Tuesday, February 04, 2020

Parenting : Didik anak buat kerja rumah sejak kecil

Assalamualaikum..

nak share cara didikan anak2 aku.
kalau korang tak setuju, sokay.
cara masing2, anak masing2 kan?
kita berlapang dada & raikan pendapat.

aku mmg ajar anak2 aku buat kerja rumah sejak kecil.
tak kisahlah anak yg mana pun.
2 ketoi tu ja aku ada setakat la ni.
so, anak laki @ perempuan sama saja, dua2 kena buat kerja.
tapi kerja yg sesuai dgn peringkat umur lah.
takda lah si Aniq yg baru 6 thn tu aku suruh mop lantai dah hehe
tapi, tak salah pun.
sebab, waktu umur mcm ni waktu diorg belajar.
actually lagi mudah sebenarnya.
thats why org tua2 kata melentur buluh biar dari rebungnya.
umor2 ni diorg tgk apa mak pak dia buat, so diorg nak buat.
pada kita maybe kerja tu berat tak sesuai dgn umor diorg.
tapi kita blh pelbagaikan kerja2 tu agar sesuai dgn umor diorg.

aku ni mak yg tegas.
garang pun ya.
klau mak kata No its means No whatever pun.
jarang aku nak tukar. ada, tapi tgk kpd situasilah..
kalau apaknya, jarang nak ada No tu. haish sabaq jelah
peraturan yg aku buat dlm rumah, anak2 now dah takda masalah, dah paham dah.
cuma kadang2 apaknya yg suka langgar so dia ajak anak2 skali.
mujurlah suami, nak jerkah pun pikir jugak hahah
tapi aku akan selalu ulang kat apak depa why kena begitu begini
kita nak didik anak jadi org.

ok, back to kerja2 asas dan mudah yg dah aku ajarkan ke anak2.
lepas mkn, pinggan @ cawan kena letak kat dapor.
so far, takda hal dah.
Aniq pun dah lama ikut.
botol susu dia pun, lepas minum dia bwk p letak kat dapur.
mula2 tu keja duk jerit bagitau ulang2 bagi dia faham.
nak lagi mudah, bila dia minta susu, aku cakap kena tunggu.
sebab lepas minum susu tadi, Aniq tak letak botol kat dapur, so mama tak jumpa and tak basuh botol susu. nak susu sekarang kena tunggu botol kering dlu, and lambat.
lepas tu dia tak buat dah.
gud boy!
utk kakak dia, dah blh harap basuh pinggan dah.
now kalau mkn, aku biar je smua pinggan suruh dia basuhkan.
mula2 kena pantau, now dah ok.
takat pinggan mangkuk yg kecik2 jelah. periuk belanga tu tak lagi.
cuma part susun dlm raga pinggan, failed lagi. dia main sepuk ja smua tak susun.
takpe, practise make perfect.
mula bagi job tu dia suka sgt, sbb blh main air kan?
now kadang2 bebai lah jugak sebab nak main tapi kena basuh pinggan.
so, mak kena bgtau why dia kena tolong mama buat keja rumah.
slow talk.
now dah ajar basuh beras. tapi masih slow buat keja sebab tak biasa sgt.
takpa, nnt2 maybe ok lah tu.
pastu dah blh suruh tumbuk bawang. lega mak ni haaaa..
nak tumis sket2 tu kadang aku tumbuk guna lesung batu bebawang sekalian.
dan Amnilah mangsa tu. Aniq pun kadang2 nak buat tapi masih tak pandai.
Amni tu dah bnyk yg blh diharap.
susu adik pun dah pandai buat.
ada hari mama tak sihat tu, mmg harap ke dialah.
adik lapar, dia lah yg bancuhkan milo, then ambik biskut bagi adik makan.
walau kadang2 ada cembengnya, mak bertabahlah.
kena selalu slowtalk dgn dia.

bab kain baju.
nak mandi, kain baju kotor kena masuk raga masing2.
yg ni takda hal. aku belikan raga baju sorang 1 dah. so masing2 dah tau raga masing2.
blk skolah pun, beg baju diorg buka sendiri and masukkan baju kotor dlm raga.
dah tak payah suruh2 dah.
semua buat keja laju2 sebab lepas tu nak keluar main.
tak siap yg tu, takleh keluar main.
mak korang ni mudah ja, nak kluar main, setelkan keja masing2 dlu.
hari Ahad mlm, mak nak iron baju.
so sila handle sendiri baju masing2.
ambik semua baju sekolah masing2, letak kat tempat iron.
dah sudah iron, sila sangkut dan letak kat almari.

hari yg mama lipat kain, budak2 ni kena kerah jugak.
Amni pun now aku duk ajar lipat baju slow2.
takat la ni baju kecik2 dia jelah, stokin, singlet mcm tu ja.
lain2 tak kemas lagi.
pastu aku suruh kalih kan baju2 ja. nak cepatkan keja mak.
tak buat, sila masuk bilik takleh tgk tv hahah.
mama dah setel lipat, sila angkat bawak masuk blk nnt nak susun masuk almari.
tapi yg tu bukan diorg buat la, kang berterabor habis mak lagi tension hehe.



yg sorang ni mmg main bnyk.
tgk la muka tu, muka bnyk akai.
mula2 dia protes jugak, biasalah budak kan?
mak puji2 sket, now dah ok.
mula2 baju dia dlu. mak panggil, ha dah tau dah kena sangkut baju.
sluar je lepas takat la, baju dia tak pandai buat.
takpe, mak ajar nnt slow2.


anak dara ni kuat bebai.
dulu kecik2 lagi sakan menyentapnya, now dah kurang.
dia sejak darjah 2 aku dah ajar sidai baju sendiri.
masa darjah 1 mak buat semua, now sila buat sendiri.

Aniq mudah, sebab bila kakak buat, dia buat.
ikut je smua.
walau kadang nmpk mcm dia kecik lagi baru 5-6 thn dah kena buat keja.
tapi2, dia sejenis yg tak puas hati kalau kita suruh kakak buat apa2.
sebab asyik kakak ja, awat Aniq takda.
so, nahhhh ambik dua2 kena buat keja.
dia pun suka. baiklah.
ayat dia yg tak tahan tu, nnt kakak ja dapat pahala sebab tolong mama.
impress sgt mak kau ni nak..
ada skali tu, mlm nak tidor. dia duk bilang keja apa yg dia tolong mama.
bila bnyk kerja dia buat, bnyk pahala dia buat.
aikerai anak

lain2, like kemas tempat tidor sendiri, punn mak jerit suruh masing2 buat.
mandi pun dah sendiri2 dah diorg ni. lepas mandi kena kemas balik alatan yg dah guna, letak balik kat tempat dia.
kalau tak, mak panggil masuk blk air balik sila kemas.
aku mudah je, budak2 ni 2 benda ja yg diorg nak.
nak tgk kartun kat tv and nak main basikal kat luar.
setel semua, baru blh tgk tv, blh main. klau tak, duk dlm rumah diam2.
so, masing2 cergas buat kerja hahaha
now aku bwk keluar basikal diorg kat luar rumah.
rimas dah duk kayuh basikal dlm rumah, bising.
lagipun diorg makin besar, biarlah main kat luar tu.
blk skolah ptg2 tu, kalutlah masing2 nak main basikal kat luar.
blh takda hal. setel keja yg kena buat dlu dan pagi2 kena jadi good tak meragam tak menangis pegi skolah.
ada pagi tu Aniq nangis kat depan pintu skolah. saja mengada hari 1st skolah lepas weekend.
ptg tu kakak ja blh main kat luar, dia tak blh.
buatlah muka kesian ke apa, mama kata No, tak blh keluar.
makanya duduklah dia diam2 kat depan pintu tgk kakak. nak menangis tak berani sebab dah tau dia salah. hahahaha
lepas tu pagi2 tak meragam dah ko. berkesan rupanya teknik mak apply nih.

dgn anak2 ada masa kita berlembut, ada masa kita kena tegas.
supaya anak2 dengar cakap dan mudah dibentuk.
budak2 ni sebulan sekali apak diorg akan belanja coklat Kinder Joy tu.
dgn mama ni diorg tak pernah mintak pun sbb dah tau papa yg belikan. mama tak suka, so jgn minta dgn mama.
dan papa pun kata sebulan 1 ja. bila2 pegi kedai, lagi tak cukup masa, diorg mmg tak minta.
tgk je dan tanya, papa dah gaji ke, blh beli tak? papa cakap tak, so masing2 diam.
kami selalu beli tanpa diorg, tau2 nah dah beli.
kalau apak bwk balik coklat tu mlm, takleh mkn, kena tunggu esok lepas mkn nasi baru leh mkn. mlm2 takleh mkm coklat. dan takda sesapa brani membangkang cakap mama hehee
tok abah diorg pun kagum sbb walau mama takda, tapi mama dah pesan itu ini, diorg ingat.

tak mudah ye, tapi korang kena kentalkan hati.
apa yg kita buat ni utk masa depan anak2 kita.
mak aku dulu lagi garang. sekali cakap ja dah tak berani.
kena jeling pun dah kecut, tak berani panggung kepala dah.
so now kita apply kat anak2 tapi takda la garang tak bertempat. bila diorg being good, mama bagilah reward. walau hanya aiskrim singgit, dia punya happy tu, haishhh..

dah masuk bab lain jugak ni hehe..
anak2 korang mcm mana?
ada ja aku tgk anak2 yg dah besar umor dah 10 thn tapi tak pandai buat keja apa2 pun.
ntah, maybe ada bibik yg tolong buatkan keja2 kat rumah.
pada aku tak kisahlah ada bibik 14 org pun, tak salah kita didik anak buat keja2 asas ni.
utk diorg jugak.
kita pun tak selamanya ada dgn diorg kan?
esok2 dah besar maybe duk hostel, dah blh bawak diri.
kalau tak duduk hostel pun, takkan anak dah umor belasan thn mak jugak nak kutip kain baju diorg basuhkan ye dok?

4 comments:

  1. setuju sangat. kena ajar dan latih anak2 buat kerja rumah :)

    ReplyDelete
  2. Permisi Ya Admin Numpang Promo | www.fanspoker.com | Agen Poker Online Di Indonesia |Player vs Player NO ROBOT!!! |
    Kesempatan Menang Lebih Besar,
    || WA : +855964283802 || LINE : +855964283802

    ReplyDelete
  3. Your Affiliate Money Making Machine is ready -

    Plus, getting it set up is as simple as 1-2-3!

    Here is how it works...

    STEP 1. Choose which affiliate products the system will advertise
    STEP 2. Add PUSH BUTTON TRAFFIC (it LITERALLY takes 2 minutes)
    STEP 3. Watch the system explode your list and upsell your affiliate products for you!

    Are you ready to make money ONLINE?

    Click here to check it out

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...