Fizah dlu.
spa tu now dah pindah ke bangunan sebelah Aman Sentral.
senang hehe
then kami ke Aman Sentral
bila que nak masuk parking bawah, Aniq dah menjerit2 seronok dah.
baru dia cam tempat tu and siap tanya, kita nak tgk wayang ke mama?
hahah

terus naik ke GSC and beratur beli tiket.
movie pukul 12.45. masa tu dlm pukul 12 tghr.
tiba2 adik aku call bgtau spa tutup hahahah
adoihhh
tiket dah beli. so dia datang Aman Sentral lepak2 jelah ngan umi.
sementara tunggu movie start, aku pegi beli seluar Amni jap.
budak2 ikut adik2 aku pegi main kat ground floor.
ada taman Jumanji kat situ. best jugaklah sebab ada pokok2, buai, binatang semua.
dah cukup jam, naik atas.
umi ngan Fizah jln2 lepak2 dlu sementara nak menunggu movie tu.
ajak mak aku masuk skali mmg tak la dia nak ikut hahaha
merata depa pusing sudahnya masuk lepak surau ja.



tak penuh pun.
maybe sebab Isnin dan movie tghr.

kemain seronok Amni.
Aniq so-so je sebab dia tak paham sgt.
duduk pun tak diam dlm tu.
sabaq jelah.
sebab tu aku malas nak tunggu apaknya sebab tau dah nnt dia jeling2 bila Aniq duk tak diam.
kena pulak cerita ni malas la nak ajak apaknya.




pada aku Frozen 2 ni so-so je compare to Frozen 1.
yg 1st lagi best.
yg ni mcm boring sket.
ko kena tengok tak blh miss sebab bnyk flashback. cerita sebelum dan semasa.
pastu banyak menyanyi.
tapi lagu pun so-so, takda yg hit melekat pada aku.
tak sama mcm yg 1st, lagu let it go tu mcm melekat je kat semua lepas tgk kan?
kali ni mcm biasa ja.
tapi cerita ni cantik. animasi dia mmg cun.Elsa lawa la hai, baju dia smua lawa2 hahaha
utk anak2 yg baya2 Aniq aku rasa mcm tak berapa sesuai.
utk yg dah besar2 tu ok.
Aniq mmg tak layan sgt pun. Amni pun nmpk boring sket.
compare to yg 1st, smua budak2 layan. jln cerita best, lagu2 pun best2.
yg kali ni mujurlah ada si Olaf, so adalah penyeri. kalau tak aku rasa mcm mendatar saja cerita tu.
penghujung cerita tetaplah kisah kasih sayang 2 beradik.
ada happy, ada sedih, ada marah, mcm2 emosi ada.
not bad.
ni pandangan aku lah.
kalau korang rasa citer ni best meletop, silakan.
pandangan masing2.

Amni pun mcm relax kali ni. dlu tu dia punya kegedikan kat Frozen sampai tak terlayan.
hari2 nak tgk Frozen, nak nyanyi nak pakai baju Frozen. sabaq jelah.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...