Friday, January 17, 2020

Zoo Taiping

Assalamualaikum..

Aniq dah lama duk zikir nak pegi zoo.
dulu pegi zoo negara, umo dia dlm sethn lebih je kut.
so takda memory lagi utk dia.
now dah besar camni, ha jomlah kita bawak dia ke zoo.
actually utk anak baya2 ni bagus kita bawak dia explore nature kan?
umor ni mmg masa dia belajar dgn melihat.
tu jugak salah 1 sebab aku pilih Taiping sebagai destinasi percutian utk anak2 thn ni.
eceewah..

so, day 2 kat Taiping, bgn pagi siap2 terus checkout.
sebab lepas tu nak ke tempat lain pulak.
terus pegi break1st kat restoren roti bakar arang Fadzil.
soon aku share.
lama jugak kat situ sebab org ramai nauuuu walau hari Isnin.
dah kenyang perut jom kita ke zoo.
sekentut saja dari situ.

anak2 taktau mula tu nak kemana. dah sampai parking haaa kemain seronok si Aniq.
lalu depan zoo masa nak cari parking.
seronok diorg mama bawak datang ke zoo.
mama pun seronok tgk diorg seronok.
dulu datang sini Amni umor 5 thn camtu.
so dia tak ingat dah.




here we are!
ni kat laluan bawah tanah dari parking.
masuk ikut bawah so tak perlu lintas jln kat depan zoo tu.
zoo ni kan kat area lake garden, kawasan tumpuan kat Taiping.
bz jugak situ sebab depan zoo kan ada sekolah, SERATAS.
nearby kat area air terjun sana ada MRSM.
so kalau weekend mmg meriah kat area sini.


Aniq snapkan.
dia cakap, Aniq ok ja kalau mama ambik gambar dgn kakak. hahahaha
ayat tak menahan. ok pebenda sebenarnya jeles.



kat entrance.
sementara nak beli tiket, so pakat2 pose kat area sini.
ada bnyk lg gambar kat sini, letak yg ni sudahlah.
yg lain Aniq pose tah apa2. ada saja action dia.
apaknya pun sama naik nak pose.
mak layan jelah
ramai jugak org masa ni, around pkul 11.30 pagi camtu.
cuti skolah kan, so ramailah org walau weekdays.


HARGA TIKET ZOO TAIPING
Zoo Taiping
Adults
RM16.00
Children (3 to 12 years)
RM8.00
Senior Citizen (60 years and above)
RM8.00
Zoo Taiping visiting hours
Open everyday including Sundays and Public Holidays. 8:30 a.m - 6:00 p.m.
 
Night Safari
Adults
RM20.00
Children (3 to 12 years)
RM10.00
Senior Citizen (60 years and above)
RM10.00
Night Safari visiting hours
Openevery night including Sunday and Public Holidays. 8:00 p.m - 11:00 p.m
On Saturday nights and eve of Public Holidays. 8:00 p.m - 12:00 a.m

nahh harga tiket nak masuk zoo.
blh refer website zoo.

aku tak pernah pun masuk night safari.
tak kuasalah nak masuk zoo mlm2 hahah
jgn kata kita nak tidor, binatang pun nak tidor.
siang udah lee
apaknya ajak jugak masuk malam.
takyah lah.. kang anak2 tak enjoy pulak.

mula2 plan nak masuk Ahad petang tu, tapi tak sempat.
kalau masuk Ahad, suami kawan aku tu ada, dia blh belikan tiket guna IC dia, so dapatlah diskaun sket.
sebab IC org Perak. tapi tgk alamat jugak kalau tak silap.
ada dinyatakan kat kaunter tiket.
tapi dah kami masuk hari Isnin, Zul takda, so takda lah diskaunnya.
sokay, takda lah mahal mencekik harganya pun nak compare dgn zoo negara kan hehe

dah  beli tiket semua, jomlah kita masuk, explore zoo.
tengok segala binatang yg ada.



tengoklah anak bujang aku tu.
ada saja gaya dia klau nak ambik gambaq.
sebab tulah selalu kena marah dgn kakak.
kakak pose ayu sopan je, dia tah mengangkang rata.
sabaq jalah..

cuaca just nice, takda lah panas berdenting sgt walau tghr.
org pun ramai.
cumanya panas berkuap jelah.
kami pakat bawak kipas tgn sorang 1 anak beranak.
hahaha
anak2 aku berpeluh sakan. diorg berlari sana sini kan.



Aniq snapkan lagi.
bnyk keping dia ambik.
siap cakap Aniq ambik gambar mama dgn gajah bnyk2.
mama tepi sikit, sini sikit sebab tak nampak gajah.
apaknya sambung cakap, mama dgn gajah sama ja.
kuangjaqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqq.



dah dua2 pose ntah apa2.
sorang tiru gajah, sorang lagi tak dapat dikesan.
mood elok dedua. sebab pagi td dah makan kenyang.
plus enjoy masuk zoo, mak biaq ja depa berlari sana sini.
enjoylah anak2.
cuma Amni la duk merungut sket, letih berjalan. yg tu tau dah, diva sket.
kawasan zoo ni luas.
apaknya nak lalu semuaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa kawasan.
sabaq jalah.


luckily, apaknya rajin melayan bab ni.
dia pun gigih belek sekor2 binatang dlm tu.
maknya, tak kuasa. hahaha
aku tgk dari kejauhan saja, ujung2 mata.
binatang yg pelik2 tu aku belek lah. yg biasa2 tu malas nak usha.
pehal nak tgk bontot org utan nih.
masa ni lawak.
tgk duk tgk, orang utan tu blh p kencing dari atas pokok tu.
dah merambu2 ayaq kencing beliau. loqlaq btoi.
mengekek anak2 aku gelak.

lama jugak kami kat dlm tu.
pkul 2 camtu baru keluar. pusing semua.
apaknya nak tengok rimau la, singa la apa laaa.
layan jelah.
brenti kat tgh2 zoo tu kejap. ada playground, ada kawasan lapang, ada stall jual minuman dan blh lepak2 kat kerusi.
anak2 dahaga so mak beli milo sorang sekotak kasik diorg tenaga tambahan hehe.
lepak kejap pastu sambung jln tgk binatang.
apaknya taknak naik tram sebab tak nampak binatang.
tabahlahhhhh...




ni masa nak beli tiket.
ada family tu duk gilir2 ambik gambar, then pak incik approach tolong ambikkan gambar diorg sefamily.
then abg tu offer utk ambik gambar kami pulak.
life is easy rite?
tak susah pun nak buat baik dgn org.


anak dara nan seorang.
enjoy dia pun cuma duk bagitau sakit kaki tak larat jalan.
ada saja akai.
anak teruna nu takyah kira.
tak nampak letih pun.

pkul 2++ kami keluar dari zoo.
dah keluar, Aniq kata nnt kita mai lagi na mama.. hahaha
suka dia.
Insyallah, nnt kita datang lagi.
moga rezeki mak apak awak murah lepas ni nak bawak anak2 jalan2.

keluar dari zoo, kami ke rumah kwn aku lagi sorang, kakcik.
lunch kat sana. dia tu sejak subuh dah wasap tanya jadi ke tak datang sebab nak  masak.
of coz la datang. bukan selalu nak jumpa kwn2 kan?
2 org kawan aku kat sini. kawan baik dunia akhirat Insyallah.
mkn, solat semua kat situ. anak2 aku yg td letih la apa la, jumpa kawan, sakan pulak mainnya.
pak incik pun sempat lelap mata kejap sementara kami duk sembang2.
pastu dlm pkul 4 gerak ke next destination.
mana kita ?
soon aku share..


1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...